ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Thursday, September 24, 2015

BERMINAT MENJADI GURU...

SENARIO SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Berminat sebagai guru...,     Ramai pelajar lepasan SPM dan juga mereka yang sudah memiliki segulung Ijazah bertanya. Tahniah!  Saya difahamkan bahawa terdapat 11 laluan untuk menjadi seorang guru?




1. Laluan SPM - IPG - SK
Ini antara laluan paling mudah bagi menjadi seorang guru. Pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang (4/5 A dan ke atas) boleh memohon kemasukan ke Institut Perguruan Malaysia (IPGM) atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan suatu ketika dahulu. Mereka ini akan dilatih selama 1 tahun persediaan dan 4 tahun tambahan bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Seterusnya akan berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah. Malah bagi meningkatkan kualiti pendidikan guru, KPM juga menyediakan laluan khas terus temuduga kepada pelajar lepasan SPM yang mendapat straight A yang berminat untuk menjadi guru. 

2. Laluan SPM - Matrikulasi - Universiti - SMK

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi guru di sekolah menengah, ada laluan lain yang boleh anda cuba. Selepas mendapat keputusan yang baik untuk SPM, anda boleh memohon masuk ke Kolej Matrikulasi. Secara umumnya, keputusan SPM anda perlu lah kredit bagi semua subjek. Semasa di Kolej Matrikulasi, dapatkan keputusan peperiksaan yang bagus untuk memohon universiti yang menawarkan program bagi perguruan.  

3. Laluan SPM - STPM - Universiti - SMK
Ada juga pelajar yang mahu menjadi guru sekolah menengah ataupun guru bagi subjek yang diajar di sekolah menengah, seperti Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan dan lain-lain, maka mereka boleh memilih laluan ini. Iaitu menyambung ke Tingkatan 6, dan seterusnya sambung belajar di universiti.

4. Laluan STPM - Universiti - SMK

Laluan ini adalah lebih kurang seperti laluan di atas, di mana pelajar Tingkatan 6 yang mendapat keputusan STPM yang cemerlang, kemudiannya sambung belajar program perguruan di universiti. Majoriti daripada mereka akan dipostingkan untuk mengajar di sekolah menengah, kecuali jika dinyatakan subjek di sekolah rendah. 

5. Laluan Diploma - Universiti - SMK

Laluan ini pula adalah laluan bagi mereka yang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma terlebih dahulu. Selepas SPM, mungkin dah hilang rasa nak belajar di sekolah, maka pergi lah sambung belajar Diploma di mana-mana IPTA yang menawarkan program tersebut. 

Setelah memiliki Diploma, maka bolehlah memohon bagi sambung belajar untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda khusus dalam bidang perguruan di universiti yang menawarkan. Tambahan 4 tahun lagi bagi menyiapkan pengajian di peringkat ini. Namun ada juga universiti yang membenarkan beberapa subjek Universiti dikecualikan, maka dapatlah siapkan ijazah ini dengan tempoh yang lebih pendek.

6. Laluan Ijazah - DPLI - SMK

Ini pula adalah laluan bagi mereka yang sudah mempunyai ijazah sarjana muda, tetapi dalam bukan bidang perguruan. Maka anda bolehlah memohon kursus DPLI, iaitu Diploma Perguruan Lepasan Ijazah. 

Bezanya dengan kursus KPLI yang biasa kita dengar adalah DPLI dilaksanakan di universiti, bukan di IPG seperti KPLI. Dan juga DPLI adalah bagi guru untuk sekolah menengah, manakala KPLI adalah bagi guru untuk sekolah rendah.

Sedikit elaun disediakan bagi mereka yang terpilih bagi mengikuti program ini. Namun ada perjanjian kontrak dengan KPM selama 2 tahun.

7. Laluan Ijazah - KPLI - SK

Ini adalah laluan perguruan yang paling biasa kita dengar, iaitu KPLI, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Saya sendiri adalah satu daripada produk KPLI suatu ketika dahulu. Kini lepasan KPLI hanyalah untuk bakal guru yang dipostingkan ke sekolah rendah sahaja. Nak sekolah menengah, anda boleh cuba DPLI seperti di atas.

KPLI dilaksanakan di IPG, selama 1 tahun. Walau bagaimanapun, atas faktor bilangan guru dan subjek yang tidak seimbang dan berlebihan, faktor pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan ISMP yang tidak dapat posting, maka program ini dikurangkan pengambilannya. 
Jika ada pun hanya terhad kepada subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris, KHB, Pendidikan Khas dan lain-lain lagi yang diperlukan dalam kadar yang segera. Jika dibuka pun, saingannya sangat lah sengit. Semoga berjaya! 
8. Laluan Ijazah - JQAF - SK
Bagi mereka yang memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam, Bahasa Arab atau yang berkaitan dengannya, maka anda boleh cuba laluan ini. Mereka yang memohon dan ditawarkan program ini, diberi peluang untuk terus menjadi Guru JQAF di sekolah yang ditetapkan. 
Dalam masa yang sama, pada waktu cuti sekolah, mereka harus mengikuti pengajian semasa cuti sekolah selama 2 tahun. Selesai saja program JQAF ini, maka akan ada reposting semula. Bergantung kepada nasib dan kekosongan, tempat posting mungkin boleh jadi sekolah lama, atau pun sekolah baru. 
9. Laluan Ijazah - MRSM
Selain daripada itu, anda juga boleh cuba nasib untuk menjadi guru MRSM, Maktab Rendah Sains MARA, terutamanya jika anda pernah ada kena mengena dengan MARA. Sama ada bekas pelajar, bekas penerima biasiswa MARA atau apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan MARA. 
Caranya boleh tengok iklan di MRSM tertentu dari masa ke semasa. Ini bergantung kepada kekosongan subjek dan keperluan. Seperti guru lain juga, program perguruan bagi guru sebegini dijalankan semasa cuti sekolah. Keutamaannya tentulah akan diberikan kepada bekas penerima biasiswa MARA. Tapi, anda boleh cuba juga. Mana lah tahu ada rezeki jadi cikgu MRSM.  
10. Laluan Ijazah - Sekolah Swasta
Jika dah cuba MRSM dan sekolah lain, tapi blom ada rezeki, maka anda boleh cuba memohon sebagai guru sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Keperluannya tentulah lebih bersifat memilih pada subjek, kelayakan bakal guru dan juga kelebihan tertentu.
Laluan ini merupakan satu laluan yang baik bagi mereka yang sentiasa inginkan cabaran dalam bekerjaya. Gaji pun tentu lebih lumayan jika dibandingkan dengan guru-guru kerajaan nih. Risikonya menjadi guru di sekolah sebegini, kontrak takkan disambung jika tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan. 
11. Laluan Ijazah - Teach for Malaysia - SMK/ SK
Ini satu lagi laluan baru yang saya dapat tahu. Anda boleh sertai NGO Teach For Malaysia yang aktif dalam menyediakan guru-guru bagi subjek kritikal di sekolah-sekolah yang sangat memerlukan guru. 
Mereka yang memohon bagi mengikuti program Teach For Malaysia ini akan disaring dan diberikan sekolah untuk posting. Semasa hujung minggu mereka perlu menghadiri kursus pemantapan perguruan bersama-sama rakan Teach For Malaysia yang lain. Kontrak adalah selama 2 tahun, seterusnya mereka boleh memilih untuk terus menjadi guru atau berhenti.

Program Teach For Malaysia ini juga direstui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, malah semakin giat dipromosikan melalui laman sosial dalam setahun 2 ini. 
Sebenarnya ada juga usaha saya untuk mendapatkan maklumat terus daripada Teach For Malaysia mengenai program ini. Namun tak berjawab. Mungkin terlalu sibuk menguruskan bakal-bakal guru yang mahu menyertai Teach For Malaysia nih..

So, terkejut kan? Tak sangka ada banyak cara bagi anda di luar sana yang sangat ingin bergelar seorang cikgu. Maka, usahakanlah mengikut seperti yang anda rancangkan. Dan apabila berpeluang menjadi seorang guru kelak, janganlah disia-siakan peluang, tanggungjawab dan amanah yang anda pikul sebagai seorang guru! 

Tahniah sebab memilih kerjaya cikgu sebagai pilihan anda.. dan Semoga berjaya!






Thursday, August 21, 2014

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMATAG 2014

Pn.Hajah Maimunah Suhaibul
Satu lagi peristiwa bersejarah terlakar di Daerah Kota Belud apabila  SMK.Taun Gusi Dua yang sinonim dengan  SMATAG berjaya mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang(APC-2014) yang pertama. Majlis gilang gemilang tersebut telah dirasmikan oleh yang berbahagia Pn.Hjh.Maimunah Hj.Suhaibul, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; beliau turut melancarkan Pelan Pembangunan SMATAG yang berkonsepkan  "teamwork dan yakin diri". 


Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengatakan bahawa persepsi negatif tentang kualiti pendidikan di daerah Kota Belud bakal berubah jika para pendidik dan masyarakat sekitar bersedia mentranformasikan diri, berkerja keras, mengamalkan semangat kerja berpasukan, berdedikasi dan menghayati enam aspirasi PPPM. Beliau juga mengatakan bahawa SMATAG berupaya menjadi benchmark/penandaaras di daerah Kota Belud berdasarkan rekod kecemerlangan kerja berpasukannya.



Pelancaran Plan Pembangunan Smatag
Buku Plan Pembangunan Smatag
Pameran Smatag: The beginning....
Sebelum itu, En.Pauzi Majid, Pengetua SMK Taun Gusi Dua dalam ucapan alu-aluannya mengatakan bahawa APC-2014 dilaksanakan berdasarkan "teamwork dan semangat yakin diri". Dengan tenaga pengajar seramai 30 orang, berupaya melaksanakan majlis yang sepatutnya dilaksanakan 100 orang; menurutnya inilah yang dikatakan smatag:the begining.... "orang melahirkan anak 9 bulan, kita melahirkan anak dalam 8 bulan saja" katanya. SMK.Taun Gusi Dua memulakan sesi persekolahannya pada 2.1.2014 dengan enrolmen pelajar seramai 372 orang yang terdiri daripada 5 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 4.


Turut hadir pada majlis itu ialah, En.Abd.Bakhrin Hj.Mohd Yusuf,PPDKB, para pengetua, guru-guru besar, Yang Dipertua Pibagu Smatag En.Bian Adlin serta ibu bapa pelajar. Majlis tersebut turut mempamerkan dokumentasi kerja dan Tamu Mini Smatag.

* antara pelajar yang mendapat anugerah
Alicether Mobie Dapat Anugerah Terbaik Sains & Olahraga
Aerick Malawit Terbaik PJK

Tamu Mini  Smatag

Guru & Pelajar Menjamu Selera








Wednesday, December 4, 2013

KEBANGGAAN TOBILUNG

Kita mesti berbangga dengan usahawan-usahawan daripada kaum tobilung yang berani bersaing. Sungguhpun mereka ini tidak ramai dan boleh di kira dengan jari tetapi perlu disokong terutamanya oleh masyarakat tobilung itu sendiri tidak kira apa saja yang mereka usahakan. Ada banyak pengkhususan perkhidmatan yang mereka buat umpamanya dalam pengeluaran baja kompos, perkhidmatan mengecat kereta, membaiki kereta dan banyak lagi.

Hari ini penulis tertarik serta kagum dengan seorang pengusaha servis air-cond yang begitu bersemangat. Beliau ialah En.Dino yang berasal dari Sarang, Kota Belud. Menurut beliau pada mulanya dia cuma bekerja dengan kedai cina yang membekal pelbagai alat ganti kereta. Tugasnya ialah mencari , mengambil dan memasang serta menghantar alat ganti kepada pelanggan.

Kerja berulang-ulang itu di lakukannya selama 20 tahun sehinggalah pada tahun 2009. Dia mengambil keputusan berhenti kerja berikutan dia mengalami kemalangan motorsikal ketika menghantar barang dan dibiarkan orang separuh mati di bus stop. Menurutnya sejak peristiwa itu dia trauma suda untuk naik motorsikal dan pada ketika itulah timbul idea untuk membuka kedai servis di King Fisher. Ideanya yang berani bersaing itu mendapat sokongan moral dan galakan daripada rakan sekampungnya iaitu En.Saiful Batong yang ketika itu bekerja di Kastam,Kota Kinabalu. Maka pada tahun 2010 berdirilah kedai servis ini di King Fisher.

Apa yang mengagumkan penulis, di kedai ini bukan saja menyediakan alat ganti tetapi lebih kepada multi servis seperti servis air-cond/pemasangan aircond, servis motor oil sehinggalah mengganti enjin serta memulihhara bahagian dalam enjin, gearbox dan bahagian-bahagian badan kereta sama ada kereta lama atau kereta baru. Apa yang menariknya spre part kereta itu dia dapat dengan mudah sebab dia berpengalaman 20 tahun buat kerja2 macam itu. Menurut Dino, spre part boleh di order sehingga ke Jepun ....

Di tanya tentang keahliannya membongkar enjin,gearbox auto/manual/excell dino berkata " Macam Malik juga lah" kata nya smbil ketawa dengan yakin. Dia ada 4 orang pekerja yang sanggup bekerja sehingga jam 8 malam.






Wednesday, October 16, 2013

SMK.TAUN GUSI 2 KOTA BELUD SABAH


Reka bentuk sekolah terkini bernilai RM38 juta merupakan Sekolah Menengah yang ke-8 di Daerah Kota Belud. Sekolah ini mempunyai kemudahan tercanggih dengan 37 bilik darjah serta Dewan, Makmal ICT, Masakan, Jahitan, Seni dan pusat sumber. Selain itu sekolah ini juga di lengkapi dengan Klinik Pergigian,Surau serta kondominium Guru. Asrama super canggih berkapasiti 160 orang dan banyak perkara lagi yang belum berjaya di ungkap setakat 16hb ini.... mari kita melihat sekitar bangunan .... Esok 17hb  melihat serta mengaudit perabot di dalamnya. Penulis antara yang pertama injak kaki dan melihat sekitar sekolah yang cantik ini dan di fahamkan sebanyak 5 kelas tingkatan 1 dan 3 kelas Tingkatan 2  dan 3 kelas tingkatan 4 di buka untuk sesi pertama bermula  Januari 2014.



Pengetua SMK Taun Gusi 2 : FAUZI MAJID



17hb - tugasan pertama: menyemak perabot , bermula jam 2pm sampai 5pm. kerja luar biasa 3 tempat saja rasa dia macam  pengsan : Bilik Guru, Perpustakaan, Pejabat AM...

Meja Guru Kerusi Belum Sampai... selesa ! 16" moniter ngam  key in PBS



Untung Murid Yang Belajar Di SMK Taun Gusi 2

Pejabat AM ,PK 1 & 2, Pengetua (Bawah)


Dewan Makan Asrama


Dapur Moden

Saturday, August 31, 2013

SEDERHANA TETAPI MERIAH...!

Mr.Mantok & Matilda
Bagi kebanyakan orang, tarikh 31 Ogos itu adalah tarikh keramat, atau tarikh memperingati 50 tahun Sabah merdeka daripada penjajahan British. 31 Ogos ini juga adalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggris. Pada 16 September 1963 barulah persekutuan 3 buah wilayah di bentuk di namakan MALAYSIA. Namun ada juga orang yang mengambil kesempatan melansungkan perkahwinan bertepatan dengan tarikh keramat ini.

Pasangan yang di maksudkan ialah Mr Mantok Bunahai dari Kg Ulu Kukut dan pasangannya Cik Matilda( kini sudah bergelar Puan) dari Kg, Badukan,Ranau Sabah. Majlis sederhana ini di hadiri kira-kira 500 orang tetamu dan antara yang turut hadir ialah Presiden Persatuan Tobilung Bersatu Sabah(TOBISA) Yang Berbahagia En. Muji Ampau berserta dengan beberapa orang Ahli Majlis Tertingginya.
Presiden Tobisa

Keluarga Lelaki




Saturday, July 13, 2013

REAL LIFE INSPIRATION


WARREN BUFFETT: 3rd RICHEST MAN IN THE WORLD


1) Warren bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!

2) He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.

3) He still lives in the same small 3 bedroom house in mid-town Omaha, that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.

4) He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.

5) He never travels by private jet, although he owns the world's largest private jet company.

6) His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.

7) Warren Buffett has given his CEO's only two rules.

Rule number 1: Do not lose any of your share holder's money.

Rule number 2 : Do not forget rule number 1.

He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some popcorn and watch television.

9) Bill Gates, the world's richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffett. So he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.

10) Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.

11) His advice to young people: Stay away from credit cards and invest in yourself.

12) He has donated $31 billion (85% of his fortune) to charity



Saturday, May 11, 2013

HUJAN TAK JADI KERANA RAMAI RAMAI

Menurut ramalan cuaca  hujan turun kuat di sekitar Balai Kebudayaan Tobilung Kg.Timbang tetapi tidak jadi... kenapa tak jadi? ada banyak sebab dan barangkali ini antaranya

Hebat. Memang hebat. Tobilung ni memang hebat.

"tobilung yang sebenar adalah orang yang jujur, tenang, relax dan tidak bimbang"

 tetapi suka ramai-ramai

Bersedia dalam apa juga keadaan. Tanah itu akan tetap pada kedudukannya dan juga bumi ini akan tetap berputar. Saddam Hussien pun tidak mendapat padang pasir. Sia-sia saja.

tetapi ramai-ramai adalah realiti manusia yang lain-lain berpura-pura saja