ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Sunday, November 4, 2012

MAJLIS MENGESAHKAN UNDANG-UNDANG ADAT TOBILUNG

Nah... GIUK!  berumur 7 tahun
Draf asal Undang-Undang Adat Kaum Tobilung atau Undang-Undang Adat Momogun Tobilung ini sebenarnya telah lama beredar di tangan pengamal undang-undang adat etnik tersebut dan usaha untuk memurnikannya telah di mulakan serta diusahakan sejak 2006 lagi (di bawah KAN Sagindek Kulindod, selepas itu KAN Abar Gumpai) di bawah naungan Biro Adat Istiadat Persatuan Tobilung Bersatu Sabah(TOBISA).Usaha penyusunanya telah mengambil masa yang sangat panjang. Setiap kali mesyuarat, atau ketika Pesta Monguyas Torutip atau kaamatan setiap tahun ia di ulang promosi, di puji dan diulas dengan 1001 janji namun tidak ada penghujungnya. Draf tetap draf. Nampaknya untuk menjadiknnya dalam bentuk buku yang boleh di baca masyarakat umum bukan perkara mudah. Maka di wujudkanlah spekulasi yang mengatakan " sedang dalam semakan oleh dua orang peguam"; maka kitapun terhibur jugalah sikit... wakakakkaka ini kali la.

BARISAN PEGUAM TOBILUNG YANG SEBENAR
... dan sampailah pada saat ini di adakanlah majlis mengesahkan undang-undang adat itu. Pada pengertian penulis "majlis mengesahkan ini" ialah melakukan pembetulan kecil ke atas draf asal atas cadangan atau komen-komen daripada dua orang peguam yang  telah menyemak draf asal tersebut namun kita tidak nampak atau di beritahu apa komen atau cadangan oleh kedua-dua peguam yang diwar-warkan telah menyemak draf asal undang-undang adat ini. Maka kitapun tertanya-tanya, betulkah draf ini telah di semak oleh dua orang peguam? pada penulis, ini cuma mitos tahap gaban saja dan masih boleh dipersoalkan. Jika benar telah melalui semakan oleh mereka-mereka ini tentulah kita di maklumkan ayat mana yang perlu di betulkan...,

"ini bikin habis beras saja, buang masa, tujuh tahun di bazir begitu saja".

...apa yang kita nampak bertimbun-timbun pula ulat di dalamnya. Janganlah menghina ulat-ulat di dalam draf itu dalam masa 2 - 3 jam saja, tergesa-gesa seolah-olah dunia ini hendak kiamat sudah! Rosak nama persatuan jika undang-undang adat ini di paksakan penerbitannya walhal di dalamnya masih ada ulatnya hanya kerana atas alasan politik... INI MAU JUGA LAH KONON siap dan di terbitkan sebelum PRU13 dengan alasan bergaya "nak kan impak yang lebih besar", tak guna ada impak besar jika ada giuk




No comments: