ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Friday, November 5, 2010

SUPERMAN TOBILUNG

MANTAN PRESIDEN TOBISA PERTAMA, YBG.EN.JAMES SIGOH

Pemimpin Agung biasanya bermula dengan kata-kata. Perkataan yang bermakna adalah ilham untuk mencapai keinginan dan impian. Pemimpin agung boleh mengubah bangsa dengan kata-katanya yang bermakna...

Antara kualiti yang patut ada pada setiap isi rumah tobilung ialah meletakkan di dalam jiwanya metos "SUPERMAN" sebagai landasan kecemerlangan dan sebagai guideline penonjolan diri iaitu harus superman dalam setiap bidang yang di ceburi. Inilah kualiti perjuangan tobilung yang sebenar; kerja smart, kerja luar biasa menghasikan hasil yang luar biasa!!!

YBG.EN.MUJI AMPAU asdk (PRESIDEN TOBISA) MENERIMA CENDERAHATI BERUPA REPLIKA
KODNDIU WARAS
DARIPADA EN.GEORGE ELANG,PENGERUSI PENGANJUR MESYUARAT AGUNG
TOBISA 5 NOV 2010
BERTEMPAT DI RUMAH KEBUDAYAAN TOBILUNG,KG.TIMBANG,KOTA BELUD.

a ha... inilah dia Presiden orang tobilung; dia berkata-kata tentang betapa pentingnya orang tobilung bekerja keras. Menurut beliau; "kerja keras" mesti kena pada tempatnya. Orang tobilung terkenal dengan kerajinannya tetapi sayang...(dengan nada sedih). "Apa yang di usahakan oleh kaum tobilung tidak dapat membuat mereka pergi jauh".

7 NILAI DUSUN TOBILUNG ASAS KECEMERLANGAN SUKU
Seterusnya beliau mengulas tentang tujuh nilai asas yang patut di ketahui oleh semua orang tobilung iaitu sebagai inti utama kepada kecemerlangan suku. Menurutnya orang tobilung akan lebih dihargai oleh suku-suku lain di negara ini dengan berpegang kepada tujuh nilai itu malahan di segani dan di hormati. Beliau memberi contoh; Persatuan Tobilung telah di beri ruang khas untuk membina Rumah Kebudayaan Tobilung di Hongkod Koisaan adalah satu contoh penghormatan. Orang tobilung bukan saja bertindak superman dalam semua bidang tetapi kerja smart berdasarkan 7 nilai.

Di akhir ucapan perasmiannya, beliau sekali lagi membidas segelintir orang tobilung yang masih berjiwa PHD (Penyakit Hasad Dengki) supaya segera meninggalkan tabiat yang tidak menguntungkan persatuan serta suku tobilung itu sendiri sebaliknya berganding bahu bersama-sama untuk mencapai kecermelangan berdasarkan 7 nilai asas.Sifat ketam seperti budaya cantas, memfitnah, meminggirkan yang lain... semua ini cuma akan merugikan persatuan dalam jangka masa panjang,tegasnya.

Mesyuarat Agung Tobisa 2010 turut di hadiri oleh En.Steven Daang,Presiden Kebudayaan & Kesenian Matunggong selaku pemerhati bebas serta Seniman John Samud.

3 comments:

Anonymous said...

Syabas bangsaku,mulai hari ini engkau mulai terkenal di seluruh dunia,berbanggalah bila kita di panggil TOBILUNG.

Nadi baru TOBISA said...

Thaniah di atas kepimpinan Tuan president Y.Bgh En.Muji Ampau.Dengan kepimpinan beliau yang saya kira ikhlas untuk memperjuang dan memertabatkan nasib bangsa TOBILUNG di mata dunia. Saya sebagai anak jati TOBILUNG sangat berbangga dengan peningkatan ekonomi, perpaduan bangsa yang utuh, pengetahuan pendidikan dan pelbagai aspek lain yang sudah dikecapi oleh bangsa kita.

Namun ada beberapa perkara yang menjadi persoalan dalam diri saya.

1.TOBILUNG TIDAK TERSENARAI DALAM KOLOMPOK ETNIK SABAH.(JPN)

apakah minoriti suku kaum Tobilung di sabah tidak cukup untuk didaftarkan dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)?
Atau tentang penambahan bangsa kita dalam folio JPN sebagai salah satu etnik di sabah tidak penting dalam agenda perjuangan TOBISA?

2.TOBISA DALAM PENDAFTAR PERSATUAN (ROS)
PERSATUAN TOBILUNG BERSATU SABAH dahulunya dikenali sebagai PTBS yang ketika itu diterajui oleh En. James Sigoh. selepas tampuk kepimpinan TOBISA diambil alih oleh seorang yang lebih berwawasan,(Muji Ampau) singkatannya pula diubah kepada TOBISA.
Baru baru ini secara kebetulan sya pergi ke ROS berjumpa dengan seorang pegawai disana atas urusan kerja. sementara menungu pegawai tersebut saya minta penjaga kounter untuk menyemak persatuan kita dalam sistem mereka.
Dalam rekod ROS, TOBISA tidak tersenarai dalam sistem tetapi PTBS ada. itu pun presiden masih lagi di sandang oleh EN.James Sigoh dan AMT masih lagi muka lama. apa yang dijelaskan oleh pekerja kaunter tersebut persatuan itu tidak aktif lagi sejak beberapa tahun yang lalu katanya..
AMT TOBISA sekarang, apakah ini benar? Jika benar bilakah kita akan mengaktifkannya semula? haruskah kita melaung-laungkan bangsa kita sedangkan dalam ROS tidak berdaftar? atau perkara ini juga tidak diperlukan dalam perjuangan TOBISA.
banyak lagi perssoalan yang perlu saya kemukakan (isu tanah,pembangunan infrastuktur dan lain-lain)kepada kepimpinan TOBISA tapi mungkin saya perlu hadir pada mesyuarat dan menjadi ahli terlebih dahulu.
Apa apa pun saya sangat mengharagai apa yang disumbangkan oleh pemimpin -pemimpin TOBISA seperti, EN. Muji Ampau, EN.george Saidi, EN. jaiping minsu, En. Abar Gumpai, Tuan Maraban, En. george Elang dan banyak lagi yang lain.
KONDIEW WARAS simbolik perjuangan kita bersama sebagai bangsa Tobilung. HIDUP TOBILUNG....HIDUP TOBILUNG...HIDUP TOBILUNG....HIDUP TOBILUNG...HIDUP TOBILUNG....HIDUP TOBILUNG...HIDUP TOBILUNG...

Daripada
Joukin Gintoron
Mangin, KM.

Anonymous said...

Tahniah....tahniah...saudara-saudara dari suku kaum dusun tobilung..