ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Wednesday, December 4, 2013

KEBANGGAAN TOBILUNG

Kita mesti berbangga dengan usahawan-usahawan daripada kaum tobilung yang berani bersaing. Sungguhpun mereka ini tidak ramai dan boleh di kira dengan jari tetapi perlu disokong terutamanya oleh masyarakat tobilung itu sendiri tidak kira apa saja yang mereka usahakan. Ada banyak pengkhususan perkhidmatan yang mereka buat umpamanya dalam pengeluaran baja kompos, perkhidmatan mengecat kereta, membaiki kereta dan banyak lagi.

Hari ini penulis tertarik serta kagum dengan seorang pengusaha servis air-cond yang begitu bersemangat. Beliau ialah En.Dino yang berasal dari Sarang, Kota Belud. Menurut beliau pada mulanya dia cuma bekerja dengan kedai cina yang membekal pelbagai alat ganti kereta. Tugasnya ialah mencari , mengambil dan memasang serta menghantar alat ganti kepada pelanggan.

Kerja berulang-ulang itu di lakukannya selama 20 tahun sehinggalah pada tahun 2009. Dia mengambil keputusan berhenti kerja berikutan dia mengalami kemalangan motorsikal ketika menghantar barang dan dibiarkan orang separuh mati di bus stop. Menurutnya sejak peristiwa itu dia trauma suda untuk naik motorsikal dan pada ketika itulah timbul idea untuk membuka kedai servis di King Fisher. Ideanya yang berani bersaing itu mendapat sokongan moral dan galakan daripada rakan sekampungnya iaitu En.Saiful Batong yang ketika itu bekerja di Kastam,Kota Kinabalu. Maka pada tahun 2010 berdirilah kedai servis ini di King Fisher.

Apa yang mengagumkan penulis, di kedai ini bukan saja menyediakan alat ganti tetapi lebih kepada multi servis seperti servis air-cond/pemasangan aircond, servis motor oil sehinggalah mengganti enjin serta memulihhara bahagian dalam enjin, gearbox dan bahagian-bahagian badan kereta sama ada kereta lama atau kereta baru. Apa yang menariknya spre part kereta itu dia dapat dengan mudah sebab dia berpengalaman 20 tahun buat kerja2 macam itu. Menurut Dino, spre part boleh di order sehingga ke Jepun ....

Di tanya tentang keahliannya membongkar enjin,gearbox auto/manual/excell dino berkata " Macam Malik juga lah" kata nya smbil ketawa dengan yakin. Dia ada 4 orang pekerja yang sanggup bekerja sehingga jam 8 malam.






Wednesday, October 16, 2013

SMK.TAUN GUSI 2 KOTA BELUD SABAH


Reka bentuk sekolah terkini bernilai RM38 juta merupakan Sekolah Menengah yang ke-8 di Daerah Kota Belud. Sekolah ini mempunyai kemudahan tercanggih dengan 37 bilik darjah serta Dewan, Makmal ICT, Masakan, Jahitan, Seni dan pusat sumber. Selain itu sekolah ini juga di lengkapi dengan Klinik Pergigian,Surau serta kondominium Guru. Asrama super canggih berkapasiti 160 orang dan banyak perkara lagi yang belum berjaya di ungkap setakat 16hb ini.... mari kita melihat sekitar bangunan .... Esok 17hb  melihat serta mengaudit perabot di dalamnya. Penulis antara yang pertama injak kaki dan melihat sekitar sekolah yang cantik ini dan di fahamkan sebanyak 5 kelas tingkatan 1 dan 3 kelas Tingkatan 2  dan 3 kelas tingkatan 4 di buka untuk sesi pertama bermula  Januari 2014.



Pengetua SMK Taun Gusi 2 : FAUZI MAJID



17hb - tugasan pertama: menyemak perabot , bermula jam 2pm sampai 5pm. kerja luar biasa 3 tempat saja rasa dia macam  pengsan : Bilik Guru, Perpustakaan, Pejabat AM...

Meja Guru Kerusi Belum Sampai... selesa ! 16" moniter ngam  key in PBS



Untung Murid Yang Belajar Di SMK Taun Gusi 2

Pejabat AM ,PK 1 & 2, Pengetua (Bawah)


Dewan Makan Asrama


Dapur Moden

Saturday, August 31, 2013

SEDERHANA TETAPI MERIAH...!

Mr.Mantok & Matilda
Bagi kebanyakan orang, tarikh 31 Ogos itu adalah tarikh keramat, atau tarikh memperingati 50 tahun Sabah merdeka daripada penjajahan British. 31 Ogos ini juga adalah tarikh kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggris. Pada 16 September 1963 barulah persekutuan 3 buah wilayah di bentuk di namakan MALAYSIA. Namun ada juga orang yang mengambil kesempatan melansungkan perkahwinan bertepatan dengan tarikh keramat ini.

Pasangan yang di maksudkan ialah Mr Mantok Bunahai dari Kg Ulu Kukut dan pasangannya Cik Matilda( kini sudah bergelar Puan) dari Kg, Badukan,Ranau Sabah. Majlis sederhana ini di hadiri kira-kira 500 orang tetamu dan antara yang turut hadir ialah Presiden Persatuan Tobilung Bersatu Sabah(TOBISA) Yang Berbahagia En. Muji Ampau berserta dengan beberapa orang Ahli Majlis Tertingginya.
Presiden Tobisa

Keluarga Lelaki




Saturday, July 13, 2013

REAL LIFE INSPIRATION


WARREN BUFFETT: 3rd RICHEST MAN IN THE WORLD


1) Warren bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!

2) He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.

3) He still lives in the same small 3 bedroom house in mid-town Omaha, that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.

4) He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.

5) He never travels by private jet, although he owns the world's largest private jet company.

6) His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies. He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.

7) Warren Buffett has given his CEO's only two rules.

Rule number 1: Do not lose any of your share holder's money.

Rule number 2 : Do not forget rule number 1.

He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some popcorn and watch television.

9) Bill Gates, the world's richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffett. So he had scheduled his meeting only for half hour. But when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.

10) Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.

11) His advice to young people: Stay away from credit cards and invest in yourself.

12) He has donated $31 billion (85% of his fortune) to charity



Saturday, May 11, 2013

HUJAN TAK JADI KERANA RAMAI RAMAI

Menurut ramalan cuaca  hujan turun kuat di sekitar Balai Kebudayaan Tobilung Kg.Timbang tetapi tidak jadi... kenapa tak jadi? ada banyak sebab dan barangkali ini antaranya

Hebat. Memang hebat. Tobilung ni memang hebat.

"tobilung yang sebenar adalah orang yang jujur, tenang, relax dan tidak bimbang"

 tetapi suka ramai-ramai

Bersedia dalam apa juga keadaan. Tanah itu akan tetap pada kedudukannya dan juga bumi ini akan tetap berputar. Saddam Hussien pun tidak mendapat padang pasir. Sia-sia saja.

tetapi ramai-ramai adalah realiti manusia yang lain-lain berpura-pura saja





Sunday, March 24, 2013

PINDAAN PERLEMBAGAAN TOBISA

RUMAH KEBUDAYAAN TOBILUNG KG TIMBANG -  Mesyuarat Agung Tobisa 2013 kali ke-25 sebualat suara memansuhkan cawangan-cawangan tobisa seperti yang termaktub dalam article 14 - 19 perlembagaan persatuan. Berikutan dengan pemansuhan artikal 14-19 perlembagaan persatuan ini maka sebanyak 20 cawangan tobisa di seluruh negara kini  dipegang oleh ketua kampung secara automatik.

Monday, February 25, 2013

MENJADI PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA


Oleh: PROF.DR.MUHAYA HJ MOHAMAD
Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.



BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR YANG BAIK DAN BERJAYA ?
Jawabnya: Anda mesti menghindari dan menyedari 7 Perangkap ini…   


1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu

Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka(ketika di sekolah menengah) tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.

2. Kejutan Budaya

Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.

Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.

3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’

Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.

4. Hilang Semangat, kerana tidak tahu belajar untuk menjadi apa?


Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.
sepatutnya, kena tetapkan untuk menjadi apa?

5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil Jurusan Tertentu

Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.

6. Belajar Bersendirian

Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:
Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka. Tidak mahu berusaha lebih
 
Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.

7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama
Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:
Berebut mendapat perhatian pensyarah; Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior; Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari


tobilung always on the top.






Thursday, January 24, 2013

MESYUARAT AMT TOBISA 2013 DI PULAU BALI INDONESIA

MESYUARAT AMT TOBISA PERTAMA 2013
Promenade Hotel,Khamis, 24 January - Bermesyuarat sambil makan angin di Pulau Bali 2013...  wow !!!  inilah berita kedua terkini yang hangat dan menjadi penutup pada mesyuarat AMT Tobisa hari ini. Selain lawatan ke Pulau Bali, Tobisa juga turut bercadang berkunjung ke Pulau Sumbawa yang kononnya terdapat etnik dusun (yang seakan-akan Dusun di sana). Menurut YBG.Presiden Tobisa, En.Muji Ampau, Dia Membiayai Transportation bagi program tersebut. Dia tegaskan supaya kesemua AMT Tobisa mengaktifkan pasport sebelum bulan Febuary 2013 ini. Lagi Pulau Sumbawa Travel Guide

Berita pertama terhangat ialah usul penubuhan kelab 4WD Tobisa oleh En.Pailis Lingkom.

Berikut adalah maklumat aktiviti Tobisa yang bakal di adakan dalam masa terdekat ini:-

1/. Majlis Pelancaran 4WD Club Tobisa - 9.2.2013
2/. Upacara Meniridong - bulan Mac 2013 / sebelum Mst Agung
3/. Mesyuarat Agung Tobisa - 24.3.2013
4/. Pesta Monguyas Torutip/kaamatan - 26.5.2013

Tuesday, January 1, 2013

IF LIFE IS TOO SHORT...


……… 1 minit lagi tembakan mercun bakal bergema di udara tahun 2013 telah tiba. Di atas jambatan orang ramai sudah sedia berteriak menyambutnya. Aku pula terkena ceret-beret terpenjara di dalam jamban menghadap sulap. Tahun 2012 menyaksikan beberapa orang yang kita kasihi telah padam. Inilah hakikat manusia. Dari tandas saya memandang ke arah sulap buruk, lalu terfikir “begitulah keadaannya sulap itu jika saya sudah padam”, saya terbayamgkan isteri dan anak-anak saya di dalamnya.
"Hidup ini terlalu singkat untuk dijalani, ia umpama selingkaran racun nyamuk yang di bakar, ia pasti menemui garis penamat lalu padam dan jika hidup ini boleh dibuat lebih indah, kenapa harus dijalani dengan air mata. Kalau boleh memotivasi orang lain dengan pujian, mengapa kita harus menyampaikannya dengan celaan?"
Prinsip "Life is too short"  membuat saya merenung tentang makna hidup ini. Usia pernikahan telah melebihi 21 tahun dan jika di campur dengan alam kanak-kanak dan alam persekolahan adalah suatu hal yang sangat lama, tanpa di sedarai telah menjangkau 45. Menurut saya tiada jaminan perjalanan hidup menuju  angka 50,60,70 apalagi angka 100 …
"Kita tidak pernah tahu bila hidup ini bakal berakhir, boleh saja besok saya, atau kamu dipanggil Tuhan dan alangkah menyesalnya kita ketika menyadari betapa banyak hal yang sebenarnya ingin kita capai, ternyata tidak pernah dicapai. Jika setiap saat kita berpikir bahwa hidup ini terlalu singkat untuk dijalani, maka kita akan termotivasi untuk memberikan makna terbaik pada hari-hari yang kita jalani saat ini, dan jika pada kenyataannya kita diberi anugerah untuk menjalani hidup ini lebih lama, bukankah hari-hari yang sudah kita lalui itu bakal menjadi rangkaian kenangan yang indah? "
Ketika menikah 21tahun yang lalu, saya bersama istri sepakat untuk menjalani kehidupan ini dengan prinsip 'life is so short'. Setiap saat berpikir bagaimana caranya mengisi hari-hari kami sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada. Kami menjadi lebih ekspresif dalam mengungkapkan isi hati dan perasaan masing-masing dan tidak ragu-ragu untuk saling mempersembahkan yang terbaik untuk saling membahagiakan satu sama lain.
Memang benar, selama hampir dua tahun pertama, hampir boleh  dipastikan kami jarang bertengkar. Perselisihan memang ada, namun kami berdua senantiasa mengupayakannya agar persoalan kami tidak melebar dan meluas ke mana-mana. "If you can make it simple, why make it hard?".
Dan kalaupun kami tidak dikaruniakan usia yang panjang, setidaknya kami berdua sudah pernah melewati hari-hari yang indah bersama-sama.
Bahkan kami sudah bersiap menghadapi momen perpisahan yang tak mungkin terelakkan oleh manusia manapun di dunia ini. Betapa beruntungnya kami dapat melewati saat bersama yang panjang, dan bersyukur atas kurniaan anak-anak. Dan ketika 'saat' itu tiba, sebab ia pasti tiba..., satu antara kami sudah sepakat bersyukur karena telah diberi banyak kesempatan untuk menjalani hari demi hari bersama dengan mereka.
When you think your life is so short and when you always keep trying to fill up your days with cheers and laughter; someday you'll be amazed, how many great moments you've been through in your lifetime.
Selamat menyambut tahun baru 2013, dengan azam baru, bersama perasaan yang baru, serta suasana yang baru, yang lama sudah berlalu. Terima kasih.