ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Monday, April 25, 2011

10. SENARAI ISTILAH

1.Adat - Peraturan / Undang – undang.
2.Sogit – Denda ,Pendingin atau imbangan. Sejenis hukuman; dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.
3.Babas - Sogit pemberian mengikut adat yang bertujuan untuk mengekalkan tali persaudaraan.
4.Tonduk - Suatu benda kayu yang ditajamkan sebelah atas kemudian dipancakkan di atas tanah dekat pokok buah-buahan dan hujungnya menunjuk ke arah pokok buah-buahan menandakan tiada sesiapa berani mengambil atau mencuri buah – buahan tersebut.
5.Pagon - Benda berduri diikatpada pokok buah-buahan supaya tidak ada yang mencuri buah-buahannya.
6.Adat Malu -Suatu pampasan adat berkenaan apa-apa yang menjadikan pihak terkilan kepada kejatuhan berkaitan dengan maruah, keaiban, kehinaan atau hilang kehormatan dihadapan saudara – mara atau masyarakat.
7.Koimanan - Suatu kerugian atau ganti rugi yang ditanggung disebabkan kemungkiran janji untuk melaksanakan suatu perbuatan.
8.Kotoliban - Pampasan adat yang perlu dibayar oleh adik yang berkahwin sebelum kakaknya.
9.Lapau - Adat kepanasan kepada suami atau isteri yang melakukan persetubuhan dengan orang lain iaitu membayar adat lapau sebagai pendingin.
10.Solod - Mengahwini isteri orang lain.
11.Monolod - Seorang perempuan yang berkahwin seorang lelaki yang adalah suami orang lain.
12.Miakan - Persetubuhan haram diantara orang-orang yang belum berkahwin.
13.Momuod - Adat berkabong kerana kematian suami atau isteri.
14.Mongindorosi - Perbuatan, perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak mengancam dengan kecederaan, kematian atau ketakutan.
15.Mongintinggon - Perbuatan , perkataan, bunyi atau isyarat yang bertujuan hendak memalukan atau membangkitkan kemarahan.
16.Pitas - Adat pemutus tali persaudaraan yang hendak berkahwin.
17.Sumbang - Adat kepanasan kerana saudara kadim bersetubuh.
18.Lapau Namatai - Adat tertindeh kepada si mati.
19.Mengintulus - Kata-kata yang bertujuan supaya seseorang itu mati.
20.Adat Koyomutan - Adat pembersih kerana terminum atau mandi di sungai, kolam atau perigi yang dibubuh oleh orang lain apa-apa jenis kekotoran seperti bangkai.
21.Mintoronong - Perbuatan khianat.
22.Moniguras - Perbuatan mengancam seseorang dengan menggunakan parang, kayu atau sebagainya seperti memotong rumah, pagar, tanaman atau sebagainya.
23.Adat Raat Ginawo - Adat pendingin kepada seseorang yang sakit hati kerana perbuatan yang tidak baik.
24.Bontuk - Gelang yang diperbuat daripada luyang atau tembaga.
25.Mibusul - Perbuatan sumbang sejenis lelaki,homoseks.
26.Milokop - Perbuatan sumbang sejenis perempuan, lesbian.
27.Keemomolian - Suatu perbuatan yang tidak minta izin.
28.Labot - Membuat rumah atau menebas ladang yang tidak siap kemudian ditinggalkan sehingga mendatangkan hantu labot.
29.Peeimamang - Perbuatan yang berniat menganiaya seseorang.
30.Gumundala - Ingkar janji.
31.Momudali - Membuat tuduhan atau membuat kenyataan yang direka-reka dan palsu.
32.Solob - Patung peliharaan bertujuan menghimpunkan iblis / syaitan untuk kepentingan sendiri,kemudian dijadikan sebagai kawan untuk menyembuhkan penyakit atau sebagainya.
33.Kosugkuan - Suatu perkahwinan dua orang lelaki yang datang dari keluarga yang sama berkahwin sama-sama kepada dua orang perempuan yang adalah sekeluarga.
34.Wayud - Bayaran tambahan kepada orang yang mencuri dan membunuh binatang ternakan.
35.Adat Kababaaan - Adat perkahwinan yang ianya menjadi pengimbang.
36.Bangun - Adat imbang atas kematian seseorang.
37.Adat Pulanut - Adat pemberian sebagai pekeras kepada adat sogit.
38.Adat Sonsol - Adat inbangan jika berlaku kematian seseorang kerana perbuatan yang tidak disengajakan.
39.Miginawo - Bercinta sebelum ada pertunangan.
40.Adat Pisukud - Adat pekaras, adat perinding dan penolak kepanasan akibat membicarakan kedua pasangan lelaki dan perempuan yang sudah berhubungan sulit sebelum tunang dan berkahwin.
41.Karis Kiulu Sawan - Keris atau gayang yang berkepala atau berulu gading gajah.
42.Gook - Perkataan yang main-main dan boleh menyinggung perasaan orang lain.
43.Adat Purondom - Adat satu depa kain hitam untuk orang bobolian.
44.Adat Sompol - Adat satu depa kain putih untuk diberi kepada orang luka kerana dicederakan oleh orang.
45.Adat Kelikadan Dilah - Adat diberi kepada ketua kampung kerana minta cerai tetapi kembali lagi dengan isterinya tanpa merujuk kepada Ketua Kampung.
46.Loting - Adat tanda rumah yang tidak boleh dinaiki oleh orang lain kerana baru selesai upacara mengaji.
47.Keemuat - Kata-kata yang menyebut kemaluam lelaki atau perempuan.
48.Adat Monoliduk - Perbuatan seorang lelaki atau perempuan iaitu mengintip seseorang yang sedang mandi atau sedang tidur di dalam bilik.
49.Modsongodou - Upacara mengaji dengan tujuan perubatan tradisional.
50.Popotogod - Membangkitkan kemarahan seseorang dengan cuba mengancam atau menyebut apa-apa perkataan yang tidak baik.
51.Adat Kotigagan - Seseorang yang terkejut kerana melihat mayat di rumah, di ladang atau di sawah.
52.Kawantayan - Seseorang yang mati di rumah orang yang adalah bukan saudara kadimnya. Saudara kadim si mati dikenakan membayar adat pendingin atau adat kawantayan.
53.Adat Keenggoritan - Adat pemulih seseorang yang amat ketakutan akibat perbuataan orang yang cuba mengancam dengan kayu, parang dan sebagainya.
54.Adat Lakat - Adat pendingin rumah yang ianya kematian seseorang yang adalah bukan saudara kadim.
55.Adat Kesulangan - Adat pemberian kepada bobolian kerana gangguan semasa upacara mengaji seperti momurineet.
56.Kotulud Sunduwan - Seseorang yang amat terkejut kerana melihat perbuatan seseorang yang cuba mengancam.
57.Pangayam - Babi, kambing, lembu dan kerbau.
58.Unggas - Ayam
59.Gayo Babut - Adat kepanasan kepada orang tua kerana perkahwinan dua pasangan di mana ada terdapat tali persaudaraan si lelaki adalah anak kemanakan dan si perempuan adalah cucu kepada orang tua tersebut.
60.Popiasa - seseorang membuat penyataan palsu bertujuan menfitnah.
61.Monginggorit - Memuji bayi atau anak kerana kegemukan atau kecantikan.
62.Rondot Kabang - Kesalahan akibat membuat penyataan palsu dengan tujuan menfitnah.
63.Magawor - Memasuki bilik tidur perempuan dengan tujuan hendak merogol.
64.Mengorindang - Perbuatan khianat bertujuan hendak meruntuhkan rumahtangga orang.
65.Koonsipan - Tersepit, perlanggaran adat dalam perkahwinan dua pasangan di mana terdapat tali persaudaraan diantara kedua-dua pihak.
66.Memulansung - Seseorang yang mahu mengahwini seseorang gadis secara paksa.
67.Poposumboh - Menyakitkan seseorang dengan cara menyuruh syaitan atau iblis.
68.Mipopol -Bersumpah dengan bertujuan menegakkan kebenaran.
69.Mongimuntang - Menyebut perkataan lucah dengan tujuan memalukan seseorang.
70.Ketulang - Bayaran ganti rugi mengikut adat.
71.Sinandangaan - Kerbau, gong, tinukul, sumbul, gadur dan salapa.
72.Adat Namatai - Sogit orang mati (Roh)

7. Pelanggaran Adat Dalam Perkahwinan
8. Pelanggaran Adat Dalam Norma-Norma Hidup Manusia
10. Istilah Dan Tafsiran

No comments: