ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Monday, January 31, 2011

SANG NAGA DAN GIMIK TOBILUNG (Part 1)


Setelah letih di hadapan moniter komputer penulis melihat suatu cahaya elektrik menyelubungi moniter disertai bunyi desau air terjun yang dahsyat. Angin berdesis menerpa muka penulis dari skrin. Lalu keluarlah seekor naga dari skrin computer bersama asap tebal sambil menyembur api dari mulutnya . Penulis  terundur ke belakang  kira-kira 3 kaki dari skrin. Bola api yang keluar dari mulut naga tidak pula dapat membakar mata penulis kerana penulis memakai cermin mata berwarna hitam. Naga berwarna hitam merah itu membelit penulis seketika namun penulis relex dan tidak merasa apa-apa. Seketika itu juga naga itu menjelma menjadi “kondiu waras”, seraya berfirman:

“ Jawatan Presiden dalam Tobisa adalah batu loncatan ke jawatan Yang Berhormat”

Orang yang duduk di depan komputer tergaman seketika dan berkata di dalam hatinya; biasanya cuma watak-watak kartun saja yang boleh bercakap. Tidak ada seorangpun di antara orang tobilung yang pernah melihat binatang bercakap apa lagi species burung “kondu waras”. Setahu mereka  kondiu waras adalah pemangsa  buas. Apakah aku ini bermimpi kata penulis dalam hati sambil mengosok-gosok matanya kalau-kalau apa yang dia nampak itu cuma rekaan di dalam mimpi. Tetapi “kondiu waras” tersenyum pula dan berkata:

“Benar, Akulah ini. Kamu tidak bermimpi. Ini bukan cerita seperti yang kamu tengok dalam cerita-cerita kartun., “Akulah ini”.

Secara spontan terkeluar pula suara orang yang duduk di depan komputer itu:  Bukan kah kamu ini "kondiu" yang telah di design tempoh hari ?  Sampai sekarang pun salinan design itu masih tersimpan di dalam CPU. Macam mana kamu boleh keluar sebagai naga dan menjelma pula sebagai “kondiu waras”?  Setahuku tidak pun pernah aku memperkecil engkau ini kecuali segelintir orang alim tobilung yang bermuka-muka di depan di belakang tidak. Dia naik kerbau hitam, melanggar dan menginjak-injak bibit tanamanmu. Berterus terang sajalah kepada mereka dan jangan menjelma sebagai binatang yang hanya pandai berkata-kata seolah-olah penulis berdosa kepada dunia ini.

Benar,  kata kondiu waras. Perkataanmu, adalah mata yang melihat. Itu hakmu. Mereka amat kasihan,  dan tidak bersyukur dengan kemurahanku.  Tetapi  aku telah di takdirkan untuk memegang tongkat kekuasaan, sekarang dan selama-lamanya. Aku suka kuasa. Orang sebelum sesungguhnya amat bernasib baik cuma tidak berfikir seperti yang aku fikir. Jawatan tobisa ini adalah kem latihan. Aku berlatih dan mengumpul pengaruh. Aku menabur banyak jasa. Aku mau berjasa kepada kaum tobilung.

Lalu orang yang duduk di depan laptop berkata: Kami tidak kisah itu. Engkau permata pilihan. Itu pilihan sendiri. Itulah kemuncak mahkota. "Jadilah Yang Berkhidmat dan bukan sekadar Yang Berhormat biasa". Kaum tobilung sudah lama menunggu ketika dan saatnya. Tidak ramai orang tobilung yang mempunyai misi seperti yang ada padamu ini. Ada juga dua tiga orang tetapi suam-suam kuku. Kereta yang tidak cukup minyak sama sekali tidak berguna. Dan jika orang buta memimpin orang buta gelaplah dunia. Mereka timbul bermusim dan sekadar pengikut biasa.

Sesungguhnya Aku nampak jalan yang lurus, tambah kondiu waras bersungguh-sungguh. Sesungguhnya aku melihat kegemilangan. Aku akan menghijaukan bumi tobilung ini. Biarlah malaikat-malaikat orang tobilung tersenyum riang. Sebab apa yang aku bawa adalah kegemilangan semata-mata. Lalu kondiu waras membawa penulis ke suatu tempat yang tinggi bagi melihat pemandangan. Mari berjalan ke sana, aku akan menunjukkan kepada mu jalan yang lurus, katanya. Dengan kelajuan cahaya, penulis dan kondiu waras ternyata telah berada di atas puncak. Lalu penulis melihat empat bangunan emas yang bernyala-nyala.

DI PUNCAK INILAH KONDIU WARAS TELAH BAWA PENULIS DENGAN KECEPATAN CAHAYA
Empat bangunan baru bakal akan turun dari sorga, kata kondiu waras. Lalu penulis pun bertanya: “Untuk apa bangunan emas ni?, bukan kah elok jika di lebur saja emas ni dan di buat modal untuk trade forex?  Seketika itu juga kondiu waras bertukar menjadi naga serta memuntahkan api dari mulutnya tepat ke arah penulis. Penulis terpaksa pasang silat serta memadam api dari mulutnya dengan alat pemadam api. Seketika itu juga redalah kemarahan naga itu. Ia bertukar semula menjadi kondiu waras.

Apa yang kamu nampak  ialah empat bangunan Rumah Kebudayaan Tobilung Baru. Masing-masing di Timbang, Marudu, Inanam dan Tambunan. Kos setiap bangunan  ialah 350 ribu dollar tidak termasuk perabotnya.

Lalu orang yang duduk di depan laptop tadi bertanya:  Kenapa begitu banyak. Hongkod Koisaan cuma satu. Kamu pula berlebih-lebih. Tetapi kondiu waras itu menyatakan bahawa Rumah Kebudayaan Tobilung sangat penting bagi membuktikan kewujudan tobilung di tempat-tempat berkenaan. Menurutnya lagi, Rumah Kebudayaan di setiap tempat yang di sebutkan itu adalah bukti yang orang-orang tobilung mempunyai ikatan darah yang kukuh. Kemudian kondiu waras itu melanjutkan: Aku tidak mau ada di antara orang tobilung yang meragui data-data yang di kumpul. Aku mau supaya kaum tobilung percaya bahawa ada orang tobilung di sana. Aku mau supaya mereka percaya seperti mereka percaya kepada tujuh jengkal@turu narangau ( kira-kira 4 kaki) dada si Langkap pahlawan tobilung yang terbilang dan temberang itu.

Aku tidak percaya!!! Teriak penulis. Tiada manusia yang berdada 4 kaki. Biarlah kamu saja yang percaya. Aku tidak. Baiklah, kata kondiu waras. Tetapi sebagai orang tobilung seboleh-bolehnya harus percaya.

Lalu penulis mengalihkan pandangan ke kiri di atas puncak itu. Dia melihat segerombolan orang yang lagaknya telah lanjut usia. Perut mereka buncit dan rambut mereka  telah beruban. Setiap orang masing-masing memikul barait yang di bungkus dengan kain putih. Lalu penulis bertanya: Siapakah mereka itu wahai sang Kondiu Waras? Lalu kondiu waras itu mangatakan bahawa mereka itulah usahawan yang bernaung di atas sayap kondiu waras. Rambut mereka yang telah putih melambangkan kesungguhan dan kemurnian sebagai  tobilung sejati. Mereka ini adalah jutawan tobilung yang sangat berjasa. Aku berpendapat dengan mewujudkan lebih ramai jutawan di kalangan tobilung persepsi masyarakat sekitar akan berubah. Aku sendiri bercadang menubuhkan syarikat atas nama tobisa,tegasnya.

Syarikat apa tu wahai kondiu waras? Apa peranan syarikat yang bakal di tubuhkan itu? Tanya penulis. Dengan tongkat sakti yang aku pegang ini molek jika aku berurusniaga dengan kaum tobilung di bawah naungan tobisa bertujuan membantu mereka dalam apa juga keadaan. Satu contoh yang baik ialah membina perumahan mampu milik berbentuk moden di kampung-kampung. Apabila beberapa orang jutawan berjaya di wujudkan perkara ini mudah di lakukan, katanya penuh yakin.

Aku sokong penuh, kata penulis. Cadangan seperti itu lebih rasional berbanding dengan mempercayai yang dada si langkap tujuh jengkal @ 4 kaki. Berapa kos sebuah, Tanya penulis lagi. Kondiu waras mengatakan bahawa dalam lingkungan 150 ribu ringgit. Macam mana pula dengan cara bayaran balik ? tanya penulis pula. Sesiapa yang berminat boleh menandatangani perjanjian bayaran balik secara ansuran yang flexible berdasarkan kemampuan individu,kata kondiu waras. Bayar 200 ringgit sebulan boleh ka? Tanya penulis. Boleh bah kalau kau,…  kata nya sambil ketawa terbahak-bahak.

Ada lima lagi pemandangan yang penulis lihat di puncak ketika ia di bawa oleh kondiu waras ke sana namun kerana loceng indikator terlalu bising penulis telah terjaga. Rupa-rupanya dia bermimpi di depan laptop. Jam sudah menunjukkan tepat 1 pagi. Ketika dia melihat skrin laptop graf kegemarannya telah menjunam 150 mata.

SANG NAGA DAN GIMIK TOBILUNG(Part 2)

Saturday, January 1, 2011

BATU ITU EMAS BERLIAN

BERLIAN TERBESAR DI DUNIA

Jika sudah di ketahui bahawa batu itu bukan saja emas tetapi batu berlian yang berkilau untuk apa lagi mencoba-coba mencari batu yang satu. Selagi batu berlian mengeluarkan sinarnya ia tetap menjadi batu berlian yang bernilai untuk kita…
Hakikatnya bukan mudah menjadi pemimpin yang berkualiti dan bukan mudah juga mencari pemimpin yang benar-benar mentakdirkan dirinya untuk itu. Menjadi pemimpin bukan mudah dan tidak setakat tau berkorban masa dan wang ringgit saja tetapi bakal pemimpin yang baik di ukur dengan wawasannya,kemampuan fizikal dan keupayaannya untuk melihat serta membawa kaumnya sentiasa ke depan. Ini berkaitan dengan strategi perang iaitu bagaimana kita untuk menang dalam setiap pertempuran.
Dalam konteks tobisa, kita mencari pemimpin yang boleh memulihhara adat resam,bahasa, budaya dan kadang-kadang di hubungkaitkan dengan ekonomi orang tobilung seperti yang tertulis dalam perlembagaan persatuan. Lalu ada yang bertanya: itu saja kah tugas presiden anda?  

Pada kita bukan setakat tugas itu. Sebab persepsi seperti itu lebih sesuai di pegang oleh watak  “woyoon atau ketua suku” dalam cerita-cerita  rakyat kaum tobilung dahulu kala. Zaman ini adalah zaman persaingan. Kita menghuni di bumi yang penuh dengan bangsa-bangsa dan di perintah oleh suatu kuasa. Jika anda duduk diam seminit bangsa anda akan ketinggalan seminit juga berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Walaupun ada gimik yang mengatakan bahawa semua bangsa akan mendapat keadilan sosial tetapi hakikatnya gimik yang cantik cuma berfaedah bagi kaum yang pintar dan bijak saja.  

Tobilung moden mesti pintar bijak merebut setiap peluang. Pintar saja tidak cukup, tetapi mesti pintar dan bijak. Kedua-dua elemen ini harus ada jika kita mau melihat kaum tobilung bergerak cemerlang.

Dalam FB  ada di pertanyakan soalan seperti ini. Apa bah sebenarnya tobisa ini?” dan orang akan memberi penjelasan biasa seperti di atas dan ada juga yang terus mengatakan ia adalah NGO/Organisasi Bukan Kerajaan. Di sudut politik NGO ini boleh juga di tafsir sebagi pertubuhan pendesak.

Jadi, tobisa bolehlah kita katakan pertubuhan bukan kerajaan yang mempertahankan serta memperjuangkan kebudayaan orang-orang tobilung dan pada masa yang sama menjadi agen pendesak kerajaan. Bukan penentang kerajaan, tetapi kadang-kadang boleh jadi penentang kerajaan jika kerajaan tidak memenuhi atau tidak memperdulikan suara persatuan. Sebab suara persatuan adalah keputusan kolektif suku kaum tobilung berjumlah 300 ribu orang.

Presiden persatuan, kena buat bising mengikut kepintaran dan kebijaksanaannnya. Tidak semestinya bergelumang dengan kebudayaan orang tobilung saja.