ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Monday, February 7, 2011

PELANCARAN BUKU 3 FRASA TOBILUNG

YB SENATOR DATUK MAIJOL MAHAP, AHLI DEWAN NEGARA

YBG EN MUJI AMPAU PRESIDENT TOBISA 2011/2014
WAKTU REHAT DI ISI DENGAN MENANDATANGANI BUKU
CIK GILL BUCK TURUT MENJADI TUMPUAN PEMINAT
BUKU 3 FRASA, KAMUS BERGAMBAR & STIKER TOBISA
SUMANDAK TOBILUNG KG TIMBANG SUKA MEE







































 * tobisa perlu penjenamaan semula/re-branding stretgy - en.muji ampau,president tobisa

* profile kampung penting - yb senator datuk maijol mahap

* tobisa perlu lebih agresif - en.george saidi, tim.president tobisa

BERITA BAIK UNTUK KG.TOBURON - Jalan Raya dalam masa terdekat???
 VIDEO UCAPAN DASAR EN.MUJI AMPAU





































Monday, January 31, 2011

SANG NAGA DAN GIMIK TOBILUNG (Part 1)


Setelah letih di hadapan moniter komputer penulis melihat suatu cahaya elektrik menyelubungi moniter disertai bunyi desau air terjun yang dahsyat. Angin berdesis menerpa muka penulis dari skrin. Lalu keluarlah seekor naga dari skrin computer bersama asap tebal sambil menyembur api dari mulutnya . Penulis  terundur ke belakang  kira-kira 3 kaki dari skrin. Bola api yang keluar dari mulut naga tidak pula dapat membakar mata penulis kerana penulis memakai cermin mata berwarna hitam. Naga berwarna hitam merah itu membelit penulis seketika namun penulis relex dan tidak merasa apa-apa. Seketika itu juga naga itu menjelma menjadi “kondiu waras”, seraya berfirman:

“ Jawatan Presiden dalam Tobisa adalah batu loncatan ke jawatan Yang Berhormat”

Orang yang duduk di depan komputer tergaman seketika dan berkata di dalam hatinya; biasanya cuma watak-watak kartun saja yang boleh bercakap. Tidak ada seorangpun di antara orang tobilung yang pernah melihat binatang bercakap apa lagi species burung “kondu waras”. Setahu mereka  kondiu waras adalah pemangsa  buas. Apakah aku ini bermimpi kata penulis dalam hati sambil mengosok-gosok matanya kalau-kalau apa yang dia nampak itu cuma rekaan di dalam mimpi. Tetapi “kondiu waras” tersenyum pula dan berkata:

“Benar, Akulah ini. Kamu tidak bermimpi. Ini bukan cerita seperti yang kamu tengok dalam cerita-cerita kartun., “Akulah ini”.

Secara spontan terkeluar pula suara orang yang duduk di depan komputer itu:  Bukan kah kamu ini "kondiu" yang telah di design tempoh hari ?  Sampai sekarang pun salinan design itu masih tersimpan di dalam CPU. Macam mana kamu boleh keluar sebagai naga dan menjelma pula sebagai “kondiu waras”?  Setahuku tidak pun pernah aku memperkecil engkau ini kecuali segelintir orang alim tobilung yang bermuka-muka di depan di belakang tidak. Dia naik kerbau hitam, melanggar dan menginjak-injak bibit tanamanmu. Berterus terang sajalah kepada mereka dan jangan menjelma sebagai binatang yang hanya pandai berkata-kata seolah-olah penulis berdosa kepada dunia ini.

Benar,  kata kondiu waras. Perkataanmu, adalah mata yang melihat. Itu hakmu. Mereka amat kasihan,  dan tidak bersyukur dengan kemurahanku.  Tetapi  aku telah di takdirkan untuk memegang tongkat kekuasaan, sekarang dan selama-lamanya. Aku suka kuasa. Orang sebelum sesungguhnya amat bernasib baik cuma tidak berfikir seperti yang aku fikir. Jawatan tobisa ini adalah kem latihan. Aku berlatih dan mengumpul pengaruh. Aku menabur banyak jasa. Aku mau berjasa kepada kaum tobilung.

Lalu orang yang duduk di depan laptop berkata: Kami tidak kisah itu. Engkau permata pilihan. Itu pilihan sendiri. Itulah kemuncak mahkota. "Jadilah Yang Berkhidmat dan bukan sekadar Yang Berhormat biasa". Kaum tobilung sudah lama menunggu ketika dan saatnya. Tidak ramai orang tobilung yang mempunyai misi seperti yang ada padamu ini. Ada juga dua tiga orang tetapi suam-suam kuku. Kereta yang tidak cukup minyak sama sekali tidak berguna. Dan jika orang buta memimpin orang buta gelaplah dunia. Mereka timbul bermusim dan sekadar pengikut biasa.

Sesungguhnya Aku nampak jalan yang lurus, tambah kondiu waras bersungguh-sungguh. Sesungguhnya aku melihat kegemilangan. Aku akan menghijaukan bumi tobilung ini. Biarlah malaikat-malaikat orang tobilung tersenyum riang. Sebab apa yang aku bawa adalah kegemilangan semata-mata. Lalu kondiu waras membawa penulis ke suatu tempat yang tinggi bagi melihat pemandangan. Mari berjalan ke sana, aku akan menunjukkan kepada mu jalan yang lurus, katanya. Dengan kelajuan cahaya, penulis dan kondiu waras ternyata telah berada di atas puncak. Lalu penulis melihat empat bangunan emas yang bernyala-nyala.

DI PUNCAK INILAH KONDIU WARAS TELAH BAWA PENULIS DENGAN KECEPATAN CAHAYA
Empat bangunan baru bakal akan turun dari sorga, kata kondiu waras. Lalu penulis pun bertanya: “Untuk apa bangunan emas ni?, bukan kah elok jika di lebur saja emas ni dan di buat modal untuk trade forex?  Seketika itu juga kondiu waras bertukar menjadi naga serta memuntahkan api dari mulutnya tepat ke arah penulis. Penulis terpaksa pasang silat serta memadam api dari mulutnya dengan alat pemadam api. Seketika itu juga redalah kemarahan naga itu. Ia bertukar semula menjadi kondiu waras.

Apa yang kamu nampak  ialah empat bangunan Rumah Kebudayaan Tobilung Baru. Masing-masing di Timbang, Marudu, Inanam dan Tambunan. Kos setiap bangunan  ialah 350 ribu dollar tidak termasuk perabotnya.

Lalu orang yang duduk di depan laptop tadi bertanya:  Kenapa begitu banyak. Hongkod Koisaan cuma satu. Kamu pula berlebih-lebih. Tetapi kondiu waras itu menyatakan bahawa Rumah Kebudayaan Tobilung sangat penting bagi membuktikan kewujudan tobilung di tempat-tempat berkenaan. Menurutnya lagi, Rumah Kebudayaan di setiap tempat yang di sebutkan itu adalah bukti yang orang-orang tobilung mempunyai ikatan darah yang kukuh. Kemudian kondiu waras itu melanjutkan: Aku tidak mau ada di antara orang tobilung yang meragui data-data yang di kumpul. Aku mau supaya kaum tobilung percaya bahawa ada orang tobilung di sana. Aku mau supaya mereka percaya seperti mereka percaya kepada tujuh jengkal@turu narangau ( kira-kira 4 kaki) dada si Langkap pahlawan tobilung yang terbilang dan temberang itu.

Aku tidak percaya!!! Teriak penulis. Tiada manusia yang berdada 4 kaki. Biarlah kamu saja yang percaya. Aku tidak. Baiklah, kata kondiu waras. Tetapi sebagai orang tobilung seboleh-bolehnya harus percaya.

Lalu penulis mengalihkan pandangan ke kiri di atas puncak itu. Dia melihat segerombolan orang yang lagaknya telah lanjut usia. Perut mereka buncit dan rambut mereka  telah beruban. Setiap orang masing-masing memikul barait yang di bungkus dengan kain putih. Lalu penulis bertanya: Siapakah mereka itu wahai sang Kondiu Waras? Lalu kondiu waras itu mangatakan bahawa mereka itulah usahawan yang bernaung di atas sayap kondiu waras. Rambut mereka yang telah putih melambangkan kesungguhan dan kemurnian sebagai  tobilung sejati. Mereka ini adalah jutawan tobilung yang sangat berjasa. Aku berpendapat dengan mewujudkan lebih ramai jutawan di kalangan tobilung persepsi masyarakat sekitar akan berubah. Aku sendiri bercadang menubuhkan syarikat atas nama tobisa,tegasnya.

Syarikat apa tu wahai kondiu waras? Apa peranan syarikat yang bakal di tubuhkan itu? Tanya penulis. Dengan tongkat sakti yang aku pegang ini molek jika aku berurusniaga dengan kaum tobilung di bawah naungan tobisa bertujuan membantu mereka dalam apa juga keadaan. Satu contoh yang baik ialah membina perumahan mampu milik berbentuk moden di kampung-kampung. Apabila beberapa orang jutawan berjaya di wujudkan perkara ini mudah di lakukan, katanya penuh yakin.

Aku sokong penuh, kata penulis. Cadangan seperti itu lebih rasional berbanding dengan mempercayai yang dada si langkap tujuh jengkal @ 4 kaki. Berapa kos sebuah, Tanya penulis lagi. Kondiu waras mengatakan bahawa dalam lingkungan 150 ribu ringgit. Macam mana pula dengan cara bayaran balik ? tanya penulis pula. Sesiapa yang berminat boleh menandatangani perjanjian bayaran balik secara ansuran yang flexible berdasarkan kemampuan individu,kata kondiu waras. Bayar 200 ringgit sebulan boleh ka? Tanya penulis. Boleh bah kalau kau,…  kata nya sambil ketawa terbahak-bahak.

Ada lima lagi pemandangan yang penulis lihat di puncak ketika ia di bawa oleh kondiu waras ke sana namun kerana loceng indikator terlalu bising penulis telah terjaga. Rupa-rupanya dia bermimpi di depan laptop. Jam sudah menunjukkan tepat 1 pagi. Ketika dia melihat skrin laptop graf kegemarannya telah menjunam 150 mata.

SANG NAGA DAN GIMIK TOBILUNG(Part 2)

Saturday, January 1, 2011

BATU ITU EMAS BERLIAN

BERLIAN TERBESAR DI DUNIA

Jika sudah di ketahui bahawa batu itu bukan saja emas tetapi batu berlian yang berkilau untuk apa lagi mencoba-coba mencari batu yang satu. Selagi batu berlian mengeluarkan sinarnya ia tetap menjadi batu berlian yang bernilai untuk kita…
Hakikatnya bukan mudah menjadi pemimpin yang berkualiti dan bukan mudah juga mencari pemimpin yang benar-benar mentakdirkan dirinya untuk itu. Menjadi pemimpin bukan mudah dan tidak setakat tau berkorban masa dan wang ringgit saja tetapi bakal pemimpin yang baik di ukur dengan wawasannya,kemampuan fizikal dan keupayaannya untuk melihat serta membawa kaumnya sentiasa ke depan. Ini berkaitan dengan strategi perang iaitu bagaimana kita untuk menang dalam setiap pertempuran.
Dalam konteks tobisa, kita mencari pemimpin yang boleh memulihhara adat resam,bahasa, budaya dan kadang-kadang di hubungkaitkan dengan ekonomi orang tobilung seperti yang tertulis dalam perlembagaan persatuan. Lalu ada yang bertanya: itu saja kah tugas presiden anda?  

Pada kita bukan setakat tugas itu. Sebab persepsi seperti itu lebih sesuai di pegang oleh watak  “woyoon atau ketua suku” dalam cerita-cerita  rakyat kaum tobilung dahulu kala. Zaman ini adalah zaman persaingan. Kita menghuni di bumi yang penuh dengan bangsa-bangsa dan di perintah oleh suatu kuasa. Jika anda duduk diam seminit bangsa anda akan ketinggalan seminit juga berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Walaupun ada gimik yang mengatakan bahawa semua bangsa akan mendapat keadilan sosial tetapi hakikatnya gimik yang cantik cuma berfaedah bagi kaum yang pintar dan bijak saja.  

Tobilung moden mesti pintar bijak merebut setiap peluang. Pintar saja tidak cukup, tetapi mesti pintar dan bijak. Kedua-dua elemen ini harus ada jika kita mau melihat kaum tobilung bergerak cemerlang.

Dalam FB  ada di pertanyakan soalan seperti ini. “ Apa bah sebenarnya tobisa ini?” dan orang akan memberi penjelasan biasa seperti di atas dan ada juga yang terus mengatakan ia adalah NGO/Organisasi Bukan Kerajaan. Di sudut politik NGO ini boleh juga di tafsir sebagi pertubuhan pendesak.

Jadi, tobisa bolehlah kita katakan pertubuhan bukan kerajaan yang mempertahankan serta memperjuangkan kebudayaan orang-orang tobilung dan pada masa yang sama menjadi agen pendesak kerajaan. Bukan penentang kerajaan, tetapi kadang-kadang boleh jadi penentang kerajaan jika kerajaan tidak memenuhi atau tidak memperdulikan suara persatuan. Sebab suara persatuan adalah keputusan kolektif suku kaum tobilung berjumlah 300 ribu orang.

Presiden persatuan, kena buat bising mengikut kepintaran dan kebijaksanaannnya. Tidak semestinya bergelumang dengan kebudayaan orang tobilung saja.

Tuesday, December 7, 2010

MAJLIS GILANG-GEMILANG TOBISA


Kg.Timbang 7.12.2010 - Satu majlis kesyukuran gilang gemilang sempena penganugerahan Yang berbahagia En.Muji Ampau gelaran Ahli Setia Darjah Kinabalu ASDK oleh TYT.Sabah. Majlis tersebut di hadiri oleh kira-kira 200 pemimpin suku kaum tobilung di daerah Kota Belud dan Marudu. VIDEO DIBAWAH
Menurut En.Muji Ampau, yang juga Presiden Persatuan Tobilung Bersatu Sabah(Tobisa), 'anugerah tersebut atas kouta dan sumbangannya kepada UPKO semata-mata dan tidak salah jika suku kaum tobilung bersyukur atas anugerah tersebut yang juga merupakan pengiktirafan kerajaan kepadanya selaku Presiden Tobisa".
Majlis berlangsung dari jam 12 TH - 6pm dengan pelbagai persembahan.

Wednesday, December 1, 2010

JUARA BAHASA TOBILUNG

Jika garam telah hilang masinnya, maka ia tidak lagi boleh di panggil garam... seperti itulah juga orang Tobilung yang tidak tahu Berbahasa Tobilung, DIA tidak di anggap lagi dari suku kaum Tobilung - Muji Ampau (ASDK), Presiden Tobisa.

VIDEO PERCUBAAN INI AKAN DI TUKAR KEMUDIAN DENGAN UCAPAN PRESIDEN MLE 2007
Pn.Roz Sannie Banati

Susunud di Sainah Lingkubang
(Di askarakan oleh Roz Sannie Banati)
Dimurnikan Untuk 1TOBILUNG
YALANUK OM KOGIU
Waro-waro kaka. Waro kak turu mogiambabaya ti. Yalanuk, Godingan, Tomodow, Sarampak, Tambang, Duarung om Paus  kaka lo...

Insan tadau minongoi kaka yaralo lod daat. minongoi kaka pongimpori kaka lo. Na korikot kaka lod solood, ogumu kaka nimporian sada noponuh kaka e saging. Na uli no di kaka yo Alanuk.

Korikot kaka id tundorongon, na mai no kaka diaralo salaa it tongo sada. Na suab no kaka wagu, ongoi no kaka kembagu yaralo  lod daat....
  
Na Kaka di Alanuk, “Paus…,  ika ot mopung tid tundorongon tu ongiaso mitungu lo kinoring”  kaka di Alanuk.

“Ba” kaka d Paus.Na amu kaka koleled kinapanan dio Alanuk pororogum po kaka di Kogiu tinumun mantad lod bulungkut kayu tagayoo.Pensaau dit tundorongon diaralo....tu nokosingud do kinoring sada. Insomok kaka e kogiu di kinoring om bobuto nopo kaka d kogiu minan akano e kinoring dio alanuk.

Kokito po kaka di Paus. Umbal-umbal po kaka di Paus tubpai ih kogiu nga amu e kaka nokensid e Kogiu.Monotos nogi kaka e kogiu mangakan do kinoring sada gisom nawi. Kawi no di kaka ih kinoring sada, toriko nopo kaka di kogiu e Paus. Amu koleled nga popoborut kaka ih gakod di Paus minan di ogiu tipuo om salakoi no kaka e Kogiu kembagu lod sawat kayu minodop.Nu po di Paus tu mirop-kirop po, amu no kapanau.

Na korikot kaka yo Alanuk. Kaka di Alanuk, “onggo no e kinoring sada” kaka di Alanuk?
“Nakan di kogiu, yoku ti amu oku no kensid notipu no ti gakod ku”  kaka d Paus.

Na kosuabon no di kaka kembagu ongoi no kaka yaralo ponginsada. “Na Tomoduw ika o mopung biano” kaka di Alanuk. “Ba…”  kaka di tomoduw.

Na igu ko igudi bori notipuan nagawi gakod yaralo. Yalanuk po amu notipuan tu kotua kaka diaralo.
GAMBAR KENANGAN 2007

Na seiso po kaka e Alanuk. Indikau no kaka Yalanuk momunsorou dit nasip dit tongo tambabaya do. Amu koleled ongoi no kaka Yalanuk lod puun lado. Waro no matu nosorou di Alanuk do takal. Pomoros kaka e Alanuk, “podos lado-lado dialeeng” kaka di Alanuk. Nga piguguli no bo kaka di alanuk momoros do,”podos lado-lado dialeeng” kaka diri.


Korongou kaka di Kogiu. “Isai bala lo”  kaka di Kogiu. Aadi nopo kaka e Kogiu mangatul posorili.
Na kokito kaka di Kogiu Yalanuk lod puun lado.
“Nunu maan nu Alanuk” kaka di Kogiu. Tingaa kaka e Alanuk  lod sawat kayu sinumirot di Kogiu om pomoros “ Ai sinuu oku ka di tumpu mitunggu ti lado diti” kaka di Alanuk.

“Nokuro tu tungguan?” kaka d Kogiu. Nga kadi Alanuk, “modosi takaon”, kaka di Alanuk. Om pomoros wagu Yalanuk “tu isai nopo kopongilagup ti lado nga kokito ngawi kumokian di nangapatai no om kaakan po do pinjaram” kaka di Alanuk.

“Obuli oku da mumbal no bang iguno to kokito kumokiyan om kaakan pinjaram”  kaka di kogiu.
Nga simbar Yalanuk. “Amu buli subai ko mokibanar po di Tumpu” kadi Alanuk. Nga pomoros e kaka kembagu Yalanuk,”Ba, bang ikau tu tambabaya ku, porongon ku e Tumpu” kadi Alanuk.  Lintuun no kaka e kogiu mantad lod sawat kayu om ongoi lod puun lado.

“Na ogiu bang obuli kangku, upuon nu lo lado om tutukon om ilogupun nogi kio” kadi Alanuk om panangkus no kaka Yalanuk linumisok. “Ba” kaka di Kogiu.

Umbal-umbal po kaka e Kogiu pongupu lado songompurung po kaka om mai nogi kaka di Kogiu tutuko gisom noruta mai nogi kaka di Kogiu ilogupo. Ongo bala ti miningarom e Kogiu napadasan mato, amu e nokokito kumokian. Pinjaram nga ongiaso. Nakalan oku di Alanuk, kadi Kogiu. “Ai kada po dika Alanuk bang orubaan tika man ku titipuo gakod nu” kaka d Kogiu. Limo tadau om komomogot nogi kaka mato di Kogiu.

Insan tadau pimpanau no kakagia e Kogiu. Na kokito kaka di Kogiu Yalanuk penlisok lod saap.
“Ika nodi kio palanuk minomudut ko dogo” kaka di Kogiu. Simbar e Yalanuk. “Ai okon ko yoku no yoku nopo ti nga palanuk saap” kaka di Alanuk. “Nunu maan nu deti?” kaka di Kogiu. Nga ka di alanuk, “Mitunggu lo parok di Tumpu tu modosi takaon tu isai nopo kopongilagup ti parok kokito kumokiyan om kaakan pinjaram” ka kembagu dialanuk.

“Ai mumbal oku bala no tu siumbal oku e kokito komelengan om si akan oku pod pinjaram” kaka di Kogiu. Nga kadi Alanuk “Porongon kupo e Tumpu bang obuli, ilogupon nu nogi kio” kadi Alanuk om tangkus no kaka Yalanuk minongoi lod tidong. “Ilogupo no”, kaka di Alanuk. 

Roopo nopo kaka gia di Kogiu e parok om ilogupo nogi kaka. Na minimpisos e Kogiu tu noponu parok mato do opodian. “Kada po dika Alanuk bang orubaan tika pintipuan ku noh gakod nu” kaka di Kogiu ata'tagadan. Tolu tadau om kolingos nogi kaka mato di kogiu. Pamanau no kaka di e Kogiu mogium di Alanuk. Kokito kaka di Kogiu e Alanuk lod puun do binuang dit alawoi. Sinokoton do potiukan igud pod totobon kaka kagayo. Nga tuduko kaka di Kogiu e mato di Alanuk, “ika no minomudut dogo,sumabak kono biano” kaka di Kogiu. Nga kadi Alanuk:

“Aik okon ko yoku ri… palanuk nunu minomudut dika?” kaka di Alanuk.
“Palanuk saap” kaka di Kogiu. Nga Kadi Alanuk:
“ Yoku nopo nga palanuk tidong” kadi Alanuk.
"Nunu maan nu deti Alanuk"? kaka di Kogiu. Nga kadi Alanuk:

Mitunggu oku lot tawag di tumpu, tu isai nopo kagandang lot tawag kokito ngawi kumokiyan om kaakan pod pinjaram” kaka di Alanuk. Nga kadi Kogiu:

“Siumbal oku naka gumandang no tawag dino bang iguno tu kokito bala kumokiyan om kaakan pinjaram” kaka di Kogiu.
“Ba, kadapo porongon kupo e Tumpu om gandangon nogi”, kadi Alanuk om panangkus no kaka e alanuk minongoi lod rantai. “Gandango no” kaka di Alanuk.

“Ba”, kaka di Kogiu. Gagandago po kaka di Kogiu it potiukan, umbal-umbal ungkou no potiukan urukai nogi e Kogiu moningot. Miak-giak po kaka e Kogiu orualan.Ongiaso pinjaram om amu e kokito komelengan. “Kada po dika Alanuk, orubaan tika kasari. Tipuon ku gakod nu” kaka di Kogiu.

Igu ko iguri bo kaka ri.Tolu tadau om kolingos nogi mato di Kogiu.Pamanau no kaka e Kogiu kembagu mogium di Alanuk.  Kokito giabo di Kogiu e Alanuk. Pengupu kaka e Alanuk. “Ikau Alanuk mongindoso ko kopio dogo, asabak kono biano”
kaka di Kogiu. Nga kadi Alanuk:
“Palanuk nunu o minongindoso dika ogiu?” kadi Alanuk.
“Palanuk tidong” kaka di Kogiu. Nga kadi Alanuk: “Okon ko yoku ri, yoku nopo ti nga Palanuk rantai” kaka di Alanuk. Nga kadi Kogiu:
“Nunu maan nu deti? kaka di Kogiu.
“Mitungu oku lot koropina di Tumpu tu isai nopo kapakai lo koropina lo kokito kumokian om kaakan pod pinjaram”, kadi Alanuk.Nga wulanut ma dot tolombon. Nga kadi Kogiu:

“Ba, siumbal oku naka ti Alanuk” kaka di Kogiu.
“Porongon ku po e Tumpu, bang obuli koropinaan nu nogi” kaka di Alanuk om panangkus kaka yalanuk lod raat. “Koropina no”  kaka di Alanuk. “Ba”, kaka di Kogiu.

“ Koropina no kaka di Kogiu it wulanut diri. Rilit nopo it vulanut id tinan di ogiu. Ogirot nogi kaka rinumilit monguropu no tulang di ogiu notipu. Marom-garom po kaka e Kogiu. Nga nokedu bogia kasari e kogiu. “Dapo dika alanuk sumabak kod orubaan tika oruol kopio orilitan do wulanut” kadi kogiu. Tolu tadau om kolingasai nogi kaka e Kogiu.

Na pamanau no kaka e Kogiu kembagu mogium di Alanuk. Kokito di Kogiu e Alanuk pengkakat kaka lod piras do raat. Panangkus kaka e kogiu. “Ika no momudut dogo tirapo no biano tipuan tika gakod” kaka di Kogiu. Nga kaka di Alanuk:

“Palanuk nunu minomudut dika?” kadi Alanuk. Nga kadi Kogiu:
”Palanuk rantai” kaka di Kogiu.
“Yoku nopo nga palanuk raat” kaka di Alanuk. Nga kadi Kogiu:
“Nunu maan nu deti?” kaka di Kogiu. Nga kaka di Alanuk:
“Mitunggu oku lo gubang di tumpu, tu isai nopo kasakai lo gubanag kokito kumokian om kaakan  do pinjaram” kadi Alanuk dot buayo e ma dot tagayo. Nga kadi Kogiu:
“Siumbal oku nakano sumakai” kadi Kogiu.
“Daapo, porongon ku po e Tumpu bang obuli, sumakai nogi” kadi Alanuk om tangkus no kaka e Alanuk minogidu lod sosodu. “Sakai no” kaka di Alanuk.

Na sakai no kaka e Kogiu, ongo po gia di ungkabang nopo e buayo om tolono no e Kogiu. Amu nomoti di nokedu yogiu. Napatai nakan do buayo. Naakalan kopio e kogiu diri tu ararat gia konogi. Kosuliai di.

na nopupusan no motilo.

Nota: Sesiapa yang ada komen ejaan di atas sila respon bagi pembetulan.TQ

Friday, November 5, 2010

SUPERMAN TOBILUNG

MANTAN PRESIDEN TOBISA PERTAMA, YBG.EN.JAMES SIGOH

Pemimpin Agung biasanya bermula dengan kata-kata. Perkataan yang bermakna adalah ilham untuk mencapai keinginan dan impian. Pemimpin agung boleh mengubah bangsa dengan kata-katanya yang bermakna...

Antara kualiti yang patut ada pada setiap isi rumah tobilung ialah meletakkan di dalam jiwanya metos "SUPERMAN" sebagai landasan kecemerlangan dan sebagai guideline penonjolan diri iaitu harus superman dalam setiap bidang yang di ceburi. Inilah kualiti perjuangan tobilung yang sebenar; kerja smart, kerja luar biasa menghasikan hasil yang luar biasa!!!

YBG.EN.MUJI AMPAU asdk (PRESIDEN TOBISA) MENERIMA CENDERAHATI BERUPA REPLIKA
KODNDIU WARAS
DARIPADA EN.GEORGE ELANG,PENGERUSI PENGANJUR MESYUARAT AGUNG
TOBISA 5 NOV 2010
BERTEMPAT DI RUMAH KEBUDAYAAN TOBILUNG,KG.TIMBANG,KOTA BELUD.

a ha... inilah dia Presiden orang tobilung; dia berkata-kata tentang betapa pentingnya orang tobilung bekerja keras. Menurut beliau; "kerja keras" mesti kena pada tempatnya. Orang tobilung terkenal dengan kerajinannya tetapi sayang...(dengan nada sedih). "Apa yang di usahakan oleh kaum tobilung tidak dapat membuat mereka pergi jauh".

7 NILAI DUSUN TOBILUNG ASAS KECEMERLANGAN SUKU
Seterusnya beliau mengulas tentang tujuh nilai asas yang patut di ketahui oleh semua orang tobilung iaitu sebagai inti utama kepada kecemerlangan suku. Menurutnya orang tobilung akan lebih dihargai oleh suku-suku lain di negara ini dengan berpegang kepada tujuh nilai itu malahan di segani dan di hormati. Beliau memberi contoh; Persatuan Tobilung telah di beri ruang khas untuk membina Rumah Kebudayaan Tobilung di Hongkod Koisaan adalah satu contoh penghormatan. Orang tobilung bukan saja bertindak superman dalam semua bidang tetapi kerja smart berdasarkan 7 nilai.

Di akhir ucapan perasmiannya, beliau sekali lagi membidas segelintir orang tobilung yang masih berjiwa PHD (Penyakit Hasad Dengki) supaya segera meninggalkan tabiat yang tidak menguntungkan persatuan serta suku tobilung itu sendiri sebaliknya berganding bahu bersama-sama untuk mencapai kecermelangan berdasarkan 7 nilai asas.Sifat ketam seperti budaya cantas, memfitnah, meminggirkan yang lain... semua ini cuma akan merugikan persatuan dalam jangka masa panjang,tegasnya.

Mesyuarat Agung Tobisa 2010 turut di hadiri oleh En.Steven Daang,Presiden Kebudayaan & Kesenian Matunggong selaku pemerhati bebas serta Seniman John Samud.

Monday, July 26, 2010

HIDUP MATI TOBILUNG


KONDIU WARAS SABAH












Persatuan Tobilung(TOBISA),cuma ada satu, dan tidak ada yang lain.Barisan kepimpinan inilah yang boleh membuat tobilung mati atau hidup. Inilah barisan pemikir hala tuju masyarakat tobilung minoriti di Sabah dan amnya di negara Malaysia ini. Merekalah badan pemikirnya. Mereka menggunakan simbol "helang" sebagai simbol perjuangan dan bertekad menanamkan semangat keberanian "kondiu waras" kepada jenerasi baru mereka. Dalam masyarakat minoriti ini, mereka cuma kenal dua spesis helang saja, satu spesis mereka namakan sebagai "kondiu Maragang/helang merah" dan satu lagi mereka namakan sebagai "kondiu Waras/spesis helang yang kononnya spesis yang paling berani...

Mesyuarat kali ini(25.5.2010)- bertempat di Breveley Hotel,Kota kinabalu. Ada 3 perkara utama yang telah mereka putuskan serta bertekad melaksanakannnya pada tahun ini;

pertama - di putuskan bahawa, "kondiu waras" adalah lambang dan sebagai simbol identiti suku dan sebagai simbol perjuangan; mereka katakan bahwa sebagimana
keberanian helang "kondiu waras" , maka keberanian spesis helang itulah yang di tanamkan dalam visi dan misi perjuangan suku. Teras perjuangan berkisar kepada memelihara dan memartabatkan kebudayaan, di samping mengukuhkan penglibatan suku dalam politik disamping pemantapan penyertaan masyarakat tobilung dalam semua sektor ekonomi khususnya sektor pertanian.

kedua - adalah di putuskan bahawa,kaamatan dalam masyarakat tobilung dinamakan sebagai "PESTA MONGUYAS TORUTIP"... nama baru ini adalah sebagai identiti bagi masyarakat tobilung. Menurut mereka, nama itu/istilah itu telah lama di gunakan oleh suku mereka cuma ia tidak di guna secara rasmi.Menurut En.Muji Ampau(Presiden Tobisa)nama itu akan di kuat kuasakan mulai kaamatan tahun 2011.


dan yang ketiga, ialah mereka telah memutuskan bahawa mesyuarat agung tobisa akan diadakan pada bulan oktober ini(2010)di kg .Timbang,KB. di mana sebelum di mulakan akan di rasmi terlebih dahulu oleh wakil rakyat. Presiden itu juga mengumumkan bahawa 1 ekor lembu akan di korbaankan pada mesyuarat agung tersebut dan beliau berharap supaya tradisi 1 ekor lembu ini di teruskan setiap kali mesyuarat agung.

yang lain, masih pada lagu lama; tetapi apa yang dapat di lihat ialah terdapatnya keupayaan kewangan persatuan dalam melaksanakan aktiviti skala besar, mungkin ini berkaitan dengan keupayaan persidennya seiring dengan pertambahan sumber-sumber hiliran ahli, yang di sebut-sebut secara tidak langsung ialah komitmen yang tidak berbalah bagi daripada YAB, wakil parlimen Kota Belud.

Kesimpulannya; TOBISA, bertambah mantap, bertambah yakin dan nampak lebih tersusun.