ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Sunday, March 25, 2012

INI KALI LAH


YBG.Muji Ampau, Lepas Merpati Simbol  Kebebasan Rakyat Dari Penjajahan
Siapa bilang Borneo ini masih gah dengan "fixed deposit" buat BN dan sekutunya. Sekali-kali tidak! Mereka ini sudah di kenal pasti sebagai (Versi Baru Penjajah British) mereka melanggar dan menipu rakyat Sabah (khususnya kaum tobilung) seperti yang termaktub dalam perjanjian “20 perkara”.

SILA TONTON SANDIWARA UMNO
Malah ada di antara mereka berkata seburuk-buruk penjajah British ”British lebih baik“, mereka tidak merampas tanah NCR, tetapi penjajah baru ini merampas tanah NCR( melalui agen-agen haram kuala Lumpur seperti Kedatuan dan Safoda).
“INI KALI LAH”  kata mereka. Menurut Pn.Sainggim Majungil, "Pemimpin UMNO di Kota Belud tidak jujur dan "HANYA BERSANDIWARA" dalam menangani isu-isu tanah NCR(tanah adat); Mereka inilah agen pembunuh sebenar jenarasi masyarakat tobilung dan menegaskan adalah “HARAM untuk memberi undi kepada mereka. PENCEROBOH HARAM DI KAWASAN ORANG TOBILUNG TIDAK AKAN AMAN, mereka akan di binasakan dengan apa juga cara. Kita akan "BAKAR MEREKA HIDUP-HIDUP", katanya.
"HAPUSKAN KEDATUAN DAN SAFODA": PN.SAINGGIM MAJUNGIL
Sebaliknya rakyat(masyarakat tobilung) sepatutnya berfikiran KRITIS dan matang dan hendaklah mempertimbangkan untuk memberi sokongan padu kepada “Gerakan Borneo”;  yang gah membela nasib kita(PRIBUMI) dan tanah NCR pribumi katanya disambut dengan tepukan gemuruh.
Sebelum itu Presiden Tobilung,Yang Berbahagia,En.Muji  Ampau berapi-api mengatakan bahawa “ masyarakat kita(Tobilung) di bunuh perlahan-lahan, tanah kita di rampas; bila mereka(orang semananjung) merampas tanah kita samalah dengan membunuh kita” katanya. Ini di katananya dalam ucap tama dalam Mesyuarat Agung  Tobisa tahunan yang ke-24, Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (1TOBISA) hari ini di Kg.Timbang,K.Belud yang di hadiri kira-kira 100 pemimpin suku yang terdiri daripada JKKK dan ketua Adat dan Ketua Kampung masyarakat kaum Tobilung (Kg. Timbang, Sarang, Dudar dan Toburon,Mandawang, dan semua perkampungan Tobilung yang mendiami Kota Marudu).
Datuk Maijol Mahap (Ahli Dewan Negara) turut  menegaskan “dia akan terus menyokong untuk melindungi tanah NCR” iaitu untuk membebaskan tanah NCR daripada penceroboh. Dia menegaskan bahawa’ Kaum Momogun” perlu bersatu padu (kaum momogun adalah merujuk kepada KadazanDusunMurut), yang katanya mengalami nasib yang sama iaitu tanah mereka di ceroboh.


ini kali lah = This the right time / now is the time = the right time to overthrow the present government.. !
Isu tanah adat atau NCR telah menjadi satu isu yang panas di Sabah dan Sarawak.  Terdapat banyak aduan kes salah guna kuasa yang telah di laporkan mengenai isu NCR ini. Contoh yang paling dekat ialah pencerobohan tanah adat di kampong Toburon Kota Belud.

http://www.youtube.com/watch?v=RyrpjB1k9pA&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=nJjVJdS9tNI

Menurut KAN Abar Gumpai "Pencerobohan tanah adat di Toburon  melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan", dan perkara ini di tegaskan juga oleh KK.Sungkit Botung yang juga turut menghadapi ancaman daripada pihak SAFODA di mana melibatkan tanah adat kampung Sarang.

bersambung dengan foto2.