ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Monday, July 26, 2010

HIDUP MATI TOBILUNG


KONDIU WARAS SABAH












Persatuan Tobilung(TOBISA),cuma ada satu, dan tidak ada yang lain.Barisan kepimpinan inilah yang boleh membuat tobilung mati atau hidup. Inilah barisan pemikir hala tuju masyarakat tobilung minoriti di Sabah dan amnya di negara Malaysia ini. Merekalah badan pemikirnya. Mereka menggunakan simbol "helang" sebagai simbol perjuangan dan bertekad menanamkan semangat keberanian "kondiu waras" kepada jenerasi baru mereka. Dalam masyarakat minoriti ini, mereka cuma kenal dua spesis helang saja, satu spesis mereka namakan sebagai "kondiu Maragang/helang merah" dan satu lagi mereka namakan sebagai "kondiu Waras/spesis helang yang kononnya spesis yang paling berani...

Mesyuarat kali ini(25.5.2010)- bertempat di Breveley Hotel,Kota kinabalu. Ada 3 perkara utama yang telah mereka putuskan serta bertekad melaksanakannnya pada tahun ini;

pertama - di putuskan bahawa, "kondiu waras" adalah lambang dan sebagai simbol identiti suku dan sebagai simbol perjuangan; mereka katakan bahwa sebagimana
keberanian helang "kondiu waras" , maka keberanian spesis helang itulah yang di tanamkan dalam visi dan misi perjuangan suku. Teras perjuangan berkisar kepada memelihara dan memartabatkan kebudayaan, di samping mengukuhkan penglibatan suku dalam politik disamping pemantapan penyertaan masyarakat tobilung dalam semua sektor ekonomi khususnya sektor pertanian.

kedua - adalah di putuskan bahawa,kaamatan dalam masyarakat tobilung dinamakan sebagai "PESTA MONGUYAS TORUTIP"... nama baru ini adalah sebagai identiti bagi masyarakat tobilung. Menurut mereka, nama itu/istilah itu telah lama di gunakan oleh suku mereka cuma ia tidak di guna secara rasmi.Menurut En.Muji Ampau(Presiden Tobisa)nama itu akan di kuat kuasakan mulai kaamatan tahun 2011.


dan yang ketiga, ialah mereka telah memutuskan bahawa mesyuarat agung tobisa akan diadakan pada bulan oktober ini(2010)di kg .Timbang,KB. di mana sebelum di mulakan akan di rasmi terlebih dahulu oleh wakil rakyat. Presiden itu juga mengumumkan bahawa 1 ekor lembu akan di korbaankan pada mesyuarat agung tersebut dan beliau berharap supaya tradisi 1 ekor lembu ini di teruskan setiap kali mesyuarat agung.

yang lain, masih pada lagu lama; tetapi apa yang dapat di lihat ialah terdapatnya keupayaan kewangan persatuan dalam melaksanakan aktiviti skala besar, mungkin ini berkaitan dengan keupayaan persidennya seiring dengan pertambahan sumber-sumber hiliran ahli, yang di sebut-sebut secara tidak langsung ialah komitmen yang tidak berbalah bagi daripada YAB, wakil parlimen Kota Belud.

Kesimpulannya; TOBISA, bertambah mantap, bertambah yakin dan nampak lebih tersusun.