ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Monday, April 25, 2011

2. KESALAHAN SEKSUAL

2.1  Perbuatan Sumbang Kadim atau incest
(I) Barangsiapa diantara lelaki yang melakukan hubungan sex dengan seorang perempuan yang diketahui olehnya sebagai cucu perempuan, anak perempuan, adik atau kakak perempuan, nenek atau emaknya telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung – Sumbang Tagayo.
(II) Atau Barangsiapa diantara perempuan yang berumur enam belas tahun ke atas  mengizinkan seorang lelaki yang diketahui olehnya sebagai datuk atau bapa atau adik lelaki atau abang, anak lelaki atau cucu lelakinya melakukan hubungan sex dengannya telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung – Sumbang Tagayo.
(III) Dalam keadaan ini ‘adik atau kakak perempuan’ termasuk saudara perempuan seibu sebapa dan adik lelaki atau abang termasuk saudara lelaki seibu sebapa dan apa-apa ungkapan yang bermaksud perhubungan dua orang hendaklah terpakai walaupun perhubungan itu tidak dapat dikesan melalui nikah yang sah.

Lelaki di kenakan:-
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau jantan (sandangau) kepada ketua adat dan
(b) Membayar adat sogit miukum 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul kepada ketua adat dan
(c) Menbayar adat pisukud kepada setiap pengadil (Ketua Kampung) 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(d) Membayar adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(e) Membayar adat sogit kepanasan kampung setiap kampung  yang berdekatan. Ketua Kampung yang menerima sogit akan ditentukan oleh Ketua Adat.

Perempuan di kenakan:-
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau betina (sumandak) kepada ketua adat dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul.

2.2   Hubungan Seks Di antara anak saudara
Barangsiapa yang melakukan hubungan sex dengan seseorang yang diketahuinya sebagai saudaranya melalui pertalian persaudaraan sedarah sedaging telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-

Lelaki:-
(a) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau (indung) kepada Ketua Kampung dan
(b) Membayar sogit miukum 1 ekor babi (besar) dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud kepada setiap ketua kampung yang membicarakan kes iaitu 1 ekor babi (besar) dan 1 buah tinukul.
(d) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah kepada ketua adat dan
(e) Membayar sogit kepanasan kampung setiap kampung yang berdekatan 1 ekor babi (besar) dan adat pulanut 1 buah tinukul. Kampung yang menerima adat sogit kampung ditentukan oleh Ketua Adat.

Perempuan:-
(f) Membayar adat sumbang 1 ekor kerbau betina (sumandak) dan
(g) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul.

2.3  Hubungan Sex Di Antara Orang Yang Belum Berkahwin
(I) Barangsiapa yang melakukan hubungan sex dengan mana-mana orang (bukan suami isteri) telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung – Miakan. Si pelaku di denda:-
(a) Adat sogit kepanasan kampung 1 ekor babi (besar) dan adat pulanut 1 tinukul dan
(b) Membayar adat malu keluarga pihak perempuan 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam kepada setiap pengadil

(II) Merogol Anak Dara; Si Pelaku Dikenakan:-
(a) Adat kepampangan sinuruton  1 ekor ayam (golupo) kepada si perempuan dan
(b) Membayar sogit kepanasan kampung 1 ekor babi (besar) dan
(c) Membayar adat malu ibubapa pihak perempuan 1 kerbau (beasr).
 

(III) Sogit kepanasan kampung hendaklah diberi kepada Ketua Kampung; sogit itu dibahagi dengan kadar sama rata kepada semua keluarga yang tinggal di kampung itu.

2.4  Melakukan Hubungan Sex di Ladang/ sawah padi
Melakukan hubungan sex atau Miakan-akan’ di ladang atau sawah padi atau dalam kawasan hak milik sah orang lain boleh dikenakan sogit. Sogit di bayar kepada pemilik ladang seperti berikut: -
(a) Membayar adat sogit 1 ekor babi (besar) dan
(b) Membayar adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud kepada ketua kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam

1 comment:

Anonymous said...

kesalahan merogol pada pendapat saya bukanlah dibawah kuasa ketua kampung atau ketua adat untuk menyelesaikannya. sepatutnya kesalahan sedemikian harus dilaporkan kepada pihak polis untuk menegakkan keadilan terhadap mangsa rogol.

lelaki yg memperkosa gadis dan dijatuhi hukuman "sogit" semata-mata tidak memadai dan tidak relevan. agaknya adat kampung begitu lapuk dan lebih membelakangi undang2 yg digubal oleh kerajaan..