ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Monday, April 25, 2011

4. KESALAHAN BERKAITAN KUBUR DAN KEMATIAN

4.1  Menggali Kubur
Barangsiapa yang menggali kubur seseorang tanpa sebab-sebab yang munasabah atau tanpa izin daripada keluarga atau saudara simati, telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Adat korualan ginawo 1 ekor kerbau (kiadi) dan
(b) Membayar kos membaiki kerosakan kubur.

4.2  Membakar Kubur
Barangsiapa yang membakar atau menyebabkan kebakaran mana-mana kubur tanpa sebab-sebab yang munasabah telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Sogit 1 ekor kerbau dan
(b) Membayar kos membaiki kerosakan kubur.

4.3  Membakar Kubur Dengan Tidak Sengaja
Barangsiapa yang dengan tidak sengaja membakar atau menyebabkan kebakaran mana-mana kubur telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Sogit 1 ekor kerbau dan
(b) Membayar kos membaiki kerosakan kubur.

4.4  Merosakkan Kubur / tanda-tanda Kubur
Barangsiapa yang meletakkan sesuatu atau melakukan sebarang  perbuatan di atas kubur iaitu merosakkan atau mungkin mengakibatkan kerosakan kepada mana-mana kubur telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Adat korualan ginawo 1 buah gong dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor kerbau

4.5  Gangguan Kepada Kubur
Barangsiapa yang memindah, mengubah, mencacat atau memotong mana-mana batu nisan atau mana-mana bahagiannya atau mana-mana tulisan pada nisan atau ukirannya telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Adat korualan ginawo 1 buah gong dan
(b) Membayar kos membaiki kerosakan kubur

4.6  Pengkebumian Di Tanah Perkuburan Kampung Lain
Barangsiapa mengkebumikan mayat di tanah perkuburan yang dirizab untuk kampung lain tanpa sebab-sebab munasabah atau tanpa keizinnan daripada Ketua kampung bagi kampung itu telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Adat sogit korungkapan 1 ekor babi (besar) dan
(b) Membayar denda adat 1 buah tinukul

Pembayaran sogit hendaklah diberikan kepada Ketua Kampung yang akan mengagihkan penalti itu dengan kadar sama rata kepada tiap-tiap keluarga yang tinggal di kampung itu.

4.7 Pengkebumian Mayat Tanpa Izin
Barangsiapa yang mengkebumikan mayat tanpa sebab-sebab munasabah atau keizinan keluarga atau saudara kandung simati telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Adat sogit 1 ekor ayam dan
(b) Membayar adat korualan ginawo 1 buah tinukul

4.8  Meninggal Dunia Di Rumah Orang
Barangsiapa yang meninggal dunia di rumah jiran atau orang yang bukan sanak saudara si mati, maka keluarga atau saudara kandung simati telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Adat kawantayan 1 buah tinukul dan
(b) Membayar adat sogit 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk dan
(c) Membayar adat lakat 1 buah mangkuk.

4.9  Meninggal Dunia Di Ladang atau Di Sawah Orang
Barangsiapa yang meninggal dunia di ladang atau di sawah kepunyaan orang yang bukan sanak saudara si mati, maka keluarga atau saudara kandung si mati telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Sogit kotigagan 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk dan
(b) Membayar adat pongimuau atau RM 10.00 dan
(c) Membayar adat karawagan 1 buah tinukul.



No comments: