ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Monday, April 25, 2011

6. KELAHIRAN, ADAT DAN PANTANG LARANG

6.1 Bersalin Di Rumah Orang
Barangsiapa diantara perempuan yang melahirkan bayinya di rumah orang atau rumah milik orang telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Adat sogit koyomutan 1 ekor ayam (besar) dan
(b) Membayar adat pekeras atau lakat 1 bilah parang

6.2 Perbuatan Yang Dilarang Dalam Tempoh Momuod
Barangsiapa yang berjalan di bawah pokok buah- buahan atau memasuki kebun buah-buahan kepunyaan orang dalam tempoh momuod iaitu apabila suami atau isterinya baru meninggal dunia tanpa sebab-sebab yang munasabah telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a ) Adat sogit kepada pemilik kebun 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk
                                                                   
6.3 Tidak Mematuhi Larangan Adat 
Barangsiapa yang melanggar atau gagal mematuhi larangan adat dalam tempoh yang seseorang itu dikehendaki untuk mematuhinya tanpa sebab-sebab munasabah telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung:-
(a) Adat kosulangan sogit 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk
(b) Membayar belanja mengadakan upacara ulangan

Larangan adat bermaksud perbuatan yang di tegah atau aktiviti yang dilarang ketika sesuatu upacara dijalankan dimana upacara itu di anggap suci di bawah adat Tobilung (atas arahan bobolian).
                                                                                                  
6.4 Larangan Memasuki Rumah Orang Selepas Pengkebumian
Barangsiapa yang masuk ke rumah orang yang baru selesai mengadakan upacara pengkebumian tanpa sebab-sebab munasabah telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Adat sogit karawagan 1 ekor ayam dan
(a) Adat pulanut 1 bontuk.

No comments: