ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Sunday, January 15, 2012

TOBILUNG IDOL 2012 - MANTAP !!!

ATURR!! SASARAN  TAHUN 2012
Filem " MONGOLU" akhirnya kecundang... mendengar berita ini seluruh anggota badan kita terasa seperti di permain-mainkan. Beginilah senarionya filem yang diusahakan oleh orang tobilung dengan bergantung harap kepada orang yang manganggap pakar dalam perfileman. Tetapi ini sebenarnya cuma permainan atau permasalahan dalaman pembikinan filem. Ini belum masuk kepada permasalahan " untuk siapa atau bagaimana untuk memasarkannya", jika mendapat kutipan 4 juta ringgit itu sudah di kira "berjaya", namun di Malaysia sesuatu Filem di kira sangat berjaya jika mendapat kutipan 8 juta ringgit!

Promosi sesebuah Filem yang bakal berada di pawagam bukan sedikit modal yang di perlukan. Dua ratus ribu ringgit itu adalah belanja hangus percuma. Belanja promosi sedemikian kita tidak tau berapa kali saja di tayang di TV1, TV2, TV3 atau TV awana... kakekkekrr!!  Jika saluran-saluran TV  ini menayangkan iklan Filem Mongolu lewat jam 12 tengah malam siapa yang akan tengo atau nampak? biasanya jika iklan di tayang jam 8 malam itu agak mahal bayarannya ka kakkeker... aa itu tentang iklan.

PN. SAINGGIM MAJUNGIL, PEMBELA TANAH
Satu lagi, tengo tajuk "MONGOLU", dari dulu lagi memang dijangka memang tidak komesial punya; cerita dia pun biasa-biasa saja. Hantu punya cerita. Hantu tobilung bukannya bikin takut!.  Di tambah lagi dengan gandingan para pelakon yang semua "pelakon baru", akhirnya bila FILEM gagal, pengarah filem akan menyalahkan itulah, inilah.. kurang inilah dan sebagainya.

Kamu pernah menonton Filem "Nasi Lemak 2.0 ke? " karya Namewee !  pada saya filem itu sangat hebat, kenapa? sebab dia di buat dengan peralatan  kos rendah! hanya dengan kamera DSLR!!!

Seni filem dengan keazaman yang tinggi membuat sesuatu filem nampak real. Begitulah keadaannya "Filem Nasi Lemak Versi 2.0"; - namun Filem "mongolu", iaitu cerita karut suku kaum tobilung,  kita tidak tau sejauh mana dia punya ummmp!!! kita tengo lah nanti. NAMUN melihat kepada respon dan bahasa badan, macam tuan presiden TOBISA agak menyesal juga!!!  Sebagai orang tobilung kita pun turut sedih dan kecwea juga, sebab itulah orang tobilung yang benar-benar minat dalam bidang perfileman ini seperti Tuan Ronny Sigoh diberi dorongan agar di asah lagi bakatnya. Satu lagi, jika bercadang membuat sesuatu filem mesti kena buat kertas kerja dulu, semua kena di ambil kira, dari A sampai Z, jika main hentam saja nah begini lah jadinya...

Lupakan tentang Filem Mongolu yang bermasalah tu...

Sekarang tentang mukadimah  presiden TOBISA, Ybg, Muji Ampau pada 15hb.1.2012, jam 2:09 petang; beliau berkata tentang  "goal setting" / target tahunan persatuan TOBISA. Goal Setting, amat luas maksudnya dalam bidang pentdbiran; walau bagaimanapun jika di fokus kepada persatuan TOBISA, yang hendak beliau tekankan ialah "apa yang mau hendak di capai" persatuan tahun ini(2012).  Maksudnya; beliau memperkatakan tentang pentingnya   "sasaran 2012", barangkali jika di permudah begini: "kena buat 2 atau 3 aktiviti yang boleh mempromosi persatuan dan pada hujung tahun nanti di adakan post mortem". Apapun tuan presiden sendiri pun belum tau lagi apa yang hendak di buat untuk tahun 2012 ini selain aktiviti biasa, seperti pesta kaamatan (Pesta Monguyas Torutip), upacara meniridong, kamus tobilung, sikul pianak-anakan, buku adat-istiadat dan MBR-nya yang belum menjadi.

Apapun ada cakap-cakap yang mengatakan Persatuan TOBISA ini akan mengadakan "TOBILUNG IDOL" tahun ini sebagai satu cara memikat golongan muda tobilung mencintai persatuan sekaligus mempromote TOBISA di peringkat kebangsaan. Sama-sama kita tunggu !

Friday, January 6, 2012

SMK ARSHAD TERUS UNGGUL

MENINGKAT SETIAP TAHUN PMR 2011(68.42%)
SERAMAI 4 PELAJAR PMR TAHUN 2011 MENDAPAT 9A

Wednesday, January 4, 2012

PERUTUSAN ADMIN ONETOBILUNG 2012


Selama 1 tahun 8 bulan sejak ONETOBILUNG mula muncul, nasibnya telah mengalami kemakmuran. 

Blog jenama ONETOBILUNG mula mendapat tempat di mata masyarakat khususnya  orang-orang momogun dari suku kaum tobilung. Marilah kita hayati post yang pertama; niat kita cuma mempromosikan kesihatan dikalangan momogun tobilung.

Meskipun ada segelintir orang yang tidak begitu suka dengan artikal-artikal yang dimuatkan di dalamnya lebih-lebih lagi dengan penggunaan frasa “tobilung” yang begitu kuat hubung kaitnya dengan TOBISA/persatuan tobilung bersatu sabah tetapi tidak sama sekali akan menghalang  usaha murni untuk terus maju ke depan. Sebaliknya kita bekerja keras.
ONETOBILUNG berhasrat mempromote beberapa aspek yang baik yang terdapat dalam masyarakat “momogun tobilung” ; pihak admin menyedari  ada ramai pihak yang berhasrat untuk berbuat demikian namun jika terdapat batas-batas dalam penulisan cuma akan membantut kreaktiviti .
Untuk sebab ini, kita yakin ONETOBILUNG mampu bergerak ke depan  berlandaskan kepada etika dan kebebasan. Disamping  ONETOBILUNG  meneroka aspek-aspek kebudayaan,politik dan social  dan nilai-nilai muri untuk tatapan dan informasi  jenerasi muda , ONETOBILUNG berhasrat  kepada satu lagi gagasan baru yang akan kita kenali sebagai ASAS TOBILUNG BARU; orang tobilung perlu kepada suatu gagasan yang merangkumi perubahan dalam semua aspek kehidupan kepada suatu bentuk kehidupan lebih dinamik.
Marilah kita memeluk masa depan yang berintegriti dan bersih. Marilah kita beriman, memeluk masa depan gagasan ONETOBILUNG yang lebih bebas, hijau dan berinformasi dan yang membawa rezeki kepada mereka yang bekerja secara keras, jujur dan bijak. Selamat Tahun Baru 2012!