ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Saturday, February 12, 2011

SANG NAGA DAN GIMIK TOBILUNG (Part 2)

SEKADAR HIASAN - JANGAN AMBIL HATI
Penulis dalam perjalanan pulang. Jalan licin dengan hujan yang tak henti-henti  merupakan senario saat itu. Hanya parit yang sempurna boleh menyelamatkan jalan raya. Ada orang mengatakan bahawa parit adalah nyawa jalanraya. Namun jalan raya lama Dudar-Toburon ini tidak di siapkan dengan parit yang sempurna. Musuh utama jalanraya dan pengguna jalan raya ialah apabila berlakunya tanah runtuh. Penulis tiba di pertengahan bukit dan melihat dua buah kereta terparking rapi di tepi kiri jalan. Penulis memandu ke depan lagi dan kelihatan kereta yang tertulis Sabah Electricity sedang berusaha untuk berpatah balik. Nampaknya dia agak sukar reverse kerana keadaan jalan yang sempit dan licin. Penulis terpaksa reverse ke belakang untuk memebri laluan.

Lalu pemandu Sabah Electricity menurunkan cermin kereta .. “Tidak boleh tembus. Ada tanah runtuh di depan”, katanya. Lalu kereta Sabah electricity itu berlalu dari tempat itu. Penulis meninjau ke depan dan sah ada selonggok runtuhan tanah. Tinggallah penulis seorang memikirkan tanah runtuh. Hujan masih turun bertubi-tubi. Penulis matikan enjin dan duduk dalam kereta berharap hujan akan segera reda. Perjalanan pulang  tetap di teruskan biarpun dengan berjalan kaki tegas dalam hatinya.

“Celaka”, kata penulis. Satu perkara yang tidak boleh di tunda-tunda telah memuncak. Dari tadi lagi dia menahan sakit yang memulas-mulas tapi pada masa itu boleh di kontrol dan pada tahap yang masih boleh di tahan. Kini, dia tidak tertahan lagi. Dengan hujan yang semakin kuat menyebabkan dia menyumpah. Mencari tempat untuk melabur pun satu masalah. Tak kan melepas di dalam kereta, katanya tertekan. Akhirnya, dia akur lalu berjalan keluar dari kereta tanpa payung. Dia menuju ke arah semak berbukit di tepi jalan. Penulis menemukan suatu tempat yang landai dan air mengalir dari atas bukit. Dalam keadaan basah kuyup penulis pun membuka seluar dan bercakung hendak melepaskan hajat.

Prattt…  bunyi keluar. Penulis melihat setompok  bangunan kon seperti kon aiskrim berwarna keemasan. Inilah benda yang sakit jika di tahan, katanya perlahan. Semua nabi-nabi dan raja-raja sudah pasti telah merasai apa yang aku rasakan saat ini, katanya senyum. Lalu dia beralih posisi untuk kali kedua bagi mengeluarkan  sisa yang masih tersimpan dalam usus besarnya. Kon kedua prosesnya agak lama terbentuk,ia cuma terputus-putus dan tidak sehebat kon yang pertama.  Perutnya masih terasa memulas-mulas. Penulis terus bercakung merasai nikmatnya sambil menghadap kon aiskrim yang pertama. Sedang hujan mengenai kon aiskrim itu yang nampak akan cair bila-bila masa. Penulis lupa bahawa hujan membasahi dirinya.

GAMBAR TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI
Entah bagaimana keadaan boleh berubah sekelip mata. Penulis merasakan bahawa ia berada di awang-awangan. Keadaan sekeliling juga turut berubah dengan kepulan asap yang amat nyaman. Lalu penulis melihat kon keemasan tadi yang kini diseliputi dan menjadi punca asap. Penulis merasakan bahawa asap tebal yang mengelilinginya berbau  wangi. Penulis pun berkata di dalam hatinya, “biar betul”!  Aku ini sedang berak. Kenapa boleh berubah sekelip mata. Lalu penulis pun mulalah berteriak:

Hoooi, aku sedang berak!!! ,  Aku sedang berak!!!  Hoooi, aku berak ni!!! 

Dia mengulangi perkataan itu berulang-ulang. Jangan mempermainkan aku, kata penulis. Dia beranggapan bahawa ada sesuatu yang tidak kena di tempat dia berak itu. Dia cuba berdiri tetapi seakan-akan dia dipaku. Dia berteriak lagi dan terus berteriak…

Lalu keluarlah seekor naga dari kepulan asap yang ada dihadapannya.  Mata naga itu berwarna merah, dan sekali sekala api keluar dari mulutnya. Naga itu mulai membelit penulis tetapi naga itu tidak dapat mengerakkan penulis sebab dari tadi penulis seolah-olah dipaku di tempat ia bercakung dan ia masih dalam posisi berak.

Sebelum penulis sempat membuka mulut  naga itu telah menjelma sebagai kondiu waras dan bersabda: “Kenapa engkau meninggalkan aku di puncak itu? ada lima perkara yang telahku perlihatkan kepadamu tetapi kamu meninggalkan aku keseorangan. Inilah masanya kamu menyatakan apa yang telah kamu nampak. Perkara itu tidak boleh di tangguhkan lagi, kata kondiu waras dengan nada marahnya.

Lalu penulis mula memanggil semula ingatannya. “ Ketika itu suasana bising” aku telah terjaga, katanya. Lalu dia melanjutkan: perkara ketiga yang aku nampak di puncak itu ialah "suatu bangsa yang sama". Suatu bangsa yang mempunyai paras rupa yang sama seperti di clone. Bangsa yang di clone. Lalu dia bertanya: apakah ertinya itu wahai kondiu waras? Sebab bangsa seperti itu belum pernah saya nampak, kata penulis penuh hairan.

Lalu kondiu waras berkata: “Yang kamu nampak itu tidak penting”.  Itu cuma bayangan saja.  Tetapi apa yang utama dan yang terutama ialah aku telah menjadi tongkat untuk bangsa yang di clone ini, katanya. Aku sengaja menunjukkan bangsa yang di clone kepada mu tempo hari di atas puncak. Tujuan  aku berbuat begitu ialah supaya engkau mengerti bahawa aku suka kepada kesempurnaan. Aku suka kepada bangsa yang sempurna, tegasnya.

Tetapi penulis berkata: Tidak ada yang sempurna di bumi ini, apa lagi dengan kaum tobilung yang telah melalaikan bahasanya. Namun begitu sekurang-kurangnya mereka telah belajar berdoa supaya kesempurnaan di sorga itu di bawa ke bumi. Tetapi kondiu waras berkata: "itulah sebabnya aku mau mereka ini diclone sekali lagi". Sekarang ini mereka umpama satu rupa tetapi berselerak,katanya. Dan itu jugalah yang menyebabkan mereka ini tidak dapat pergi jauh. Bangsa itu umpama menemui jalan tepu.

"Hanya sistem pendidikan yang dapat mengubah itu", kata penulis. Sebab itu, agenda pendidikan patut di beri keutamaan dalam tongkat kekuasaan ini. Budaya tidak mudah pupus. Bahasa tetaplah diperkasa. Tetapi jika budaya dan bahasa di tekankan secara total, ia tidak membawa bangsa itu kemana. Bagi orang kampung budaya dan bahasa adalah hidup itu sendiri.

"Itu cuma pendapat engkau seorang", kata kondiu waras.  Tetapi aku mempunyai arah dan jalan yang jelas. Aku tidak berniat sekadar menampal kain baru ke atas koyakan di atas pakain. Aku mau supaya mereka berpakaian baru dengan roh dan hati yang baru. Aku mau supaya mereka mengenakan pakaian dan memastikan tobilung berpakaian 7 nilai.  Pendidikan memang menjadi agenda utama dan harus di perinci serta jelas di mata orang tobilung. Aku tekankan bahawa dalam tempo 30 tahun ini tobilung perlu 10 orang doktor, 10 orang jurutera, 10 orang peguam  dan 3  YB. Aku juga nak kan 100 kontraktor yang beretika. Orang tobilung mudah berpuas hati, tidak suka kepada  profession seperti  doktor, peguam dan sebagainya  dimana lebih mencabar. Inilah penyakit. Kebanyakan cuma ingin menjadi  yang biasa-biasa saja. Ibubapa patut beri dorongan dan penjelasan yang jelas kepada anak-anak.  Dengan program keramat ini tentu nasib bangsa lebih melonjak.

Dengan  kata-kata itu kondiu waras pun hilang dari pandangan penulis dan ketika itu juga penulis bangkit dari pengsannya. Rupa-rupanya penulis pengsan kerana terhidu gas daripada bangunan kon aiskrim berwarna keemasannya.

SANG NAGA DAN GIMIK TOBILUNG (Part 1)

1 comment:

Twentynine said...

~ walaupun saya bukan dari suku kaum tobilung tapi saya suka baca artikel2 yang ada di sini,terutama sekali artikel begini.saya harap penulis ada banyak crita dan artikel2 yang lebih menarik untuk saya baca