ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Friday, December 23, 2011

LELAKI MENANGIS

Banyak benda yang misteri dan menjadi rahsia hidup manusia ini, contohnya, lelaki menangis. Jarang sekali untuk melihat seorang lelaki menangis. Kerana seorang lelaki amat sinonim dengan egonya. Kaum perempuan, pasti  tertanya-tanya, terpinga-pinga dan tergaru-garu kepala memikirkan apa yang boleh membuatkan lelaki menangis.Tak kiralah sekeras atau selembut mana hatinya, mengalir saja airmata seorang lelaki, bererti runtuhlah dinding egonya. 

"Tapi tahukah anda, lelaki lebih menderita kerana menahan atau memendam rasa semata-mata kerana tidak mahu menangis" !

Terlalu banyak sebab lelaki menangis. Tetapi kebiasaannya lelaki hanya akan menangis terhadap sesuatu perkara yang benar-benar mengubah hidup mereka. Terutama apabila kehilangan orang yang tersayang seperti ibu bapa meninggal. Lagipun, tak guna menangis hanya kerana sesuatu  sebab yang bersifat kebendaan dan temeh-remeh. Lagipun amat hodoh kalau lelaki menangis. Muka dahlah bermisai, berjanggut, sekali menangis dengan mulut menggulupur, tak elok dipandang.. kekekeke

Lazimnya, seorang lelaki tidak akan menangis untuk kekasihnya meskipun ditinggalkan. Kerana masih banyak bunga yang boleh dipetik!, tetapi apabila seorang lelaki menangis hanya disebabkan kekasihnya, itu bermakna lelaki itu bodoh. Bodoh kerana dia baru saja mengerti betapa berharganya kekasihnya pada dirinya dan bodoh kerana terlalu menyintai kekasihnya. Kerana terlalu mencari yang kaca yang dianggap lawa, terlupa permata berada disisinya... 

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia. Maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingin saling mengambil berat akan keluarga. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling anda adalah lelaki bersikap egois,..

Dalam tempo masa 44 tahun ini cuma tiga kali saja melihat lelaki menangis yang betul-betul menangis. Pertama, perkahwinan di kg Bobot,KB(2007), seorang bapa menangisi anak perempuannya di depan umum. Kedua,kg.Ratau,KB (2009), seorang abang menangisi adiknya yang remuk kerana kemalangan. Ketiga (2011) yang ini... sang anak menangisi ibu & bapanya. Fikir-fikirkan...

Akhirnya, pusing punya pusing; berikut adalah antara beberapa faktor lelaki menangis..
 
1. Kematian orang yang dicintai. 
Memang lelaki tak berniat untuk menangis, tetapi rohnya terlalu sedih sehinggakan jasad tak mampu menahan untuk menangis..

2. Ketika seorang lelaki bergelar ayah. 
Melihat zuriatnya bersama isteri yang dicintai sudah pasti meninggalkan kanangan manis didalam hati sehingga air mata gembira mengalir. 

3. Ketika keretanya hilang
Barangkali seorang lelaki akan menangis bila dia berjaya membeli kereta pertamanya menggunakan duitnya sendiri. Jika tidak menangis sewaktu membeli, mungkin akan menangis apabila menjualnya atau ketika hilang.

4. Tengok drama/movie
Kadangkala lelaki ni pun boleh tangkap jiwang juga bila tengok cerita cinta yang sedih. Macam cerita Mohabbatein tu, lah. Time Aishwarya Rai bunuh diri tu. Lelaki pun ada nangis juga. Ni kira lelaki tangkap jiwang habis la. hehe. Tak pun cerita One Liter Of Tears (Jepun).

5. Ketawa sampai menangis
Hah. Yang ini pun boleh jadi juga. Kelakar sangat agaknya sampai tergolek-golek dan mengalir air mata.

6. Bertumbuk sampai menangis
Awal bergaduh memang masing-masing tunjuk terer. Tapi belakang-belakang, lepas tu menangis juga. hihi
 
7. Jatuh dari atas pokok

ada banyak lagi...


Friday, November 25, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SIKUL PIANAK-ANAKAN TOBILUNG 2011

GAMBAR-GAMBAR PROGRAM
- ucapan alu-aluan ybg.Muji Ampau,ASDK., Presiden Tobisa 2011 (di sampaikan oleh ybg En.Timis Sambadi).
(dalam proses)
- LEBIH 35 buah sikul pianak-anakan dibuka pada masa terdekat( di daerah Kota Marudu/Kota Belud ) dalam proses memartabatkan bahasa/boros tobilung "Bahasa Jiwa Bangsa"
-majlis berlangsung 8 -11.30am)
AMT TOBISA,GURU2 SIKUL PIANAK-ANAKAN TOBILUNG & PELAJAR JENARASI PERTAMA

TASKA TOBILUNG KG DUDAR

TASKA TOBILUNG, KG SARANG


TASKA TOBILUNG, KG TIMBANG (GURU - JOHN SIMPUL)

TASKA TOBILUNG KG TOBURON(GURU- PN.NILA MINGKOD)






Monday, September 19, 2011

MONGOLU

BAKAL MENYERAMKAN
Sepasang kekasih bersumpah sehidup semati di tugu "batu cinta" di saksikan oleh Gunung Kinabalu, namun sang heroin mampus awal yang kemudian di susuli pula oleh ibunya seminggu kemudian.
Dalam proses mongolu, heroin dan ibunya tiba di  tugu "batu cinta" lalu berpakat untuk menjadi hantu untuk menakluki bumi, EH!! bukan bumi bah itu hero... malangnya tunggu punya tunggu HERO dia tak sampai-sampai kononnya kereta dia rosak hahahahhaa

Cerita ini di tulis jam 2.15am .. dan sedang pening, orang tobilung kena tonton juga wayang ini di pawagam NANTI, ini filem tobilung yang pertama dan berkos lebih 1juta hasil kerjasama TOP-ONE STUDIO dan Sabah Muzik Production(John Samud).

HEROIN & HERO MONGOLU
Cerita punya cerita rupa2nya hero dan heroin ada ketika makan-makan  lihatlah foto-foto mereka ini, HERO YANG SEBENAR

FILEM kdm/tobilung yang pertama ini di arah oleh seorang pengarah handalan dari Sabah, Mr Tony Francis Gitom di sertai crew-crew LABU TEAM yang di import khas dari Luar Negeri beribu pejabat di KL.Tempo penggambaran adalah 25 hari.
SENIMAN JOHN SAMUD

Mr.Jairin Samud Bersama Labu Team
Pengurus Top-One Studio  & Mr.Tony Francis Gitom
Pengurus Top-One Studio bersama Pelakon Utama "M o n g o l u"




 i s t i l a h
------------------------------
MONGOLU - suatu perjalanan menuju ke alam keabadian(NABALU). Kaum Tobilung percaya bahawa Roh orang yang telah meninggal akan melalui proses mongolu sesuai dengan amal baik buruk semasa di dunia.


Wednesday, July 6, 2011

5 RAHSIA ORANG CINA KAYA

1. Kerja makan gaji itu sementara, untuk pengalaman hidup.
Orang cina perlu berniaga untuk membangun masa depan dan keturunan mereka.

2. Pelanggan lebih penting dari untung
untung jangan letak banyak2, sedikit tapi berterusan,
pelanggan adalah raja, kehilangan pelanggan adalah musibah.
keuntungan boleh dicari , pelanggan setia sukar ditemui.
 
3. orang cina jarang bangkrup, kecuali 2 perkara:
berjudi dan kaki perempuan/ada perempuan simpanan.

 
4. modal orang cina 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk,
1 mangkuk untuk keluarga,
1 mangkuk simpanan,
3 mangkuk untuk modal balik.

 
5. kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal,
mereka akan tanya, berapa bunganya ?
bukan berapa ansuran tiap-tiap bulan ?

Monday, June 27, 2011

PROSES MENJADI TRADER BERJAYA


Source: Parai Wagas

Tahap 1 - Unconscious Incompetence

Ini merupakan langkah pertama yang anda ambil apabila anda mendengar pelbagai perkara menarik berkenaan forex dan bahawa pendapatan seorang trader forex mengalahkan pendapatan seorang pengarah syarikat. Bagi anda, apalah susah sangat untuk trade forex, ia hanya menentukan harga naik atau turun. Lagi pun ada disediakan akaun demo untuk latihan sebelum memulakan trade sebenar. Lalu tanpa berfikir panjang anda pun mendaftar akaun sebenar dan mendepositkan wang ke akaun tersebut bagi memulakan trading sebenar setelah anda dapati trade di akaun demo anda dapat menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.

Anda mungkin mendapat keuntungan dengan hasil yang menakjubkan di antara 100 ke 200 pip per lot sehari,. Anda percaya bahawa dengan hanya berdasarkan 1 indicator saja, atau bahkan hanya dengan gerak-hati anda dapat menghasilkan keuntungan. Namun itu semua hanyalah nasib saja (beginner luck), pasaran akan mengalahkan anda. Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan factor TUAH/LUCK. Kerugian demi kerugian akan mula menghampiri anda, anda akan cuba bertahan, namun kalau sampai margin habis, siapa yang dapat bertahan??.

Anda sama sekali tidak menyedari bahawa anda tidak mampu untuk trade forex, namun anda tetap mengatakan pada diri anda bahawa yang anda mampu untuk melakukan trading walaupun semua fakta berkata sebaliknya (Persoalannya: Apakah bulan ini profit?, atau Bulan lepas profit?, ataupun Tahun ini profit?).

Anda tetap mengatakan bahawa anda adalah orang yang hebat, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan anda tidak menyedari bahwa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu. Anda tidak mempunyai sistem yang lengkap, anda dikuasai oleh emosi anda, anda selalu cuba mengimbangi perasaan anda jika kerugian dengan MARAH pada pasaran, anda selalu mengambil keuntungan dalam jumlah yang kecil atau membiarkan ia berubah dari keuntungan jadi kerugian karena anda dikuasai oleh sifat TAMAK,
adakala anda tidak pernah trading karena anda TAKUT. Anda membiarkan diri anda dikuasai oleh emosi sehingga margin equity anda menderita.

90% orang yang trade forex hanya sampai pada tahap ini, mereka biasanya kehabisan modal, berhenti trade dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. Sebahagian lagi tetap mencari modal dari rakan-rakan/investor dan trade seperti orang gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Ini akan mewujudkan masalah moral yang teruk.

Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor. Dan biasanya yang moralnya teruk ini dengan senang hati akan mengambil wang dari rakan-rakan dengan menabur pelbagai janji-jani (pulangan lumayan) dan kononnya akan trade sebagai manage fund untuk mereka. Sebahagiannya lagi akan tetap terus seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan diri mereka sendiri.

Hanya waktu yang menentukan segalanya, sampai bila mereka dapat bertahan di tahap ini dan biasanya waktu selalunya menang. Proses ini selalunya dalam lingkungan waktu SEMINGGU hingga SEBULAN.

90% traders akan terus gagal dan kekal ditahap ini, hanya 10% dari mereka yang sedar ini akan pindah ke Tahap 2.

MENU UTAMA

Tahap 2 - Conscious Incompetence

Tahap 2 - Conscious Incompetence

Di tahap ini anda sedar bahawa anda tidak mampu untuk trading, anda tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan keuntungan secara konsisten. Dan anda tahu penyelesaiannya, Anda sedar bahawa selama di Tahap 1 fikiran anda dikaburkan oleh emosi anda sehingga anda tidak dapat berfikir secara bernas.

Di tahap ini anda akan mencari "˜Holy Grail"( sistem yang sempurna/keramat, sistem yang memberikan keuntungan 100% , sistem yang tidak ada kerugian), anda mulai membeli sistem yang ada di internet, anda membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari Malaysia hingga ke USA, anda baca semua ebook yang ada, anda praktikkan semua sistem yang anda perolehi, anda dahagakan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang dahagakan air minuman.

Pada tahap ini anda akan membaca semua perincian tentang sistem automasi trading/indicator, anda akan test semua indicator yang ada di Metatrader, bahkan anda mungkin akan membuat indikator sendiri ( biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), anda akan bermain-main dengan Moving Everage, Fibonnacci lines, Pivot Point, Camarilla Pivot, DeMark, Fractal, MACD, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indicator yang lain.

Anda tahu bahawa pasaran terlalu rumit untuk dijangka hanya dengan 1 indicator saja. Anda akan mengabungkan kombinasi ideal dari setiap indicator. Anda tahu keunggulan indicator tersebut dan juga kelemahannya. Anda akan mencuba menanda TOP dan BOTTOM di pasaran dan meneka titik perubahan pergerakan pasaran dengan indicator tersebut. Namum anda dapati yang anda terus gagal walaupun anda rasa yang anda telah melakukan yang terbaik.

Anda kini akan cuba bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pelbagai pertanyaan di forum-forum kerana bagi anda kalau anda tidak bertanya sekarang maka selamanya anda tidak akan tahu. Anda ingin mengetahui bagaimana trader lain membuat
keuntungan walahal anda tidak.. Ketika ini anda akan memikirkan mereka yang mengatakan mendapatkan keuntungan ratusan pip sehari adalah penipu - anda rasa anda tahu semuanya dan telah cuba melakukan apa yang mereka lakukan.

Anda akan jadi seperti seorang remaja - trader yang lebih berpengalaman akan menasihati anda supaya mencari guru yang betul dalam menuntut ilmu tetapi anda degil dan memikirkan yang anda tahu apa yang terbaik - anda meneruskan pembelajaran anda melalui bahan2 diinternet dan overtrade akaun anda walaupun semua orang kata anda gila (anda sesat dalam kebijaksanaan anda - overload information). Kini anda akan mempertimbangkan melanggan isyarat berbayar melalui perkhidmatan SMS dan sebagainya - serta termakan janji-janji manis penyedia khidmat pembelajaran forex yang menjanjikan pelbagai teknik mudah dan cepat untuk
berjaya dalam trading tanpa memikirkan jika benarlah ia semudah yang dinyatakan, sudah semestinya ramai yang menjadi jutawan.

Pada akhirnya anda akan mendapatkan 5 hingga 10 sistem yang lengkap dan mencuba mencari sistem mana yang paling sesuai dengan keperibadian/stail anda. Namum di tahap ini anda akan sentiasa kebinggungan kerana mendengar ramai trader yang mendapat keuntungan dari hari ke hari dan anda pula terus kerugian.

Ramai trader yang berada ditahap ini lenyap dalam masa sebulan yang pertama dan jika ada yang mampu bertahan untuk mengharunginya berakhir sekitar 3 bulan. Dari 10% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke Tahap 3.

MENU
Tahap 3 - The EUREKA Moment

Tahap 3 -The Eureka Moment

Pada akhir Tahap 2, anda akhirnya menyedari pokok permasalahan bukan terletak di sistem. Anda menyedari bahwa anda mampu mendapat keuntungan bahkan jika hanya menggunakan sistem yang mudah seperti Trendline sekali pun tanpa ada indicator lain, jika anda mampu melakukan sedikit kajian melalui pemerhatian yang menyeluruh dan mempelajari pengurusan trading yang baik.

Anda mulai membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasikannya pada diri anda dengan karakter yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya membawa anda ke Tahap 3 iaitu Tahap Pencerahan.

Proses pencerahan ini membuat otak anda menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu meneka secara tepat apa yang akan terjadi pada pasaran 30 detik berikutnya. Apa yang anda perlu hanyalah satu sistem trading yang sesuai dengan stail trade anda serta bimbingan seseorang berkenaan pengurusan trading yang sepatutnya sehingga anda dapat cara bertrading yang betul.

Anda mulai menguasai satu sistem trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter anda, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan sistem yang asli.

Anda mulai trading jika anda tahu kemungkinan untuk untung lebih besar daripada untuk rugi, anda hanya trading jika ada signal dari sistem anda, anda selalu menggunakan stoploss, karena anda tahu stoploss adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading. Ketika stoploss anda kena, anda tidak emosi kerana anda tahu tak seorang pun mampu menjangkakannya, dan itu bukan kesalahan anda. Trading berikutnya akan meningkat peluang keuntungan anda kerana anda tahu sistem anda itu sistem yang menguntungkan secara keseluruhannya.

Anda secara tidak langsung menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada sistem, psikologi trading dan pengurusan wang yang betul. Dan kedisiplinan anda untuk dalam melakukan trading mengurangkan risiko kerugian anda.

Anda mempelajari tentang perlunya ada guru/teman yang dapat memberikan anda bimbingan yang baik dan sokongan berterusan serta hal-hal lainnya. Ia mengingatkan anda suatu ketika yang lalu di mana anda diberi nasihat tersebut dari trader yang berpengalaman dan anda memilih untuk mengendahkannya ketika itu. Kini anda tahu kenapa anda hanya perlukan seorang guru yang baik yang dapat memberikan didikan dan bimbingan yang diperlukan untuk berjaya dalam trading dan bukannya seorang super trader yang menjaja kehebatan sistem/strategi beliau.

Trader akan mengharungi tahap ini sekitar 6 bulan sebelum akhirnya menerima hakikat sebenar bahawa tidak siapa yang mampu meramalkan pergerakan pasaran. Dari 7% trader yang ada di tahap ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke tahap berikutnya.

MENU

Tahap 4 - Conscious Competence

Sekarang anda hanya trading jika dan hanya jika sistem anda memberi signal. Anda menggunakan stop loss atau cut loss apabila menyedari terdapat signal yang bertentangan kerana anda tahu sistem anda akan lebih banyak memberikan keuntungan daripada kerugian, dan cut loss yang anda lakukan adalah resiko bisnis yaitu max 2% dari account anda.

Di tahap ini anda memulai pandai memperingkatkan target keuntungan trade anda dan setelah anda mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, anda meningkatkan target tersebut ke semaksimum yang boleh. Dan hal itu pada akhirnya mampu anda lakukan.

Anda memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki system anda (dengan menambah 1 atau 2 indicator yang sesuai bagi menyokong system anda), menguasai emosi anda, dan melaksanakan pengurusan wang yang anda pelajari dan pegang. Anda mulai mendapat pengalaman bertrading sebenar. Tahap ini biasanya berjalan sekitar setahun atau lebih bergantung kepada kemampuan penerimaan seseorang trader itu.

Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke tahap berikutnya.

MENU 

Tahap 4 - Conscious Competence

Tahap 5 - Unconscious Competence

Nah! Sekarang anda telah sampai di Tahap 5, ini adalah tahap yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di tahap ini anda mampu trading secara rilex, anda telah menguasai semuanya, anda mampu berdansa mengikut rentak pasaran, kemanapun arah market berjalan, anda telah berada di posisi yang benar, jadi anda tinggal melihat keuntungan anda bergerak dari 2 digit ke 3 digit.

Inilah tahap puncak bagi seorang trader, inilah tahap Utopia/Optim, anda telah menguasai emosi anda dan kini anda trading dengan account yang terus membesar setiap hari dari keuntungan kumulatif yang anda peroleh.

Anda akan jadi bintang di bidang trading, dan orang sekeliling anda akan mendengarkan apa yang anda katakan, anda faham dengan pertanyaan mereka, kerana anda pernah berada diposisi mereka suatu masa dahulu. Anda akan memberikan saranan bagi mereka, namun anda tahu bahwa "kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya karena mereka masih trader Tahap 1".

Anda tidak akan mempunyai masalah kewangan lagi, anda mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, anda mampu membeli sebuah pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, anda mampu pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana.

Anda mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, anda mampu membuat buku sendiri, anda mampu trading dengan margin yang tanpa batas, dan account anda akan berlipat-ganda dari account awal.

Jangka masa untuk sampai ke tahap ini adakalanya bertahun-tahun lamanya. Namum sebenarnya bergantung kepada trader itu sendiri.

Hanya 3% trader yang mampu mencapai tahap ini.

Sekarang anda mampu dengan bangga berkata:  SAYA SEORANG TRADER

MENU

Thursday, May 19, 2011

PHOTO PESTA MONGUYAS TORUTIP MEI 2011

EN.GEORGE SAIDI (NAIB PRESIDEN TOBISA)
TAMAN KEBUDAYAAN TOBILUNG MINANSAD(20HEKTAR)
GUN.TIMIS SAMBADI(PENGASAS TOBISA)


YB SARIPIN SEDANG ...
PESERTA UNDUK NGADAU
MODEL RUMAH SUKU TOBILUNG
DEMONSTRASI MONINGKOR
MODSUUT TOBILUNG
MR.RONNY SIGOH - ORANG PENTING KETIKA KAAMATAN
PERALATAN SIMBOLIK MONGUYAS TORUTIP
TN.PRESIDEN, TIDAK BERSELERA,DAGING SAPI TUA ALANUT
TRADISI MINUM KOMBOS PENGANTIN YANG DILUPAKAN
PELANCARAN PESTA MONGUYAS TORUTIP

Wednesday, May 18, 2011

PESTA MONGUYAS TORUTIP MERIAH

SALAH SEORANG PESERTA UNDUK NGADAU KANAK-KANAK
Setiap tahun, Persatuan Tobilung Sabah(TOBISA) merayakan "Pesta Kaamatan"; kini Kaamatan di beri nafas baru dengan jolokan PESTA MONGUYAS TORUTIP(PMT). Nama "Monguyas Torutip", sebenarnya sudah lama di pakai dan di rayakan oleh masyarakat tobilung dan di adakan selepas menuai padi bulan Mei setiap tahun.

Majlis Pelancaran PMT- 17hb Mei, 2011, dengan tema Kefahaman Terhadap Kebudayaan - Langkah Bijak Ke Hadapan; kali ini meriah di adakan di Minansad,Kota Marudu - di hadiri kira-kira 1000 orang. Di rasmikan oleh YB Tuan Saripin Magana,Setiusaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah, Merangkap Adun N.4 Matunggong. Selain di hadiri suku kaum tobilung PMT turut disertai kaum-kaum lain. Pusat PMT adalah di Kota Belud dan Kota Marudu - bergilir setiap tahun.

YB TUAN SARIPIN MAGANA, ADUN N.4 MATUNGGUNG
Dalam ucapan pelancaran, YB Tuan Saripin mengatakan bahawa PESTA MONGUYAS TORUTIP menonjolkan kesenian warisan kaum tobilung yang menurutnya adalah saingan sehat kepada budaya kaum Rungus;  'selaku Adun N.4 Matunggung, yang turut di diami 30% kaum tobilung - ia support persatuan Tobisa' dalam segala aktivitinya. Pada masa yang sama beliau turut mengumumkan 20 hektar tanah yang telah lama di minta oleh masyarakat tobilung minansad yang kini menjadi tapak pesta monguyas torutip ini dan di wartakan sebagai "Taman Budaya Tobilung Minansad".

INILAH MAKNA MONGUYAS TORUTIP YANG SEBENAR
Sebelum itu, Presiden Tobisa, Ybg. En.Muji Ampau, dalam ucapan alu-aluannya mengatakan bahawa Persatuan Tobilung merupakan persatuan yang progresif dan sentiasa memandang ke depan. Menurut En Muji, dalam masa terdekat ini pihak persatuan akan melancarkan buku Undang-Undang Adat Kaum Tobilung susunan Biro Adat Istiadat Tobisa. Beliau juga berhasrat supaya Taska Tobilung/Sikul Pianak-anakan Tobilung di perluaskan di bahagian Marudu. Menurut beliau  terdapat 4 buah sekolah pianak-anakan di perkampungan Tobilung di Kota Belud. Beliau juga mengatakan bahawa "Kamus Boros Tobilung" sedang dalam proses pembukuan dan setakat ini sudah berjaya mengumpul 5000 akar kata. Menurut beliau lagi, pembikinan kamus Tobilung memerlukan specialist(berijazah dalam bidang bahasa); dengan itu - beliau mencabar warga tobilung supaya memenuhi kouta tersebut.

Lihat Video Perayaan(dlm proses up load)
Lihat Photo Perayaan

Monday, April 25, 2011

UNDANG-UNDANG ADAT DAN SOGIT TOBILUNG

(Versi 1.0 - Onetobilung Sabah)                 
*************************************************************************
versi 1.0
1. Serangan, Ugutan & Amarah
===============================================

A K A N   D I  U P   D A T E   D A R I   M A S A   K E   S E M A S A !!!

1. SERANGAN, UGUTAN & AMARAH

1.1  Menyebabkan kecederaan
Barangsiapa yang menyebabkan kecederaan kepada seseorang tanpa sebab-sebab yang munasabah telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-

I. Jika luka dan keluar darah
(a) Membayar denda 1 buah tinukul dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam (besar) dan
(c) Membayar adat pulanut 1 bontuk dan
(d) Membayar adat sompol 1 depa kain putih (balasu) dan
(e) Membayar kos perubatan

II. Jika patah tulang mana-mana bahagian tubuh
(a) Membayar adat denda kecederaan 1 ekor kerbau (indung) dan
(b) Membayar  adat sogit 1ekor ayam (besar) dan
(c) Membayar adat sompol 1 depa kain putih (balasu) dan
(d) Membayar kos perubatan

III. Jika buta mata sebelah denda adat sama seperti denda adat di bahagian II

IV. Jika buta kedua-dua belah mata
(a) Membayar adat denda kehilangan mata 2 ekor kerbau (indung) dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam (besar) dan
(c) Membayar adat pulanut 1 bontuk dan
(d) Membayar kos perubatan
NOTA:  PERKARA IV MENYEBABKAN ORANG MENJADI OKU.                                                                                          

1.2  Ancaman / Ugutan
Barangsiapa yang mengancam atau mengugut seseorang dengan bunuh atau kecederaan kepada tubuh badan tanpa sebab-sebab yang munasabah telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat tiguras 1 ekor ayam (besar) dan
(b) Membayar adat pulanut 1 bontuk dan
(c) Membayar adat denda 1 buah tinukul.

1.3 Membangitkan kemarahan
Barangsiapa yang melakukan sebarang perbuatan seperti memperlihatkan simbol atau isyarat-isyarat tertentu atau menyebut sebarang perkataan atau membuat sebarang bunyi yang di tujukan kepada seseorang tanpa sebab-sebab yang munasabah iaitu dengan sengaja atau  niat untuk membangkitkan kemarahan; telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-

I.  Jika memfitnah
(a) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(b) membayar adat babas 1 ekor ayam (besar) dan
(c) membayar adat rondot kabang 1 ekor babi atau kambing

II. Jika menyebut nama bapa/ibu yang sudah meninggal
(a) Membayar adat korualan ginawo 1 buah tinukul dan
(b) Membayar sogit namatai 1 ekor sapi atau kerbau (kiadi).

III. Ancaman atau Ugutan (moniguras)
(a) Membayar adat sogit 1 ekor ayam (besar) dan
(b) Membayar adat pulanut 1 bontuk

1.4  Menimbulkan Ketakutan atau mongindorosi
Barangsiapa yang melakukan sebarang perbuatan atau menyebut sebarang perkataan tanpa sebab-sebab yang munasabah iaitu dengan sengaja dan niat menakut-nakutkan seseorang telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat korualan ginawo 1 buah tinukul dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam (besar) dan
(c ) Membayar adat pulanut 1 bontuk.

2. KESALAHAN SEKSUAL

2.1  Perbuatan Sumbang Kadim atau incest
(I) Barangsiapa diantara lelaki yang melakukan hubungan sex dengan seorang perempuan yang diketahui olehnya sebagai cucu perempuan, anak perempuan, adik atau kakak perempuan, nenek atau emaknya telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung – Sumbang Tagayo.
(II) Atau Barangsiapa diantara perempuan yang berumur enam belas tahun ke atas  mengizinkan seorang lelaki yang diketahui olehnya sebagai datuk atau bapa atau adik lelaki atau abang, anak lelaki atau cucu lelakinya melakukan hubungan sex dengannya telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung – Sumbang Tagayo.
(III) Dalam keadaan ini ‘adik atau kakak perempuan’ termasuk saudara perempuan seibu sebapa dan adik lelaki atau abang termasuk saudara lelaki seibu sebapa dan apa-apa ungkapan yang bermaksud perhubungan dua orang hendaklah terpakai walaupun perhubungan itu tidak dapat dikesan melalui nikah yang sah.

Lelaki di kenakan:-
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau jantan (sandangau) kepada ketua adat dan
(b) Membayar adat sogit miukum 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul kepada ketua adat dan
(c) Menbayar adat pisukud kepada setiap pengadil (Ketua Kampung) 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(d) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(e) Membayar adat sogit kepanasan kampung setiap kampung  yang berdekatan. Ketua Kampung yang menerima sogit akan ditentukan oleh Ketua Adat.

Perempuan di kenakan:-
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau betina (sumandak) kepada ketua adat dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul.

2.2   Hubungan Seks Di antara anak saudara
Barangsiapa yang melakukan hubungan sex dengan seseorang yang diketahuinya sebagai saudaranya melalui pertalian persaudaraan sedarah sedaging telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-

Lelaki:-
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau (indung) kepada Ketua Kampung dan
(b) Membayar sogit miukum 1 ekor babi (besar) dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud kepada setiap ketua kampung yang membicarakan kes iaitu 1 ekor babi (besar) dan 1 buah tinukul.
(d) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah kepada ketua adat dan
(e) Membayar sogit kepanasan kampung setiap kampung yang berdekatan 1 ekor babi (besar) dan adat pulanut 1 buah tinukul. Kampung yang menerima adat sogit kampung ditentukan oleh Ketua Adat.

Perempuan:-
(f) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau betina (sumandak) dan
(g) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul.

2.3  Hubungan Sex Di Antara Orang Yang Belum Berkahwin
(I) Barangsiapa yang melakukan hubungan sex dengan mana-mana orang (bukan suami isteri) telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung – Miakan. Si pelaku di denda:-
(a) Adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi (besar) dan adat pulanut 1 tinukul dan
(b) Membayar adat malu keluarga pihak perempuan 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam kepada setiap pengadil

(II) Merogol Anak Dara; Si Pelaku Dikenakan:-
(a) Adat kepampangan sinuruton  1 ekor ayam (golupo) kepada si perempuan dan
(b) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi (besar) dan
(c) Membayar adat malu ibubapa pihak perempuan 1 kerbau (beasr).
 

(III) Sogit kepanasan kampung hendaklah diberi kepada Ketua Kampung; sogit itu dibahagi dengan kadar sama rata kepada semua keluarga yang tinggal di kampung itu.

2.4  Melakukan Hubungan Sex di Ladang/ sawah padi
Melakukan hubungan sex atau Miakan-akan’ di ladang atau sawah padi atau dalam kawasan hak milik sah orang lain boleh dikenakan sogit. Sogit di bayar kepada pemilik ladang seperti berikut: -
(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi (besar) dan
(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud kepada ketua kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam

3. PERKAHWINAN, PERTUNANGAN & GODAAN

3.1  Perkahwinan Di Antara Anak Saudara
Barangsiapa diantara lelaki yang mengahwini perempuan yang mempunyai pertalian persaudaraan sedarah sedaging dengannya telah melakukan pelanggaraan undang-undang adat Tobilung dan di kenakan bayaran:-
(a) Adat pitas , 1 ekor kerbau (atau sebarang ternakan) dan adat pulanut 1 buah keris kiulu sawan, keris ini diberikan kepada orang lain yang tiada hubungan kekeluargaan yang berkahwin dan
(b) Sogit kepanasan kampung ; 7 buah kampung yang berdekatan, 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud kepada pengadil, 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam dan
(d) Membayar adat ‘Panggor Nginan’ dibayar kepada datuk atau nenek pihak perempuan 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul.
(e) Membayar adat kababaan tetuo 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(f) Membayar adat kababaan tomulok 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(g) Membayar adat sogit perkahwinan 1 ekor babi (besar) di sembelih di rumah pengantin perempuan.

3.2  Penamatan Pertunangan
(I) Barangsiapa di antara lelaki dan perempuan yang telah bertunang bertindak memutuskan atau menamatkan pertunangan tanpa sebab-sebab yang munasabah telah melakukan pelanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
Pihak lelaki
(a) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau (indung) dan
(b) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan tidak dikembalikan.
Pihak perempuan
(a) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau (sumandak) dan
(b) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan di kembalikan kepada pihak lelaki.

(II) Adat lapik pertunangan ini mestilah dibuat ketika majlis pertunangan, adat lapik merupakan pengikat pertunangan dan ditulis dalam bentuk surat perjanjian diantara lelaki dan perempuan yang bertunang.
(III) Jika berlaku penamatan pertunangan :-
(a) Jika pihak lelaki, maka pihak perempuan berhak mendapat adat lapik 1 ekor kerbau (indung) dan semua kos pertunangan tidak dikembalikan.
(b) Jika pihak perempuan, maka pihak lelaki berhak mendapat adat lapik 1 ekor kerbau (sumandak) dan semua Kos pertunangan dikembalikan kepada pihak lelaki.

3.3  Paksaan Untuk Berkahwin
Dalam keadaan berikut, tiada seorangpun boleh dipaksa berkahwin sekiranya;-
(a) Pihak yang terkilan telah dibayar adat babas dan denda malu atau
(b) Kedua-dua belah pihak saling bersetuju untuk menamatkan pertunangan atau
(c) Para pengadil berpendapat pertunangan itu telah terputus dan tidak dapat dipulihkan

3.4  Persetubuhan Haram Oleh Seorang Yang Telah Bertunang
(I) Barangsiapa yang telah bertunang, melakukan hubungan sex dengan mana-mana orang yang bukan tunang atau orang yang hendak dikahwininya  telah melakukan pelanggaran adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Lelaki – membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau (indung) kepada tunang perempuannya dan
(b) Membayar adat malu kepada ibubapa tunangnya 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(d) Perempuan – iaitu pasangan lelaki membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau (sumandak) dibayar kepada tunang si lelaki tersebut dan
(e) Membayar adat sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang
(f) Membayar adat pisukud kepada Ketua Kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam
(II) Jika perlanggaran di atas mengakibatkan penamatan pertunangan, orang yang melakukan perlanggaran boleh dikenakan:-
Jika Lelaki
(a) Membayar adat lapik tunang 1 ekor kerbau(indung) dan
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(c) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan tidak dikembalikan dan
(d) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau (indung).
Jika Perempuan
(a) Membayar adat lapik tunang 1 ekor kerbau (sumandak) dan
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(c) Semua perbelanjaan dan pemberian pertunangan harus dikembalikan kepada tunangnya dan
(d) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau (sumandak).

3.5  Melakukan Hubungan Seks Dengan Tunang Orang
(I) Barangsiapa yang melakukan hubungan seks dengan tunang orang telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:

Lelaki yang bersetubuh dengan tunang orang dikenakan
(a) Membayar adat lapau tunang,1 ekor kerbau (indung) kepada tunang si perempuan dan
(b) Membayar adat malu kepada ibubapa si lelaki,1 buah tinukul dan
(c) Membayar sogit kampung,1 ekor babi dan adat pulanut,1 bilah parang.

Perempuan(tunang si lelaki) 
(a) membayar adat lapau tunang 1 ekor kerbau (sumandak) dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang
(II) Jika perlanggaran di atas mengakibatkan penamatan pertunangan; orang yang melakukan perlanggaran akan dikenakan:-

Lelaki yang bersetubuh dengan tunang orang dikenakan
(a) Membayar adat lapik pertunangan 1 ekor kerbau(indung) dan
(b) Membayar gantirugi kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(d) Membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau( indung) dan
(e) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan

Perempuan (tunang si lelaki)
(a) Membayar adat lapau tunang 1 ekor kerbau (sumandak) kepada tunangnya dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(c) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau (sumandak).

NOTA: klu ko 'skandal' dgn tunang org, ko perlu byr sogit kpd tunang c perempuan & keluarga lelaki tsbt...c perempuan pun perlu byr sogit sma tunangnya juga (saman malu)...dan sekiranya smpi ko m'ybbkn dorg putus tunang, double trouble lah saman ko byr..ada btl ka hehehe....

3.6  Membawa Lari Tunang Orang
(I) Barangsiapa yang menggoda atau membawa lari tunang orang telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau (indung) dan
(b) Membayar adat malu kepada tunang si perempuan 1 buah tinukul
(c) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(II) Dan, jika orang yang melakukan perlanggaran itu adalah seorang perempuan, dia di kenakan:-
(a) Membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau (sumandak) dan
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada tunang si lelaki dan
(c) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang

3.7  Membawa Lari Isteri Atau Suami Orang
(I) Barangsiapa yang menggoda atau menbawa lari isteri orang telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau (indung) kepada si suami dan
(b) Membayar adat malu 1 buah gong kepada si suami dan
(c) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(II) Isteri lelaki itu dikenakan:-
(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau (sumandak) kepada suaminya dan
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada suaminya dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut,1 bilah parang dan
(c) Membayar sogit anak-anak,1 ekor ayam dan adat pulanut, 1 bontuk tiap seorang( jika ada).

3.8 Mengahwini Isteri Atau Suami Orang
Barangsiapa di antara lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang merupakan isteri orang(Solod) atau seorang perempuan mengahwini seorang lelaki yang adalah suami orang  (Monolod) telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung  dan boleh di kenakan:-
(I) Lelaki yang mengahwini isteri orang
(a) Membayar adat solod 1 ekor kerbau(indung) kepada si suami perempuan dan
(b) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau( indung) kepada si suami perempuan dan
(c) Membayar adat malu 1 buah gong kepada si suami perempuan dan
(d) Membayar adat sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul.
(II)  Si isteri pula dikenakan
(a) Membayar adat lapik perkahwinan 1 ekor kerbau (sumandak) kepada suaminya dan
(b) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau (sumandak) kepada suaminya dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada suaminya dan
(d) Membayar kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(e) Membayar sogit anak-anak,  1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk tiap seorang( jika ada).
(III) Perempuan yang mengahwini suami orang
(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau (sumandak) kepada si  isteri dan
(b) Membayar adat solod 1 ekor kerbau (sumandak)dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(d) Membayar sogit kampong, 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang
(IV) Si suami pula di kenakan
(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau(indung) dan
(b) Membayar adat lapik perkahwinan 1 ekor kerbau(indung) dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada isterinya dan
(d) Membayar sogit kampung, 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(e) Membayar sogit anak-anak, 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang( jika ada).

3.9  Berpoligami (Magapid)
Barangsiapa di antara lelaki yang sudah berkahwin;berkahwin lagi ketika isterinya masih hidup telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(I) Perkahwinan poligami mengikut adat
a. Membayar adat kosondian kepada isteri sedia ada 1 buah gong dan
b. Membayar adat sogit anak-anak,1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang(jika ada),
c. Menjelaskan semua berian kepada isteri sedia ada, jika berian tersebut belum habis dijelaskan.
(II) Perkahwinan poligami yang tidak mengikut adat
a. Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
b. Membayar adat lapau 1 ekor kerbau( indung) kepada isterinya yang sedia ada dan
c. Membayar adat kosondian kepada isterinya yang sedia ada 1 buah gong dan
d.
Menjelaskan semua berian kepada isteri sedia ada, jika berian tersebut belum habis dijelaskan.
e. Membayar sogit anak-anak, 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk tiap seorang(jika ada)

3.10 Membawa Lari Anak Dara Orang
Barangsiapa diantara lelaki yang menggoda atau membawa lari anak dara orang daripada orang tuanya atau penjaganya telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(a) Membayar adat malu ibubapa perempuan 1 buah gong dan
(b) Membayar adat kapampangan sinuruton 1 ekor ayam(golupo) dan pulanut 1 bontuk dan
(c) Jika tidak mahu berkahwin dikenakan denda 1 buah gong

                                                                                       
3.11 Berkahwin Sebelum Tamat Tempoh Berkabung
Barangsiapa yang berkahwin sebelum tamat tempoh berkabung (momuod) iaitu bagi sesiapa yang kematian suami atau isteri telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit namatai 1 ekor babi dan
(b) Membayar adat lapau namatai 1 ekor kerbau (indung) bagi suami dan kerbau (sumandak) bagi isteri.

3.12 Berkahwin Sebelum Kakak
Sesiapa yang berkahwin sebelum kakak telah melakukan pelanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan “adat kotoliban” iaitu membayar 1 buah salapa kepada kakaknya atau barangan yang senilai dengannya.