Setelah letih di hadapan moniter komputer penulis melihat suatu cahaya elektrik menyelubungi moniter disertai bunyi desau air terjun yang dahsyat. Angin berdesis menerpa muka penulis dari skrin. Lalu keluarlah seekor naga dari skrin computer bersama asap tebal sambil menyembur api dari mulutnya . Penulis terundur ke belakang kira-kira 3 kaki dari skrin. Bola api yang keluar dari mulut naga tidak pula dapat membakar mata penulis kerana penulis memakai cermin mata berwarna hitam. Naga berwarna hitam merah itu membelit penulis seketika namun penulis relex dan tidak merasa apa-apa. Seketika itu juga naga itu menjelma menjadi “kondiu waras”, seraya berfirman:
“ Jawatan Presiden dalam Tobisa adalah batu loncatan ke jawatan Yang Berhormat”
Orang yang duduk di depan komputer tergaman seketika dan berkata di dalam hatinya; biasanya cuma watak-watak kartun saja yang boleh bercakap. Tidak ada seorangpun di antara orang tobilung yang pernah melihat binatang bercakap apa lagi species burung “kondu waras”. Setahu mereka kondiu waras adalah pemangsa buas. Apakah aku ini bermimpi kata penulis dalam hati sambil mengosok-gosok matanya kalau-kalau apa yang dia nampak itu cuma rekaan di dalam mimpi. Tetapi “kondiu waras” tersenyum pula dan berkata:
“Benar, Akulah ini. Kamu tidak bermimpi. Ini bukan cerita seperti yang kamu tengok dalam cerita-cerita kartun., “Akulah ini”.
Secara spontan terkeluar pula suara orang yang duduk di depan komputer itu: Bukan kah kamu ini "kondiu" yang telah di design tempoh hari ? Sampai sekarang pun salinan design itu masih tersimpan di dalam CPU. Macam mana kamu boleh keluar sebagai naga dan menjelma pula sebagai “kondiu waras”? Setahuku tidak pun pernah aku memperkecil engkau ini kecuali segelintir orang alim tobilung yang bermuka-muka di depan di belakang tidak. Dia naik kerbau hitam, melanggar dan menginjak-injak bibit tanamanmu. Berterus terang sajalah kepada mereka dan jangan menjelma sebagai binatang yang hanya pandai berkata-kata seolah-olah penulis berdosa kepada dunia ini.
Benar, kata kondiu waras. Perkataanmu, adalah mata yang melihat. Itu hakmu. Mereka amat kasihan, dan tidak bersyukur dengan kemurahanku. Tetapi aku telah di takdirkan untuk memegang tongkat kekuasaan, sekarang dan selama-lamanya. Aku suka kuasa. Orang sebelum sesungguhnya amat bernasib baik cuma tidak berfikir seperti yang aku fikir. Jawatan tobisa ini adalah kem latihan. Aku berlatih dan mengumpul pengaruh. Aku menabur banyak jasa. Aku mau berjasa kepada kaum tobilung.
Lalu orang yang duduk di depan laptop berkata: Kami tidak kisah itu. Engkau permata pilihan. Itu pilihan sendiri. Itulah kemuncak mahkota. "Jadilah Yang Berkhidmat dan bukan sekadar Yang Berhormat biasa". Kaum tobilung sudah lama menunggu ketika dan saatnya. Tidak ramai orang tobilung yang mempunyai misi seperti yang ada padamu ini. Ada juga dua tiga orang tetapi suam-suam kuku. Kereta yang tidak cukup minyak sama sekali tidak berguna. Dan jika orang buta memimpin orang buta gelaplah dunia. Mereka timbul bermusim dan sekadar pengikut biasa.
Sesungguhnya Aku nampak jalan yang lurus, tambah kondiu waras bersungguh-sungguh. Sesungguhnya aku melihat kegemilangan. Aku akan menghijaukan bumi tobilung ini. Biarlah malaikat-malaikat orang tobilung tersenyum riang. Sebab apa yang aku bawa adalah kegemilangan semata-mata. Lalu kondiu waras membawa penulis ke suatu tempat yang tinggi bagi melihat pemandangan. Mari berjalan ke sana, aku akan menunjukkan kepada mu jalan yang lurus, katanya. Dengan kelajuan cahaya, penulis dan kondiu waras ternyata telah berada di atas puncak. Lalu penulis melihat empat bangunan emas yang bernyala-nyala.
DI PUNCAK INILAH KONDIU WARAS TELAH BAWA PENULIS DENGAN KECEPATAN CAHAYA |
Apa yang kamu nampak ialah empat bangunan Rumah Kebudayaan Tobilung Baru. Masing-masing di Timbang, Marudu, Inanam dan Tambunan. Kos setiap bangunan ialah 350 ribu dollar tidak termasuk perabotnya.
Lalu orang yang duduk di depan laptop tadi bertanya: Kenapa begitu banyak. Hongkod Koisaan cuma satu. Kamu pula berlebih-lebih. Tetapi kondiu waras itu menyatakan bahawa Rumah Kebudayaan Tobilung sangat penting bagi membuktikan kewujudan tobilung di tempat-tempat berkenaan. Menurutnya lagi, Rumah Kebudayaan di setiap tempat yang di sebutkan itu adalah bukti yang orang-orang tobilung mempunyai ikatan darah yang kukuh. Kemudian kondiu waras itu melanjutkan: Aku tidak mau ada di antara orang tobilung yang meragui data-data yang di kumpul. Aku mau supaya kaum tobilung percaya bahawa ada orang tobilung di sana. Aku mau supaya mereka percaya seperti mereka percaya kepada tujuh jengkal@turu narangau ( kira-kira 4 kaki) dada si Langkap pahlawan tobilung yang terbilang dan temberang itu.
Aku tidak percaya!!! Teriak penulis. Tiada manusia yang berdada 4 kaki. Biarlah kamu saja yang percaya. Aku tidak. Baiklah, kata kondiu waras. Tetapi sebagai orang tobilung seboleh-bolehnya harus percaya.
Lalu penulis mengalihkan pandangan ke kiri di atas puncak itu. Dia melihat segerombolan orang yang lagaknya telah lanjut usia. Perut mereka buncit dan rambut mereka telah beruban. Setiap orang masing-masing memikul barait yang di bungkus dengan kain putih. Lalu penulis bertanya: Siapakah mereka itu wahai sang Kondiu Waras? Lalu kondiu waras itu mangatakan bahawa mereka itulah usahawan yang bernaung di atas sayap kondiu waras. Rambut mereka yang telah putih melambangkan kesungguhan dan kemurnian sebagai tobilung sejati. Mereka ini adalah jutawan tobilung yang sangat berjasa. Aku berpendapat dengan mewujudkan lebih ramai jutawan di kalangan tobilung persepsi masyarakat sekitar akan berubah. Aku sendiri bercadang menubuhkan syarikat atas nama tobisa,tegasnya.
Syarikat apa tu wahai kondiu waras? Apa peranan syarikat yang bakal di tubuhkan itu? Tanya penulis. Dengan tongkat sakti yang aku pegang ini molek jika aku berurusniaga dengan kaum tobilung di bawah naungan tobisa bertujuan membantu mereka dalam apa juga keadaan. Satu contoh yang baik ialah membina perumahan mampu milik berbentuk moden di kampung-kampung. Apabila beberapa orang jutawan berjaya di wujudkan perkara ini mudah di lakukan, katanya penuh yakin.
Aku sokong penuh, kata penulis. Cadangan seperti itu lebih rasional berbanding dengan mempercayai yang dada si langkap tujuh jengkal @ 4 kaki. Berapa kos sebuah, Tanya penulis lagi. Kondiu waras mengatakan bahawa dalam lingkungan 150 ribu ringgit. Macam mana pula dengan cara bayaran balik ? tanya penulis pula. Sesiapa yang berminat boleh menandatangani perjanjian bayaran balik secara ansuran yang flexible berdasarkan kemampuan individu,kata kondiu waras. Bayar 200 ringgit sebulan boleh ka? Tanya penulis. Boleh bah kalau kau,… kata nya sambil ketawa terbahak-bahak.
Ada lima lagi pemandangan yang penulis lihat di puncak ketika ia di bawa oleh kondiu waras ke sana namun kerana loceng indikator terlalu bising penulis telah terjaga. Rupa-rupanya dia bermimpi di depan laptop. Jam sudah menunjukkan tepat 1 pagi. Ketika dia melihat skrin laptop graf kegemarannya telah menjunam 150 mata.
SANG NAGA DAN GIMIK TOBILUNG(Part 2)
1 comment:
oligkang ot sinusuiyan t tuturan kanto nga mibagal dot susunud....tapi tidak mustahil ogampot tokou mibagal di pinotuturan de ponulis t...mi'iso id pisompuruan TOBISA mibagal karam kondiu do mongokom.
Post a Comment