ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Wednesday, November 7, 2012

KENAPA HARUS PILIH STAR ?

A G E N D A   B O R N E O
Sebelum menulis dengan lebih lanjut, anda pasti terfikir bahawa penulis merupakan seorang ejen STAR, ahli STAR, atau dibayar oleh STAR kan? anda silap.... Sejujurnya, penulis tidak menerima 1 sen pun dari pihak STAR untuk menulis ataupun mempromosikan STAR kepada umum... Penulis tidak terikat bagi siapa-siapa. Penulis cuma salah seorang daripada beribu-ribu Sabahan yang berjiwa dan berfikiran merdeka.....penulis menggunakan saluran blogger/facebook untuk menyampaikan idea kerana hasil carian dari google, terdapat kurang yang menulis mengenai hal-hal politik sabah secara JUJUR.... hasil dari carian google  kebanyakkan blog yang menulis mengenai hal perihal politik Sabah adalah kerana mereka berkepentingan dalam sesebuah parti politik maka sudah tentulah mereka akan lebih mempromosikan parti mereka masing-masing, dan ini sudah tentu hasilan tulisan mereka kadang-kadang menyeleweng, diputar belit dan memanipulasi kebenaran sesuatu fakta dan sejarah... Oleh itu, anggaplah penulis sebagai pemerhati politik dan individu yang MENGUNDI... Sebagai pengundi, maka kita mempunyai hak untuk memilih mana pihak yang kita rasakan sesuai, telus dan benar dalam memperjuangkan politik Sabah kearah yang betul.

Kenapa kita PILIH STAR ??? kenapa bukan Pakatan Rakyat, SAPP??? dan Barisan Nasional atau UMNO???

Suatu masa dahulu, Tun Fuad pernah menyatakan kebimbangan beliau untuk menyertai pembentukan Malaysia kerana Tun Fuad beranggapan, Sabah bukannya lepas dari penjajahan sebaliknya hanya BERTUKAR penjajah (menjadi jajahan Malaya). Nampaknya Tun Fuad betul. Seandainya Tun Fuad masih hidup sekarang, adakah hal seperti apa yang berlaku kepada Sabah sekarang ini akan terjadi?? Anda tahu jawapannya !

Situasi yang hampir sama berlaku kepada Sabah ketika ini.... adakah kita perlu menyokong PR untuk membebaskan Sabah dari "penjajahan" Malaya?? jawab sendiri...tapi kalau saya bilang JANGAN....ia umpama kita sudah terlepas dari mulut Buaya tapi kita bakal masuk pula ke mulut Harimau....

Pasti ada yang tanya, "aik PR ada Buku Jingga" ...ada kena tulis sana pasal mengembalikan semula hak-hak sabah, autonomi, seperti yang terkandung dalam 20 perkara dan Perjanjian Malaysia 1963 ?..." satu kali baca, memang cantiiiiik..... tapi adakah dengan buku jingga ini sahaja sudah cukup untuk MENJAMIN pembebasan Sabah dari cengkaman Malaya??? jawab sendiri....tapi kalau saya bilang TIDAK....Sebab itu, Jeffrey Kitingan mengetengahkan idea KINGMAKER (penentu kuasa)....ini merupakan satu bentuk JAMINAN agar sesiapa juga yang bakal "pemegang" kuasa Putrajaya kelak "TERPAKSA" untuk bersetuju dengan tuntutan STAR dalam Agenda Borneo terhadap SABAH jika ingin menduduki Putrajaya.....Anda mungkin akan kata, kita harus mengikut prosedur untuk menuntut isu ini.... tapi prosedur yang macamana lagi?? adakah dengan ingin membawa perkara ini ke mahkamah ?? Untuk pengetahuan anda, sudah terdapat pihak-pihak tertentu yang telah membawa perkara ini ke mahkamah antarabangsa, UN dan komanwel, namun setakat ini tiada keputusan yang positif....Tidak lama dahulu, Jeffrey pernah menyatakan, PRU pada kali ini merupakan PRU yang sangat penting kepada Sabah...kerana dalam PRU kali ini lah kita akan dapat melihat adakah rakyat sabah inginkan pengembalian semula hak-hak Sabah atau terus mahu berada di bawah kekuasaan Malaya.....Oleh itu, idea membawa isu ini ke Mahkamah Antarabangsa adalah satu idea yang menarik...namun mungkin idea tersebut boleh di ikhtiarkan sebagai Plan B.....

Berbalik kepada isu KINGMAKER atau penentu kuasa... Ini lah yang tidak diingini oleh kedua-dua pihak (PR dan BN) sebenarnya....ini kerana kelak kedua-dua pihak ini PERLU untuk bersetuju dan menandatangani DEKLARASI "kemerdekaan" Sabah agar mereka dapat menduduki putrajaya....ini kerana STAR akan menyokong pihak yang BERANI untuk menandatangani dan bersetuju dengan segala tuntutan yang telah diutarakan....jika STAR hanya menjadi "YANG MENURUT PERINTAH" di bawah PR atau BN maka ia hanyalah satu perjuangan sia-sia,...kenapa?? Lihatlah setelah lebih 40 tahun Sabah di bawah penjajahan Malaya, adakah tuntutan Sabah di pedulikan??? jauh panggang dari api.... ketika ini Najib telah menubuhkan satu panel khas untuk mengkaji semua royalti minyak namun hanya negeri-negeri minyak di Malaya seperti Kelantan dan Terengganu.... Di Sabah dan Sarawak bagaimana??? bagaimana pula dengan janji 100 hari BN untuk Sabah Baru BN suatu masa dahulu??? kononnya BN akan menghapuskan kemiskinan di Sabah hanya dalam masa 100 hari.... ha ha ha ha..... realitinya sejak berada di bawah kekuasaan BN, Sabah jatuh sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Pada pendapat penulis, menyegerakan kerja-kerja RCI itu hanya gimik Najib sahaja.... para panel RCI ini kelak pasti akan melambat-lambatkan kerja mereka kerana sudah diketahui umum, BN memerlukan PATI untuk kekal berkuasa..... Di sebabkan ketamakan kuasa lah mereka sanggup menggadaikan tanah Sabah kepada PATI....

Seandainya kelak deklarasi "kemerdekaan" Sabah telah ditandatangani oleh bakal kerajaan yang duduk di Putrajaya, maka kita tidak perlu risau lagi...kerana Sabah adalah sebuah NEGARA MERDEKA dan bukannya berstatus negeri ke 12 di Malaysia lagi....maka sebab itulah Jeffrey Kitingan dalam temubual beliau dengan Free Malaysia Today menyatakan ;

“My idea is for Sabahans to be united in pursuing their rights. Yes, we can work with them [Pakatan] but definitely not work under them. “I want Sabah and Sarawak to be free in determining their own matters as long as we do it right,”

Pasal isu-isu lompat-lompat katak ini, tidak payahlah diulas dengan panjang lebar cukup kalau melihat perjuangan Jeffrey Kitingan semasa masih dalam PBS, AKAR, PBRS, BEBAS, PKR dan sekarang STAR...adakah perjuangan beliau berubah??? sehingga sekarang beliau lantang memperjuangkan Deklarasi Tambunan, 20 perkara, perjanjian Malaysia yang mana segala-galanya dimeterai dan kini dikenali sebagai "7 AGENDA BORNEO"...anda harus ingat bahawa parti cuma platform.... Isi dan konsistensi perjuangan itu yang lebih penting.... lihatlah PBS.... mereka kata mereka masih memperjuangkan 20 perkara dan perjanjian Malaysia 1963.... betulkah???? anda nilai lah sendiri...tapi kalau kamu tanya saya, saya bilang... emmmm Kologos.....

Ramai juga orang tanya ... "kenapa STAR nampak lebih bermusuhan dengan PR berbanding UMNO...ini bukti STAR ejen UMNO".... Apa yang kita nampak, bukan STAR yang bermusuhan dengan PR...tetapi PR yang tidak mahu bertimbangrasa untuk menerima idea STAR agar membiarkan pihak Sabah mengurus dan berlawan dengan BNUMNO dan PR fokus terhadap kawasan Malaya... PR boleh menolong Sabah dengan "mengarahkan" penyokong mereka untuk menyokong STAR.... Sabah sudah lama di bawah kekuasaan Malaya, dan adalah logik bila Sabah ingin bangkit...sama seperti UMNO melawan Malayan Union dahulu....Sabah juga bangkit "melawan" penjajahan Malaya...STAR sudah menyatakan pendirian mereka bahawa keluar dari Malaysia bukan satu pilihan, sebaliknya inginkan konsep RAKAN KONGSI itu direalisasikan sepenuhnya seperti mana yang terkandung dalam 20 perkara dan Perjanjian Malaysia 1963....matlamat STAR dan PR adalah sama...sama-sama mahu MENUMBANGKAN UMNO.... STAR juga telah menyatakan mereka sedia bekerjasama dengan PR....tetapi, istilah BEKERJA BERSAMA berbeza dengan BEKERJA DI BAWAH.... STAR lebih kepada ingin bekerja bersama, sebaliknya PR lebih mahu STAR bekerja didalam / dibawah PR....nah ini lah masalahnya, Adakah patut Sabah yang sejak tahun 1963 sentiasa berada di pihak yang "mengalah" kepada Malaya, UMNO....adakah Sabah perlu berada di pihak yang "mengalah" lagi kepada PR...sepatutnya PR atau PIHAK LUAR lah yang harus menyesuaikan perjuangan dan pendirian mereka agar sesuai dengan tuntutan dan perjuangan tempatan Sabah bukannya Sabah yang perlu MEMURAHKAN lagi harga diri dan maruah mereka...... Fikir dengan otak.....


Star BUKAN EJEN BN/UMNO... ingat tu!!
STAR ejen BNUMNO? secara peribadi tidak nampak signifikan tuduhan ini....ini kerana Jeffrey Kitingan pernah mahu berdebat dengan kepimpinan tertinggi BN malah suatu ketika dahulu pernah ingin "mengajar" pemimpin UMNO mengenai isu 20 perkara, perjanjian Malaysia 1963, status Sabah.... namun seperti biasa, pihak UMNO hanya bersikap "sunyi senyap"....sebelum ini pun, pendirian Jeffrey Kitingan tidak menampakkan beliau seorang yang pro UMNO, malah semasa zaman pemerintahan Mahathir, Jeffrey pernah meringkuk di bawah ISA hanya kerana lantang menyuarakan hak-hak Sabah....sebelum-sebelum ini dalam lompat-lompat beliau, beliau banyak mengkritik ketidakadilan BNUMNO terhadap Sabah....terbaru Pairin dan Jeffrey "bertikam lidah"...oleh itu adakah perkara-perkara seperti ini boleh kita lihat sebagai Jeffrey atau STAR adalah ejen UMNO??? itu cuma propaganda dari pihak-pihak yang kurang berfikir....bagi saya anda boleh bercakap apa saja untuk mengaitkan STAR dengan UMNO tetapi realitinya anda tidak akan dapat mengikis KEIKHLASAN perjuangan seseorang. Adakah logik seseorang yang teruk "DIBELASAH" oleh UMNO adalah ejen UMNO pula??? fikir dengan otak....

Ini merupakan beberapa gambaran umum dari JM mengenai isu-isu STAR.... saya lebih kepada ingin membawa pembaca agar berfikir secara terbuka terlebih dahulu agar anda mendapat satu gambaran sebelum beralih kepada perkara yang lebih terperinci....Ini kerana kebanyakkan orang Sabah masih "menutup" fikiran mereka, dan ini menyebabkan kita semua menyokong sesuatu pihak secara semborono.... ingat kita orang SABAH lah yang sepatutnya berjuang untuk SABAH...dan bukannya mengharapkan ORANG LUAR untuk berjuang untuk kita....apa yang perlu KITA lakukan adalah BERSATU terlebih dahulu.... kerana dengan BERSATU kita jadi KUAT..... seterusnya harus ada KEBERANIAN dan KEBIJAKAN agar "orang lain" tidak mudah memanipulasikan kita......

Sunday, November 4, 2012

MAJLIS MENGESAHKAN UNDANG-UNDANG ADAT TOBILUNG

Nah... GIUK!  berumur 7 tahun
Draf asal Undang-Undang Adat Kaum Tobilung atau Undang-Undang Adat Momogun Tobilung ini sebenarnya telah lama beredar di tangan pengamal undang-undang adat etnik tersebut dan usaha untuk memurnikannya telah di mulakan serta diusahakan sejak 2006 lagi (di bawah KAN Sagindek Kulindod, selepas itu KAN Abar Gumpai) di bawah naungan Biro Adat Istiadat Persatuan Tobilung Bersatu Sabah(TOBISA).Usaha penyusunanya telah mengambil masa yang sangat panjang. Setiap kali mesyuarat, atau ketika Pesta Monguyas Torutip atau kaamatan setiap tahun ia di ulang promosi, di puji dan diulas dengan 1001 janji namun tidak ada penghujungnya. Draf tetap draf. Nampaknya untuk menjadiknnya dalam bentuk buku yang boleh di baca masyarakat umum bukan perkara mudah. Maka di wujudkanlah spekulasi yang mengatakan " sedang dalam semakan oleh dua orang peguam"; maka kitapun terhibur jugalah sikit... wakakakkaka ini kali la.

BARISAN PEGUAM TOBILUNG YANG SEBENAR
... dan sampailah pada saat ini di adakanlah majlis mengesahkan undang-undang adat itu. Pada pengertian penulis "majlis mengesahkan ini" ialah melakukan pembetulan kecil ke atas draf asal atas cadangan atau komen-komen daripada dua orang peguam yang  telah menyemak draf asal tersebut namun kita tidak nampak atau di beritahu apa komen atau cadangan oleh kedua-dua peguam yang diwar-warkan telah menyemak draf asal undang-undang adat ini. Maka kitapun tertanya-tanya, betulkah draf ini telah di semak oleh dua orang peguam? pada penulis, ini cuma mitos tahap gaban saja dan masih boleh dipersoalkan. Jika benar telah melalui semakan oleh mereka-mereka ini tentulah kita di maklumkan ayat mana yang perlu di betulkan...,

"ini bikin habis beras saja, buang masa, tujuh tahun di bazir begitu saja".

...apa yang kita nampak bertimbun-timbun pula ulat di dalamnya. Janganlah menghina ulat-ulat di dalam draf itu dalam masa 2 - 3 jam saja, tergesa-gesa seolah-olah dunia ini hendak kiamat sudah! Rosak nama persatuan jika undang-undang adat ini di paksakan penerbitannya walhal di dalamnya masih ada ulatnya hanya kerana atas alasan politik... INI MAU JUGA LAH KONON siap dan di terbitkan sebelum PRU13 dengan alasan bergaya "nak kan impak yang lebih besar", tak guna ada impak besar jika ada giuk