ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Thursday, August 21, 2014

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SMATAG 2014

Pn.Hajah Maimunah Suhaibul
Satu lagi peristiwa bersejarah terlakar di Daerah Kota Belud apabila  SMK.Taun Gusi Dua yang sinonim dengan  SMATAG berjaya mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang(APC-2014) yang pertama. Majlis gilang gemilang tersebut telah dirasmikan oleh yang berbahagia Pn.Hjh.Maimunah Hj.Suhaibul, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; beliau turut melancarkan Pelan Pembangunan SMATAG yang berkonsepkan  "teamwork dan yakin diri". 


Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengatakan bahawa persepsi negatif tentang kualiti pendidikan di daerah Kota Belud bakal berubah jika para pendidik dan masyarakat sekitar bersedia mentranformasikan diri, berkerja keras, mengamalkan semangat kerja berpasukan, berdedikasi dan menghayati enam aspirasi PPPM. Beliau juga mengatakan bahawa SMATAG berupaya menjadi benchmark/penandaaras di daerah Kota Belud berdasarkan rekod kecemerlangan kerja berpasukannya.



Pelancaran Plan Pembangunan Smatag
Buku Plan Pembangunan Smatag
Pameran Smatag: The beginning....
Sebelum itu, En.Pauzi Majid, Pengetua SMK Taun Gusi Dua dalam ucapan alu-aluannya mengatakan bahawa APC-2014 dilaksanakan berdasarkan "teamwork dan semangat yakin diri". Dengan tenaga pengajar seramai 30 orang, berupaya melaksanakan majlis yang sepatutnya dilaksanakan 100 orang; menurutnya inilah yang dikatakan smatag:the begining.... "orang melahirkan anak 9 bulan, kita melahirkan anak dalam 8 bulan saja" katanya. SMK.Taun Gusi Dua memulakan sesi persekolahannya pada 2.1.2014 dengan enrolmen pelajar seramai 372 orang yang terdiri daripada 5 kelas tingkatan 1, 3 kelas tingkatan 2 dan 4 kelas tingkatan 4.


Turut hadir pada majlis itu ialah, En.Abd.Bakhrin Hj.Mohd Yusuf,PPDKB, para pengetua, guru-guru besar, Yang Dipertua Pibagu Smatag En.Bian Adlin serta ibu bapa pelajar. Majlis tersebut turut mempamerkan dokumentasi kerja dan Tamu Mini Smatag.

* antara pelajar yang mendapat anugerah
Alicether Mobie Dapat Anugerah Terbaik Sains & Olahraga
Aerick Malawit Terbaik PJK

Tamu Mini  Smatag

Guru & Pelajar Menjamu Selera