ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Wednesday, December 4, 2013

KEBANGGAAN TOBILUNG

Kita mesti berbangga dengan usahawan-usahawan daripada kaum tobilung yang berani bersaing. Sungguhpun mereka ini tidak ramai dan boleh di kira dengan jari tetapi perlu disokong terutamanya oleh masyarakat tobilung itu sendiri tidak kira apa saja yang mereka usahakan. Ada banyak pengkhususan perkhidmatan yang mereka buat umpamanya dalam pengeluaran baja kompos, perkhidmatan mengecat kereta, membaiki kereta dan banyak lagi.

Hari ini penulis tertarik serta kagum dengan seorang pengusaha servis air-cond yang begitu bersemangat. Beliau ialah En.Dino yang berasal dari Sarang, Kota Belud. Menurut beliau pada mulanya dia cuma bekerja dengan kedai cina yang membekal pelbagai alat ganti kereta. Tugasnya ialah mencari , mengambil dan memasang serta menghantar alat ganti kepada pelanggan.

Kerja berulang-ulang itu di lakukannya selama 20 tahun sehinggalah pada tahun 2009. Dia mengambil keputusan berhenti kerja berikutan dia mengalami kemalangan motorsikal ketika menghantar barang dan dibiarkan orang separuh mati di bus stop. Menurutnya sejak peristiwa itu dia trauma suda untuk naik motorsikal dan pada ketika itulah timbul idea untuk membuka kedai servis di King Fisher. Ideanya yang berani bersaing itu mendapat sokongan moral dan galakan daripada rakan sekampungnya iaitu En.Saiful Batong yang ketika itu bekerja di Kastam,Kota Kinabalu. Maka pada tahun 2010 berdirilah kedai servis ini di King Fisher.

Apa yang mengagumkan penulis, di kedai ini bukan saja menyediakan alat ganti tetapi lebih kepada multi servis seperti servis air-cond/pemasangan aircond, servis motor oil sehinggalah mengganti enjin serta memulihhara bahagian dalam enjin, gearbox dan bahagian-bahagian badan kereta sama ada kereta lama atau kereta baru. Apa yang menariknya spre part kereta itu dia dapat dengan mudah sebab dia berpengalaman 20 tahun buat kerja2 macam itu. Menurut Dino, spre part boleh di order sehingga ke Jepun ....

Di tanya tentang keahliannya membongkar enjin,gearbox auto/manual/excell dino berkata " Macam Malik juga lah" kata nya smbil ketawa dengan yakin. Dia ada 4 orang pekerja yang sanggup bekerja sehingga jam 8 malam.