ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Friday, December 23, 2011

LELAKI MENANGIS

Banyak benda yang misteri dan menjadi rahsia hidup manusia ini, contohnya, lelaki menangis. Jarang sekali untuk melihat seorang lelaki menangis. Kerana seorang lelaki amat sinonim dengan egonya. Kaum perempuan, pasti  tertanya-tanya, terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala memikirkan apa yang boleh membuatkan lelaki menangis.Tak kiralah sekeras atau selembut mana hatinya, mengalir saja airmata seorang lelaki, bererti runtuhlah dinding egonya. 

"Tapi tahukah anda, lelaki lebih menderita kerana menahan atau memendam rasa semata-mata kerana tidak mahu menangis" !

Terlalu banyak sebab lelaki menangis. Tetapi kebiasaannya lelaki hanya akan menangis terhadap sesuatu perkara yang benar-benar mengubah hidup mereka. Terutama apabila kehilangan orang yang tersayang seperti ibu bapa meninggal. Lagipun, tak guna menangis hanya kerana sesuatu  sebab yang bersifat kebendaan dan temeh-remeh. Lagipun amat hodoh kalau lelaki menangis. Muka dahlah bermisai, berjanggut, sekali menangis dengan mulut menggulupur, tak elok dipandang.. kekekeke

Lazimnya, seorang lelaki tidak akan menangis untuk kekasihnya meskipun ditinggalkan. Kerana masih banyak bunga yang boleh dipetik!, tetapi apabila seorang lelaki menangis hanya disebabkan kekasihnya, itu bermakna lelaki itu bodoh. Bodoh kerana dia baru saja mengerti betapa berharganya kekasihnya pada dirinya dan bodoh kerana terlalu menyintai kekasihnya. Kerana terlalu mencari yang kaca yang dianggap lawa, terlupa permata berada disisinya... 

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia. Maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingin saling mengambil berat akan keluarga. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling anda adalah lelaki bersikap egois,..

Dalam tempo masa 44 tahun ini cuma tiga kali saja melihat lelaki menangis yang betul-betul menangis. Pertama, perkahwinan di kg Bobot,KB(2007), seorang bapa menangisi anak perempuannya di depan umum. Kedua,kg.Ratau,KB (2009), seorang abang menangisi adiknya yang remuk kerana kemalangan. Ketiga (2011) yang ini... sang anak menangisi ibu & bapanya. Fikir-fikirkan...

Akhirnya, pusing punya pusing; berikut adalah antara beberapa faktor lelaki menangis..
 
1. Kematian orang yang dicintai. 
Memang lelaki tak berniat untuk menangis, tetapi rohnya terlalu sedih sehinggakan jasad tak mampu menahan untuk menangis..

2. Ketika seorang lelaki bergelar ayah. 
Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir. 

3. Ketika keretanya hilang
Barangkali seorang lelaki akan menangis bila dia berjaya membeli kereta pertamanya menggunakan duitnya sendiri. Jika tidak menangis sewaktu membeli, mungkin akan menangis apabila menjualnya atau ketika hilang.

4. Tengok drama/movie
Kadangkala lelaki ni pun boleh tangkap jiwang juga bila tengok cerita cinta yang sedih. Macam cerita Mohabbatein tu, lah. Time Aishwarya Rai bunuh diri tu. Lelaki pun ada nangis juga. Ni kira lelaki tangkap jiwang habis la. hehe. Tak pun cerita One Liter Of Tears (Jepun).

5. Ketawa sampai menangis
Hah. Yang ini pun boleh jadi juga. Kelakar sangat agaknya sampai tergolek-golek dan mengalir air mata.

6. Bertumbuk sampai menangis
Awal bergaduh memang masing-masing tunjuk terer. Tapi belakang-belakang, lepas tu menangis juga. hihi
 
7. Jatuh dari atas pokok

ada banyak lagi...