ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Wednesday, November 7, 2012

KENAPA HARUS PILIH STAR ?

A G E N D A   B O R N E O
Sebelum menulis dengan lebih lanjut, anda pasti terfikir bahawa penulis merupakan seorang ejen STAR, ahli STAR, atau dibayar oleh STAR kan? anda silap.... Sejujurnya, penulis tidak menerima 1 sen pun dari pihak STAR untuk menulis ataupun mempromosikan STAR kepada umum... Penulis tidak terikat bagi siapa-siapa. Penulis cuma salah seorang daripada beribu-ribu Sabahan yang berjiwa dan berfikiran merdeka.....penulis menggunakan saluran blogger/facebook untuk menyampaikan idea kerana hasil carian dari google, terdapat kurang yang menulis mengenai hal-hal politik sabah secara JUJUR.... hasil dari carian google  kebanyakkan blog yang menulis mengenai hal perihal politik Sabah adalah kerana mereka berkepentingan dalam sesebuah parti politik maka sudah tentulah mereka akan lebih mempromosikan parti mereka masing-masing, dan ini sudah tentu hasilan tulisan mereka kadang-kadang menyeleweng, diputar belit dan memanipulasi kebenaran sesuatu fakta dan sejarah... Oleh itu, anggaplah penulis sebagai pemerhati politik dan individu yang MENGUNDI... Sebagai pengundi, maka kita mempunyai hak untuk memilih mana pihak yang kita rasakan sesuai, telus dan benar dalam memperjuangkan politik Sabah kearah yang betul.

Kenapa kita PILIH STAR ??? kenapa bukan Pakatan Rakyat, SAPP??? dan Barisan Nasional atau UMNO???

Suatu masa dahulu, Tun Fuad pernah menyatakan kebimbangan beliau untuk menyertai pembentukan Malaysia kerana Tun Fuad beranggapan, Sabah bukannya lepas dari penjajahan sebaliknya hanya BERTUKAR penjajah (menjadi jajahan Malaya). Nampaknya Tun Fuad betul. Seandainya Tun Fuad masih hidup sekarang, adakah hal seperti apa yang berlaku kepada Sabah sekarang ini akan terjadi?? Anda tahu jawapannya !

Situasi yang hampir sama berlaku kepada Sabah ketika ini.... adakah kita perlu menyokong PR untuk membebaskan Sabah dari "penjajahan" Malaya?? jawab sendiri...tapi kalau saya bilang JANGAN....ia umpama kita sudah terlepas dari mulut Buaya tapi kita bakal masuk pula ke mulut Harimau....

Pasti ada yang tanya, "aik PR ada Buku Jingga" ...ada kena tulis sana pasal mengembalikan semula hak-hak sabah, autonomi, seperti yang terkandung dalam 20 perkara dan Perjanjian Malaysia 1963 ?..." satu kali baca, memang cantiiiiik..... tapi adakah dengan buku jingga ini sahaja sudah cukup untuk MENJAMIN pembebasan Sabah dari cengkaman Malaya??? jawab sendiri....tapi kalau saya bilang TIDAK....Sebab itu, Jeffrey Kitingan mengetengahkan idea KINGMAKER (penentu kuasa)....ini merupakan satu bentuk JAMINAN agar sesiapa juga yang bakal "pemegang" kuasa Putrajaya kelak "TERPAKSA" untuk bersetuju dengan tuntutan STAR dalam Agenda Borneo terhadap SABAH jika ingin menduduki Putrajaya.....Anda mungkin akan kata, kita harus mengikut prosedur untuk menuntut isu ini.... tapi prosedur yang macamana lagi?? adakah dengan ingin membawa perkara ini ke mahkamah ?? Untuk pengetahuan anda, sudah terdapat pihak-pihak tertentu yang telah membawa perkara ini ke mahkamah antarabangsa, UN dan komanwel, namun setakat ini tiada keputusan yang positif....Tidak lama dahulu, Jeffrey pernah menyatakan, PRU pada kali ini merupakan PRU yang sangat penting kepada Sabah...kerana dalam PRU kali ini lah kita akan dapat melihat adakah rakyat sabah inginkan pengembalian semula hak-hak Sabah atau terus mahu berada di bawah kekuasaan Malaya.....Oleh itu, idea membawa isu ini ke Mahkamah Antarabangsa adalah satu idea yang menarik...namun mungkin idea tersebut boleh di ikhtiarkan sebagai Plan B.....

Berbalik kepada isu KINGMAKER atau penentu kuasa... Ini lah yang tidak diingini oleh kedua-dua pihak (PR dan BN) sebenarnya....ini kerana kelak kedua-dua pihak ini PERLU untuk bersetuju dan menandatangani DEKLARASI "kemerdekaan" Sabah agar mereka dapat menduduki putrajaya....ini kerana STAR akan menyokong pihak yang BERANI untuk menandatangani dan bersetuju dengan segala tuntutan yang telah diutarakan....jika STAR hanya menjadi "YANG MENURUT PERINTAH" di bawah PR atau BN maka ia hanyalah satu perjuangan sia-sia,...kenapa?? Lihatlah setelah lebih 40 tahun Sabah di bawah penjajahan Malaya, adakah tuntutan Sabah di pedulikan??? jauh panggang dari api.... ketika ini Najib telah menubuhkan satu panel khas untuk mengkaji semua royalti minyak namun hanya negeri-negeri minyak di Malaya seperti Kelantan dan Terengganu.... Di Sabah dan Sarawak bagaimana??? bagaimana pula dengan janji 100 hari BN untuk Sabah Baru BN suatu masa dahulu??? kononnya BN akan menghapuskan kemiskinan di Sabah hanya dalam masa 100 hari.... ha ha ha ha..... realitinya sejak berada di bawah kekuasaan BN, Sabah jatuh sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Pada pendapat penulis, menyegerakan kerja-kerja RCI itu hanya gimik Najib sahaja.... para panel RCI ini kelak pasti akan melambat-lambatkan kerja mereka kerana sudah diketahui umum, BN memerlukan PATI untuk kekal berkuasa..... Di sebabkan ketamakan kuasa lah mereka sanggup menggadaikan tanah Sabah kepada PATI....

Seandainya kelak deklarasi "kemerdekaan" Sabah telah ditandatangani oleh bakal kerajaan yang duduk di Putrajaya, maka kita tidak perlu risau lagi...kerana Sabah adalah sebuah NEGARA MERDEKA dan bukannya berstatus negeri ke 12 di Malaysia lagi....maka sebab itulah Jeffrey Kitingan dalam temubual beliau dengan Free Malaysia Today menyatakan ;

“My idea is for Sabahans to be united in pursuing their rights. Yes, we can work with them [Pakatan] but definitely not work under them. “I want Sabah and Sarawak to be free in determining their own matters as long as we do it right,”

Pasal isu-isu lompat-lompat katak ini, tidak payahlah diulas dengan panjang lebar cukup kalau melihat perjuangan Jeffrey Kitingan semasa masih dalam PBS, AKAR, PBRS, BEBAS, PKR dan sekarang STAR...adakah perjuangan beliau berubah??? sehingga sekarang beliau lantang memperjuangkan Deklarasi Tambunan, 20 perkara, perjanjian Malaysia yang mana segala-galanya dimeterai dan kini dikenali sebagai "7 AGENDA BORNEO"...anda harus ingat bahawa parti cuma platform.... Isi dan konsistensi perjuangan itu yang lebih penting.... lihatlah PBS.... mereka kata mereka masih memperjuangkan 20 perkara dan perjanjian Malaysia 1963.... betulkah???? anda nilai lah sendiri...tapi kalau kamu tanya saya, saya bilang... emmmm Kologos.....

Ramai juga orang tanya ... "kenapa STAR nampak lebih bermusuhan dengan PR berbanding UMNO...ini bukti STAR ejen UMNO".... Apa yang kita nampak, bukan STAR yang bermusuhan dengan PR...tetapi PR yang tidak mahu bertimbangrasa untuk menerima idea STAR agar membiarkan pihak Sabah mengurus dan berlawan dengan BNUMNO dan PR fokus terhadap kawasan Malaya... PR boleh menolong Sabah dengan "mengarahkan" penyokong mereka untuk menyokong STAR.... Sabah sudah lama di bawah kekuasaan Malaya, dan adalah logik bila Sabah ingin bangkit...sama seperti UMNO melawan Malayan Union dahulu....Sabah juga bangkit "melawan" penjajahan Malaya...STAR sudah menyatakan pendirian mereka bahawa keluar dari Malaysia bukan satu pilihan, sebaliknya inginkan konsep RAKAN KONGSI itu direalisasikan sepenuhnya seperti mana yang terkandung dalam 20 perkara dan Perjanjian Malaysia 1963....matlamat STAR dan PR adalah sama...sama-sama mahu MENUMBANGKAN UMNO.... STAR juga telah menyatakan mereka sedia bekerjasama dengan PR....tetapi, istilah BEKERJA BERSAMA berbeza dengan BEKERJA DI BAWAH.... STAR lebih kepada ingin bekerja bersama, sebaliknya PR lebih mahu STAR bekerja didalam / dibawah PR....nah ini lah masalahnya, Adakah patut Sabah yang sejak tahun 1963 sentiasa berada di pihak yang "mengalah" kepada Malaya, UMNO....adakah Sabah perlu berada di pihak yang "mengalah" lagi kepada PR...sepatutnya PR atau PIHAK LUAR lah yang harus menyesuaikan perjuangan dan pendirian mereka agar sesuai dengan tuntutan dan perjuangan tempatan Sabah bukannya Sabah yang perlu MEMURAHKAN lagi harga diri dan maruah mereka...... Fikir dengan otak.....


Star BUKAN EJEN BN/UMNO... ingat tu!!
STAR ejen BNUMNO? secara peribadi tidak nampak signifikan tuduhan ini....ini kerana Jeffrey Kitingan pernah mahu berdebat dengan kepimpinan tertinggi BN malah suatu ketika dahulu pernah ingin "mengajar" pemimpin UMNO mengenai isu 20 perkara, perjanjian Malaysia 1963, status Sabah.... namun seperti biasa, pihak UMNO hanya bersikap "sunyi senyap"....sebelum ini pun, pendirian Jeffrey Kitingan tidak menampakkan beliau seorang yang pro UMNO, malah semasa zaman pemerintahan Mahathir, Jeffrey pernah meringkuk di bawah ISA hanya kerana lantang menyuarakan hak-hak Sabah....sebelum-sebelum ini dalam lompat-lompat beliau, beliau banyak mengkritik ketidakadilan BNUMNO terhadap Sabah....terbaru Pairin dan Jeffrey "bertikam lidah"...oleh itu adakah perkara-perkara seperti ini boleh kita lihat sebagai Jeffrey atau STAR adalah ejen UMNO??? itu cuma propaganda dari pihak-pihak yang kurang berfikir....bagi saya anda boleh bercakap apa saja untuk mengaitkan STAR dengan UMNO tetapi realitinya anda tidak akan dapat mengikis KEIKHLASAN perjuangan seseorang. Adakah logik seseorang yang teruk "DIBELASAH" oleh UMNO adalah ejen UMNO pula??? fikir dengan otak....

Ini merupakan beberapa gambaran umum dari JM mengenai isu-isu STAR.... saya lebih kepada ingin membawa pembaca agar berfikir secara terbuka terlebih dahulu agar anda mendapat satu gambaran sebelum beralih kepada perkara yang lebih terperinci....Ini kerana kebanyakkan orang Sabah masih "menutup" fikiran mereka, dan ini menyebabkan kita semua menyokong sesuatu pihak secara semborono.... ingat kita orang SABAH lah yang sepatutnya berjuang untuk SABAH...dan bukannya mengharapkan ORANG LUAR untuk berjuang untuk kita....apa yang perlu KITA lakukan adalah BERSATU terlebih dahulu.... kerana dengan BERSATU kita jadi KUAT..... seterusnya harus ada KEBERANIAN dan KEBIJAKAN agar "orang lain" tidak mudah memanipulasikan kita......

Sunday, November 4, 2012

MAJLIS MENGESAHKAN UNDANG-UNDANG ADAT TOBILUNG

Nah... GIUK!  berumur 7 tahun
Draf asal Undang-Undang Adat Kaum Tobilung atau Undang-Undang Adat Momogun Tobilung ini sebenarnya telah lama beredar di tangan pengamal undang-undang adat etnik tersebut dan usaha untuk memurnikannya telah di mulakan serta diusahakan sejak 2006 lagi (di bawah KAN Sagindek Kulindod, selepas itu KAN Abar Gumpai) di bawah naungan Biro Adat Istiadat Persatuan Tobilung Bersatu Sabah(TOBISA).Usaha penyusunanya telah mengambil masa yang sangat panjang. Setiap kali mesyuarat, atau ketika Pesta Monguyas Torutip atau kaamatan setiap tahun ia di ulang promosi, di puji dan diulas dengan 1001 janji namun tidak ada penghujungnya. Draf tetap draf. Nampaknya untuk menjadiknnya dalam bentuk buku yang boleh di baca masyarakat umum bukan perkara mudah. Maka di wujudkanlah spekulasi yang mengatakan " sedang dalam semakan oleh dua orang peguam"; maka kitapun terhibur jugalah sikit... wakakakkaka ini kali la.

BARISAN PEGUAM TOBILUNG YANG SEBENAR
... dan sampailah pada saat ini di adakanlah majlis mengesahkan undang-undang adat itu. Pada pengertian penulis "majlis mengesahkan ini" ialah melakukan pembetulan kecil ke atas draf asal atas cadangan atau komen-komen daripada dua orang peguam yang  telah menyemak draf asal tersebut namun kita tidak nampak atau di beritahu apa komen atau cadangan oleh kedua-dua peguam yang diwar-warkan telah menyemak draf asal undang-undang adat ini. Maka kitapun tertanya-tanya, betulkah draf ini telah di semak oleh dua orang peguam? pada penulis, ini cuma mitos tahap gaban saja dan masih boleh dipersoalkan. Jika benar telah melalui semakan oleh mereka-mereka ini tentulah kita di maklumkan ayat mana yang perlu di betulkan...,

"ini bikin habis beras saja, buang masa, tujuh tahun di bazir begitu saja".

...apa yang kita nampak bertimbun-timbun pula ulat di dalamnya. Janganlah menghina ulat-ulat di dalam draf itu dalam masa 2 - 3 jam saja, tergesa-gesa seolah-olah dunia ini hendak kiamat sudah! Rosak nama persatuan jika undang-undang adat ini di paksakan penerbitannya walhal di dalamnya masih ada ulatnya hanya kerana atas alasan politik... INI MAU JUGA LAH KONON siap dan di terbitkan sebelum PRU13 dengan alasan bergaya "nak kan impak yang lebih besar", tak guna ada impak besar jika ada giuk




Monday, September 10, 2012

AGENDA BORNEO

DENGAR INI DULU
Dilancarkan pada 16 Disember 2010 bermakna UBF baru menghampiri usia dua tahun. Difahamkan tarikh 16 Disember dipilih bagi memperingati peristiwa Jamuan Teh Boston pada 16 Disember 1773 yang menjadi titik tolak kepada kemerdekaan Amerika Syarikat (penentangan secara langsung terhadap Raja George III). Sejak pelancaran, UBF telah mengadakan 400 siri jelajah Sabah untuk sesi penerangan dan dialog. Idea, visi,misi dan objektif tidaklah terlalu susah difahami. Tanpa mengubah ayat asal ,berikut ialah kandungan asas UBF:


Mission:
To reverse colonization-style form of governance and restore the special rights, privileges and equal partnership status of the Borneo States in the Federation.
Vision:
That the Borneo States of Sabah and Sarawak will be a free, politically autonomous, democratic, secure and economically progressive state of Malaysia.
Core Objectives:
To ensure that the Malaysia Agreement including the 20 points conditions, assurances and the undertakings by Tunku Abdul Rahman and those contained in the Inter-Governmental Committee (IGC) Report as well as the Cobbold Commission are respected and implemented as per Article VIII of the Malaysian Agreement 1963.

WALAUBAGAIMANAPUN, memahami yang tertulis jauh berbeza dengan mendengar secara peribadi gagasan UBF ini melalui pengasasnya iaitu Datuk Dr.Jefrey Kitingan. Fenomena UBF turut menjalar di beberapa buah perkampungan TOBILUNG.  Sayangnya kefahaman dan pemahaman tentang UBF masih kurang... Oleh itu usaha sekumpulan rakyat perlu di gerakkan secara sel(kumpulan kecil).

 APA ITU UBF - Part 1
 APA ITU UBF - Part 2
 APA ITU UBF - Part 3

Friday, July 6, 2012

SELEPAS SPM KE MANA MAU PIGI?

-->
Dasar “satu keluarga satu graduan” masyarakat Tobilung bukan sekadar angan-angan kosong lagi; PINTU ke sana ialah lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM...
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
 Pra U - STPM
 Martikulasi
 Maktab Perguruan
 Polyteknik
 IPTAwam
 IPTASwasta
 PJJ
 PTPTN
 Peranan UPU
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

BACA INFORMASI DI BAWAH...

Berikut adalah beberapa halangan utama:-

1/.  Tidak Tau Mau Jadi Apa? -  biasanya pelajar tidak tau MEREKA mau jadi apa. So, sebagai ibu bapa tanya dan bantu mereka. Kalau mereka suka jadi Guru maka ibubapa kena buat penyelidikan untuk mendapat informasi iaitu bagaimana menjadi guru. Begitu juga jika anak2  minat jadi Doktor, dsb...ibubapa kena buat perkara yang sama. Satu perkara harus di ingat ialah fikirkan Plan B untuk mereka...  sebagai ibu bapa proses membimbing ini tidak berkesudahan sehinggalah anak2 nampak jalan. Menetapkan sasaran atau tembakan tepat itu sangat penting, agar peluru tidak terbazir dengan sia-sia. Pastikan setiap target itu ada prospek untuk anak-anak kita...
2/.  Gagal tembus SPM – sistem pendidikan Malaysia ini sebenarnya berorientasikan peperiksaan dan inilah yang perlu difahami, walaupun anda nombor satu dalam aktiviti kokurikulum tetapi gagal dalam SPM  tidak juga dapat pigi kemana-mana juga. Bukan  bermaksud aktiviti kokurikulum itu tidak penting; tetapi harus seimbang dengan pencapaian akademik.
Apa yang terutama MESTI lulus dalam SPM?
Jawab dia ialah: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains serta subjek2 lain dan itu harus LULUS dengan cemerlang. Jika anda lulus cemerlang dalam semua subjek tetapi gagal dalam BM/bahasa melayu atau tidak kredit (grade D, atau G), maka pelajar akan mengalami kesukaran ke institusi-institusi awam kerajaan tetapi jangan sekali-kali panic!! Sebab ANDA masih tetap di alu-alukan untuk ke institusi-institusi swasta. So, masalah utama pelajar tobilung ialah apabila mereka gagal atau tidak kredit dalam subjek BM sahaja.
Jika BM tidak kredit apa yang perlu di buat?
Bertenang !, Jangan panic, anda kena RELAX  dan ambil waktu untuk “bertanya” dan buat penyelidikan tetapi jangan terlalu lama membuat keputusan sebab anda akan ketinggalan. "Sebagai ibubapa, kegagalan anak-anak harus di anggap sebagai satu kegagalan ibubapa juga". Sikap “tak ambil kisah”, suka bertangguh adalah masalah kebanyakan orang tobilung, kekurangan maklumat serta tidak tahu apa yang harus dibuat. Kalau tidak kredit BM maka kena ambil balik peperiksaan ulangan boleh register secara online, rajin bertanya di pejabat pendidikan atau sekolah…
Jika cemerlang dalam SPM apa yang harus di buat?

Peranan UPU perlu di ketahui SILA KLIK SINI

A/. Pra U – Tingkatan 6/STPM  SEMAKAN ONLINE
B/. Program Kemasukan ke Matrikulasi WEB RASMI
C/. Maktab Perguruan   KLIK SINI
D/. Polyteknik  UNTUK LEBIH LANJUT

3/. Masalah Kewangan modal awal itu sangat penting, ibu bapa kena usahakan stok wang barang 3 ribu ringgit. Senario kini sangat mudah berbanding 15 tahun lalu. Anda kena guna dan jangan takut menggunakan kemudahan PTPTN bagi membiayai yuran pengajian dan wang saku anak-anak anda. Jika anak anda CEMERLANG loan PTPTN itu automatic akan menjadi biasiswa… WEB RASMI PTPTN
4/. Ragu-ragu Dengan IPTSwasta
BEZA IPT AWAM DAN IPT SWASTA
Secara am nya, kedua2 IPT ini mempunyai fungsi yang sama, sukatan pelajaran yang hampir sama (seperti yang di selaraskan oleh MQA)... oleh itu tidak akan timbul ada tempat yang susah mahupun senang. Walaupun begitu, setiap universiti itu unik dengan caranya tersendiri. Berikut adalah beberapa perbezaan yang ketara:-
a/. yuran sangat mahal di IPT Swasta berbanding di IPTAwam
b/. kemudahan rekreasi di IPTAwam lebih canggih
c/. penggunaan BI lebih meluas di IPTSwasta berbanding di IPTAwam


IPT Awam dipelopori beberapa buah universiti terkemuka seperti berikut:
5/. Pelajar Tidak Tau Kehadiran Kolej Swasta - terdapat banyak kolej swasta yang ada di Malaysia seperti berikut:-

Dalam bidang sains kesihatan,


Selain itu terdapat banyak lagi kolej swasta yang menawarkan pelbagai kursus yang di iktiraf MQA






UNIVERSITY COLLEGE SABAH FOUNDATION (UCSF)

6/. INSTITUSI KEMAHIRAN TAJAAN KERAJAAN - wang saku di sediakan




7/. PJJ / Program Pendidikan Jarak Jauh -  yang sudah bekerja masih boleh melanjutkan pelajaran melalui PJJ. Di malaysia ini ada banyak institusi yang menawarkan pendidikan cara PJJ ini, di antara yang popular adalah seperti berikut:-



NOTA: masih dalam proses pemantapan dan kemudahan link- Admin.

Wednesday, July 4, 2012

HARAP TIDAK TERBONGKAR RAHSIA


Laporkan · 20:54
Pn.Sainggim:
Kamu sudah dengar berita hari ini...

Laporkan · 20:56
Berita apa, puan ?...










Laporkan · 21:00
Pn.Sainggim:
YANG DI SEBALAH PN SAINGGIM TU SIAPA? BETUL KE DIA LARI NI ... WAKAKAKKA
Pagi tadi saya telah membantu Kg. Ulu Kukut membentuk Badan Bertindak Bantahan Safoda sementara menunggu Pengurus Wilayah Safoda datang ke pejabat...Selepas itu kami adakan Demonstrasi secara aman di perkarangan pejabat Safoda, kira-kira 60 org penduduk Ulu Kukut dan Kg. Tinongkuban (gambar belum saya uplod di sini)....saya hantar tu surat bantahan di pejabat safoda tadi, tapi sempat si Rimin Rangkata melarikan diri dari di serbu oleh org kg...
Nampak org ramai, pucat dan gementar tu Pengurus wilayah bersama dgn kakitangan yang lain.
Kami sudah buat laporan polis dan akan ambil peguam utk membela nasib masyarakat kita yg tertindas....

Laporkan · 21:05
Kenapa si Rimin lari, puan?

Laporkan · 21:05
Pn.Sainggim:
Kesian..., ada seorang penduduk kg Dudar datang ikut dgn operasi kami dan minta bantuan membuat profile kampung dan untuk membentuk Badan Bertindak di kg Dudar. Orang kg Dudar Ulu betul-betul sakit hati dengan tindakan si Rimin yang begitu angkuh mengumumkan dirinya di Gereja bahawa dia sudah berkerja dgn safoda, si Rimin menjadi dalang kepada safoda utk menindas serta mengambil kawasan tanah org kg...
Dia takut saya tengking barangkali...sedangkan Pengurus Wilayah pun saya tengking...saya katakan safoda ini agensi kerajaan yang mahu bengkrap sudah dan hanya di gunakan org tertentu utk merampas tanah-tanah NCR penduduk kg. Saya menerima jemputan dari ketua-ketua kg; mereka minta bantuan sebab di gertak oleh pengurus safoda konon kita tiada NCR....

Laporkan · 21:18
o... my GOD. Di sarang Hj.Bidar, di Dudar En Rimin, di Toburon ?


NOTISTiada "fitnah dan persepsi negatif dalam perbualan ini", perbualan ini memang benar2 berlaku; anda boleh terus bertanya kepada yang terlibat, apa yg di suarakan oleh Pn.Sainggim itu ialah dari sudut pandang Penduduk Kampung Dudar Ulu dan barangkali mewakili rakyat di kampung berkenaan. Ruang "komen' ada di sediakan di bawah ini - admin.

Sunday, June 24, 2012

OVERHEAT

PN. SAINGGIM MAJUNGIL
"orang dalam tidak suka isu tanah di besar-besarkan" 

SAYA LETAK JAWATAN SEBAGAI AMT TOBISA DAN AJK BERTINDAK MENENTANG PENCEROBOHAN TANAH DI KAMPUNG TOBURON-MANDAWANG - Pn Sainggim.


...begitulah kira-kira isi surat Pn Sainggim yang di bacakan oleh Tn.Presiden Tobisa, En.Muji Ampau hari ini. Walaubagaimanapun, presiden tobisa mahu Pn.Sainggim menarik balik perletakan jawatannya itu demi perpaduan dalam persatuan tobisa.


Kesimpulan: Tiada penyelesaian mudah bagi isu pencerobohan tanah di kampung yang terlibat ini kerana melibatkan isu politik dan melibatkan periuk nasi individu tertentu. Aktiviti penceroboh berjalan lebih agresif dan kini memasuki hutan simpan atau kawasan tadahan air graviti perkampungan.

Pn Sainggim, satu-satunya AMT Wanita Berbisa Tobisa

Sunday, May 13, 2012

SELAMA-LAMANYA TERTIPU

 “Saya bukanlah mahu mencari kedudukan tetapi hanya mahu melihat kamu bebas, aman, gembira dan maju. Masa telah sampai bagi rakyat untuk menentukan sendiri masa depan tanahair ini, supaya hasil kesemua sumbangan, kerja, persaingan dan kerjasama dinikmati bersama, tanpa mengira tempat asal dan kepercayaan masing-masing. Inilah destinasi kita. Marilah kita bergerak bersama kearah itu.”
    Datuk Dr Jeffrey Kitingan 4 Mac 1991



 PENIPU SEBENAR DIBONGKAR.

Semangat ini akan bertiup selama-lamanya. Dan apabila genap waktunya rakyat akan bangkit untuk menentang.     PENIPU SEBENAR DIBONGKAR.

".....lihatlah lakonan jahat manusia ini, dengan cara yang sama juga di lakukannya ke atas 20 perkara, pemimpin terkutuk selama-lamanya" - Amen    KETUA

SEJARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA

Friday, April 20, 2012

MOU SIL DENGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN

UPACARA MENANDATANGI MOU SIL & MENTERI PENDIDIKAN
PRESIDEN TOBISA BERSALAMAN DENGAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN

Sunday, March 25, 2012

INI KALI LAH


YBG.Muji Ampau, Lepas Merpati Simbol  Kebebasan Rakyat Dari Penjajahan
Siapa bilang Borneo ini masih gah dengan "fixed deposit" buat BN dan sekutunya. Sekali-kali tidak! Mereka ini sudah di kenal pasti sebagai (Versi Baru Penjajah British) mereka melanggar dan menipu rakyat Sabah (khususnya kaum tobilung) seperti yang termaktub dalam perjanjian “20 perkara”.

SILA TONTON SANDIWARA UMNO
Malah ada di antara mereka berkata seburuk-buruk penjajah British ”British lebih baik“, mereka tidak merampas tanah NCR, tetapi penjajah baru ini merampas tanah NCR( melalui agen-agen haram kuala Lumpur seperti Kedatuan dan Safoda).
“INI KALI LAH”  kata mereka. Menurut Pn.Sainggim Majungil, "Pemimpin UMNO di Kota Belud tidak jujur dan "HANYA BERSANDIWARA" dalam menangani isu-isu tanah NCR(tanah adat); Mereka inilah agen pembunuh sebenar jenarasi masyarakat tobilung dan menegaskan adalah “HARAM untuk memberi undi kepada mereka. PENCEROBOH HARAM DI KAWASAN ORANG TOBILUNG TIDAK AKAN AMAN, mereka akan di binasakan dengan apa juga cara. Kita akan "BAKAR MEREKA HIDUP-HIDUP", katanya.
"HAPUSKAN KEDATUAN DAN SAFODA": PN.SAINGGIM MAJUNGIL
Sebaliknya rakyat(masyarakat tobilung) sepatutnya berfikiran KRITIS dan matang dan hendaklah mempertimbangkan untuk memberi sokongan padu kepada “Gerakan Borneo”;  yang gah membela nasib kita(PRIBUMI) dan tanah NCR pribumi katanya disambut dengan tepukan gemuruh.
Sebelum itu Presiden Tobilung,Yang Berbahagia,En.Muji  Ampau berapi-api mengatakan bahawa “ masyarakat kita(Tobilung) di bunuh perlahan-lahan, tanah kita di rampas; bila mereka(orang semananjung) merampas tanah kita samalah dengan membunuh kita” katanya. Ini di katananya dalam ucap tama dalam Mesyuarat Agung  Tobisa tahunan yang ke-24, Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (1TOBISA) hari ini di Kg.Timbang,K.Belud yang di hadiri kira-kira 100 pemimpin suku yang terdiri daripada JKKK dan ketua Adat dan Ketua Kampung masyarakat kaum Tobilung (Kg. Timbang, Sarang, Dudar dan Toburon,Mandawang, dan semua perkampungan Tobilung yang mendiami Kota Marudu).
Datuk Maijol Mahap (Ahli Dewan Negara) turut  menegaskan “dia akan terus menyokong untuk melindungi tanah NCR” iaitu untuk membebaskan tanah NCR daripada penceroboh. Dia menegaskan bahawa’ Kaum Momogun” perlu bersatu padu (kaum momogun adalah merujuk kepada KadazanDusunMurut), yang katanya mengalami nasib yang sama iaitu tanah mereka di ceroboh.


ini kali lah = This the right time / now is the time = the right time to overthrow the present government.. !
Isu tanah adat atau NCR telah menjadi satu isu yang panas di Sabah dan Sarawak.  Terdapat banyak aduan kes salah guna kuasa yang telah di laporkan mengenai isu NCR ini. Contoh yang paling dekat ialah pencerobohan tanah adat di kampong Toburon Kota Belud.

http://www.youtube.com/watch?v=RyrpjB1k9pA&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=nJjVJdS9tNI

Menurut KAN Abar Gumpai "Pencerobohan tanah adat di Toburon  melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan", dan perkara ini di tegaskan juga oleh KK.Sungkit Botung yang juga turut menghadapi ancaman daripada pihak SAFODA di mana melibatkan tanah adat kampung Sarang.

bersambung dengan foto2.