ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Wednesday, February 16, 2011

AMU OKU NO MOGINUM


AMU OKU NO MOGINUM

SAYA TIDAK MAHU MINUM LAGI

I DO NOT WANT TO  DRINK ANY MORE


Sumber : Ms.32 dalam buku frasa tiga bahasa (Tobilung).
Perkataan “moginum” merupakan perbuatan minum arak. Dalam ayat ini orang di katakana sedang minum tapai (rice wine) atau kombos dalam bahasa tobilung.

Persoalan nya adalah berkaitan dengan ayat “Amu Oku no Moginum”. Ayat ini membawa  maksud:
1.        - Orang yang telah lama berhenti daripada tabiat meminum minuman keras.
2.        - Tidak minum kombos lagi sampai bila-bila

A    Apabila di perhalusi, frasa “amu oku no moginum”, di dapati tidak sama maksud dengan  ‘saya tidak mahu minum lagi” sebab frasa “saya tidak mahu minum lagi” bermaksud  “orang sudah kenyang dengan / telah mabuk” tetapi keesokan/bila2 masa masih boleh minum. Contohnya: pada  jam 7 tadi mereka berlima sedang minum kombos dan pada jam 8 salah seorang berkata kepada kawan dia “ saya tidak mahu minum lagi” dalam keadaan ini frasa “saya tidak mahu minum lagi” adalah betul. Tetapi dalam ayat “amu oku no moginum”  tidak berapa sesuai. Sebab frasa “amu oku no moginum” merujuk kepada  orang  yang  sudah lama berhenti minum (iaitu telah berhenti minum sejak  3 tahun yang lalu).  Ertinya dia telah berhenti  daripada tabiat meminum  tapai.
S    So, frasa ‘amu oku no moginum”  ini kurang tepat? jika di terjemahkan sebagai “saya tidak mahu minum lagi” ....    Hehheee

M    Mangkali ini yang sesuai dengan frasa "saya tidak mahu minum lagi" iaitu  “ amu oku no mo-ngi-num”, manakala "amu oku no moginum" sesuai di terjemahkan sebagai " saya tidak minum" (merujuk kepada kombos/sebarang minuman yg memabukkan)

Tuesday, February 15, 2011

THE RISE OF TOBILUNGS

SEKADAR HIASAN
Penjenamaan semula(re-branding) sebenarnya bukan perkara baru.  Branding strategy (stretegi penjenamaan) merupakan konsep pembaharuan untuk melonjakkan kembali … 

Satu contoh jelas penjenamaan semula ialah perubahan akronim daripada PTBS kepada TOBISA. Tobisa di hiasi dengan make-up baru. Terpulanglah dengan siapa juru meke-upnya. Jika juru make-upnya kreatif, berinovatif , bertanggungjawab, berpandangan jelas ke depan maka hasil make-upnya akan di segani, di hormati dan mungkin juga akan dijadikan sebagai satu standard kepada jenarasi akan datang. Jika gubahan make-upnya jelek maka  audiennya akan bersungut-sungut. Audiennya akan memperkatakan warna gincunya tidak ngam lah, dia punya foundation terlampau nipis lah dan banyak sungutan lain, tetapi jika terlampau foundationpun susah juga hehee. Sungutan-sungutan ini jika tidak di urus tadbir dengan bijaksana boleh menyebabkan pemimpin di ketepikan. Satu contoh yang jelas ialah Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Jika kita memegang sesuatu jawatan bertahun-tahun dan tidak buat re-brand orang akan menjadi bosan dan muak.  Zaman permulaan PTBS telah menjadi sebahagian  sejarah kaum tobilung dan bermula pada tahun 2002 ia di anggap sebagai tahun permulaan kebangkitan, “the rise of tobilungs”. Persatuan tobilung yang di ilhamkan oleh Ybg En Timis Sambadi (1980-an) telah di pakaikan baju dan seluar baru. Pemakainya tetaplah sebagai Persatuan Tobilung Bersatu Sabah. Pemegang sahamnya tentulah masyarakat minoriti tobilung berjumlah kira-kira 300 ribu orang…. Heha ha, kada bogia kotogod!!!  

****************************************************************************
 
Ulasan & Cadangan:
- Penjenamaan nama Pertubuhan mempengaruhi persepsi  ‘masyarakat tobilung itu sendiri” dan masyarakat sekitarnya.

 - Penjenamaan nama pertubuhan dirasakan lebih dominan melalui “kualiti Pemimpinnya”, AMTnya dan sistem sokongan (masyarakat tobilung). Pemimpin yang berkarisma, hebat dalam merancang dan juga menjadi pakar dalam bidang tujah (niche area).

- 'Ranking’ sangat penting dalam menjenamakan pertubuhan. Tetapi ini memakan masa yang lama dan perlu proses yang berterusan (merangkumi CQI – Continous Quality Improvement) dan juga sokongan padu segenap lapisan warga tobisa (ahli2nya dan masyarakatnya).

- Perlu diwujudkan satu pasukan yang konsisten serta serius menjalankan kajian dan mencadangkan pelaksanaan strategi penjenamaan berkala!  Kenapa? Kerana kepuasan dan persepsi masyarakat sentiasa berubah-ubah! Pasukan ini seharusnya diberikan autoriti  dalam menjalankan kajian dan memberikan buah fikiran tanpa dibayangi perkara-pekara lain.

- Dunia hanya di hujung jari! Laman web rasmi sesebuah pertubuhan juga seharusnya up to date dan mesra pengguna! Kenapa sedalam ini diperlukan? Kerana jenama adalah sangat penting!  

******************************************************************

Dalam ucaptama sempena mesyuarat agung TOBISA dan pelancaran buku frasa tobilung, (6hb.2.2011) En.Muji Ampau yang juga adalah presiden Tobisa menekankan perlunya re-brand  atau penjenamaan semula Persatuan Tobilung bagi memenuhi asperasi generasi baru tobilung. Menurut beliau,jika masyarakat tobilung ingin di hormati dan tidak mau di pandang rendah oleh masyarakat sekitar maka para pemimpin tobilung perlulah re-brand di segi  imej dan gaya penampilan diri. 

Dalam Persatuan Tobilung “re-brand” telah bermula sejak 2002, iaitu ketika bermulanya era-pentadbiran , presiden baru tobilung Ybg.En.Muji Ampau. Perkara pertama yang beliau buat ialah

1. Mengubah pusat pentadbiran dari Manggaris ke Kg Timbang,Kota Belud.

2. Mengubah akronim PTBS kepada TOBISA.

3. Mencipta Pakaian Rasmi Tradisi Baru Tobilung.

4. Menerapkan 7 nilai asas kaum Tobilung.

5. Memperkasakan lagi penggunaan Bahasa Tobilung dengan mewujudkan taska/sikul pogi-anak-anakan tobilung serta menyokong penerbitan beberapa buah buku tobilung seperti kamus etc.

6. Memperkenalkan  “ helang  / “kondiu waras” sebagai simbol dan identity perjuangan suku kaum tobilung.

7. Kaamatan di beri nafas baru dengan jolokan Pesta Monguyas Torutip(identiti kaum Tobilung).

8. "Upacara Miniridong" di hidupkan kembali bagi memperbaiki "feng sui" kaum tobilung.

9. Mengekalkan  hubungan  baik persatuan dengan para pemimpin politik tempatan. Dan sekarang,
 
10.  re-brand / penjenamaan semula di segi imej dan gaya penampilan diri ahli-ahlinya...

VIDEO UCAPAN

Saturday, February 12, 2011

SANG NAGA DAN GIMIK TOBILUNG (Part 2)

SEKADAR HIASAN - JANGAN AMBIL HATI
Penulis dalam perjalanan pulang. Jalan licin dengan hujan yang tak henti-henti  merupakan senario saat itu. Hanya parit yang sempurna boleh menyelamatkan jalan raya. Ada orang mengatakan bahawa parit adalah nyawa jalanraya. Namun jalan raya lama Dudar-Toburon ini tidak di siapkan dengan parit yang sempurna. Musuh utama jalanraya dan pengguna jalan raya ialah apabila berlakunya tanah runtuh. Penulis tiba di pertengahan bukit dan melihat dua buah kereta terparking rapi di tepi kiri jalan. Penulis memandu ke depan lagi dan kelihatan kereta yang tertulis Sabah Electricity sedang berusaha untuk berpatah balik. Nampaknya dia agak sukar reverse kerana keadaan jalan yang sempit dan licin. Penulis terpaksa reverse ke belakang untuk memebri laluan.

Lalu pemandu Sabah Electricity menurunkan cermin kereta .. “Tidak boleh tembus. Ada tanah runtuh di depan”, katanya. Lalu kereta Sabah electricity itu berlalu dari tempat itu. Penulis meninjau ke depan dan sah ada selonggok runtuhan tanah. Tinggallah penulis seorang memikirkan tanah runtuh. Hujan masih turun bertubi-tubi. Penulis matikan enjin dan duduk dalam kereta berharap hujan akan segera reda. Perjalanan pulang  tetap di teruskan biarpun dengan berjalan kaki tegas dalam hatinya.

“Celaka”, kata penulis. Satu perkara yang tidak boleh di tunda-tunda telah memuncak. Dari tadi lagi dia menahan sakit yang memulas-mulas tapi pada masa itu boleh di kontrol dan pada tahap yang masih boleh di tahan. Kini, dia tidak tertahan lagi. Dengan hujan yang semakin kuat menyebabkan dia menyumpah. Mencari tempat untuk melabur pun satu masalah. Tak kan melepas di dalam kereta, katanya tertekan. Akhirnya, dia akur lalu berjalan keluar dari kereta tanpa payung. Dia menuju ke arah semak berbukit di tepi jalan. Penulis menemukan suatu tempat yang landai dan air mengalir dari atas bukit. Dalam keadaan basah kuyup penulis pun membuka seluar dan bercakung hendak melepaskan hajat.

Prattt…  bunyi keluar. Penulis melihat setompok  bangunan kon seperti kon aiskrim berwarna keemasan. Inilah benda yang sakit jika di tahan, katanya perlahan. Semua nabi-nabi dan raja-raja sudah pasti telah merasai apa yang aku rasakan saat ini, katanya senyum. Lalu dia beralih posisi untuk kali kedua bagi mengeluarkan  sisa yang masih tersimpan dalam usus besarnya. Kon kedua prosesnya agak lama terbentuk,ia cuma terputus-putus dan tidak sehebat kon yang pertama.  Perutnya masih terasa memulas-mulas. Penulis terus bercakung merasai nikmatnya sambil menghadap kon aiskrim yang pertama. Sedang hujan mengenai kon aiskrim itu yang nampak akan cair bila-bila masa. Penulis lupa bahawa hujan membasahi dirinya.

GAMBAR TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI
Entah bagaimana keadaan boleh berubah sekelip mata. Penulis merasakan bahawa ia berada di awang-awangan. Keadaan sekeliling juga turut berubah dengan kepulan asap yang amat nyaman. Lalu penulis melihat kon keemasan tadi yang kini diseliputi dan menjadi punca asap. Penulis merasakan bahawa asap tebal yang mengelilinginya berbau  wangi. Penulis pun berkata di dalam hatinya, “biar betul”!  Aku ini sedang berak. Kenapa boleh berubah sekelip mata. Lalu penulis pun mulalah berteriak:

Hoooi, aku sedang berak!!! ,  Aku sedang berak!!!  Hoooi, aku berak ni!!! 

Dia mengulangi perkataan itu berulang-ulang. Jangan mempermainkan aku, kata penulis. Dia beranggapan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di tempat dia berak itu. Dia cuba berdiri tetapi seakan-akan dia dipaku. Dia berteriak lagi dan terus berteriak…

Lalu keluarlah seekor naga dari kepulan asap yang ada dihadapannya.  Mata naga itu berwarna merah, dan sekali sekala api keluar dari mulutnya. Naga itu mulai membelit penulis tetapi naga itu tidak dapat mengerakkan penulis sebab dari tadi penulis seolah-olah dipaku di tempat ia bercakung dan ia masih dalam posisi berak.

Sebelum penulis sempat membuka mulut  naga itu telah menjelma sebagai kondiu waras dan bersabda: “Kenapa engkau meninggalkan aku di puncak itu? ada lima perkara yang telahku perlihatkan kepadamu tetapi kamu meninggalkan aku keseorangan. Inilah masanya kamu menyatakan apa yang telah kamu nampak. Perkara itu tidak boleh di tangguhkan lagi, kata kondiu waras dengan nada marahnya.

Lalu penulis mula memanggil semula ingatannya. “ Ketika itu suasana bising” aku telah terjaga, katanya. Lalu dia melanjutkan: perkara ketiga yang aku nampak di puncak itu ialah "suatu bangsa yang sama". Suatu bangsa yang mempunyai paras rupa yang sama seperti di clone. Bangsa yang di clone. Lalu dia bertanya: apakah ertinya itu wahai kondiu waras? Sebab bangsa seperti itu belum pernah saya nampak, kata penulis penuh hairan.

Lalu kondiu waras berkata: “Yang kamu nampak itu tidak penting”.  Itu cuma bayangan saja.  Tetapi apa yang utama dan yang terutama ialah aku telah menjadi tongkat untuk bangsa yang di clone ini, katanya. Aku sengaja menunjukkan bangsa yang di clone kepada mu tempo hari di atas puncak. Tujuan  aku berbuat begitu ialah supaya engkau mengerti bahawa aku suka kepada kesempurnaan. Aku suka kepada bangsa yang sempurna, tegasnya.

Tetapi penulis berkata: Tidak ada yang sempurna di bumi ini, apa lagi dengan kaum tobilung yang telah melalaikan bahasanya. Namun begitu sekurang-kurangnya mereka telah belajar berdoa supaya kesempurnaan di sorga itu di bawa ke bumi. Tetapi kondiu waras berkata: "itulah sebabnya aku mau mereka ini diclone sekali lagi". Sekarang ini mereka umpama satu rupa tetapi berselerak,katanya. Dan itu jugalah yang menyebabkan mereka ini tidak dapat pergi jauh. Bangsa itu umpama menemui jalan tepu.

"Hanya sistem pendidikan yang dapat mengubah itu", kata penulis. Sebab itu, agenda pendidikan patut di beri keutamaan dalam tongkat kekuasaan ini. Budaya tidak mudah pupus. Bahasa tetaplah diperkasa. Tetapi jika budaya dan bahasa di tekankan secara total, ia tidak membawa bangsa itu kemana. Bagi orang kampung budaya dan bahasa adalah hidup itu sendiri.

"Itu cuma pendapat engkau seorang", kata kondiu waras.  Tetapi aku mempunyai arah dan jalan yang jelas. Aku tidak berniat sekadar menampal kain baru ke atas koyakan di atas pakain. Aku mau supaya mereka berpakaian baru dengan roh dan hati yang baru. Aku mau supaya mereka mengenakan pakaian dan memastikan tobilung berpakaian 7 nilai.  Pendidikan memang menjadi agenda utama dan harus di perinci serta jelas di mata orang tobilung. Aku tekankan bahawa dalam tempo 30 tahun ini tobilung perlu 10 orang doktor, 10 orang jurutera, 10 orang peguam  dan 3  YB. Aku juga nak kan 100 kontraktor yang beretika. Orang tobilung mudah berpuas hati, tidak suka kepada  profession seperti  doktor, peguam dan sebagainya  dimana lebih mencabar. Inilah penyakit. Kebanyakan cuma ingin menjadi  yang biasa-biasa saja. Ibubapa patut beri dorongan dan penjelasan yang jelas kepada anak-anak.  Dengan program keramat ini tentu nasib bangsa lebih melonjak.

Dengan  kata-kata itu kondiu waras pun hilang dari pandangan penulis dan ketika itu juga penulis bangkit dari pengsannya. Rupa-rupanya penulis pengsan kerana terhidu gas daripada bangunan kon aiskrim berwarna keemasannya.

SANG NAGA DAN GIMIK TOBILUNG (Part 1)

Monday, February 7, 2011

PELANCARAN BUKU 3 FRASA TOBILUNG

YB SENATOR DATUK MAIJOL MAHAP, AHLI DEWAN NEGARA

YBG EN MUJI AMPAU PRESIDENT TOBISA 2011/2014
WAKTU REHAT DI ISI DENGAN MENANDATANGANI BUKU
CIK GILL BUCK TURUT MENJADI TUMPUAN PEMINAT
BUKU 3 FRASA, KAMUS BERGAMBAR & STIKER TOBISA
SUMANDAK TOBILUNG KG TIMBANG SUKA MEE







































 * tobisa perlu penjenamaan semula/re-branding stretgy - en.muji ampau,president tobisa

* profile kampung penting - yb senator datuk maijol mahap

* tobisa perlu lebih agresif - en.george saidi, tim.president tobisa

BERITA BAIK UNTUK KG.TOBURON - Jalan Raya dalam masa terdekat???
 VIDEO UCAPAN DASAR EN.MUJI AMPAU