MANTAN PRESIDEN TOBISA PERTAMA, YBG.EN.JAMES SIGOH
Antara kualiti yang patut ada pada setiap isi rumah tobilung ialah meletakkan di dalam jiwanya metos "SUPERMAN" sebagai landasan kecemerlangan dan sebagai guideline penonjolan diri iaitu harus superman dalam setiap bidang yang di ceburi. Inilah kualiti perjuangan tobilung yang sebenar; kerja smart, kerja luar biasa menghasikan hasil yang luar biasa!!!
YBG.EN.MUJI AMPAU asdk (PRESIDEN TOBISA) MENERIMA CENDERAHATI BERUPA REPLIKA
KODNDIU WARAS DARIPADA EN.GEORGE ELANG,PENGERUSI PENGANJUR MESYUARAT AGUNG
TOBISA 5 NOV 2010 BERTEMPAT DI RUMAH KEBUDAYAAN TOBILUNG,KG.TIMBANG,KOTA BELUD.
a ha... inilah dia Presiden orang tobilung; dia berkata-kata tentang betapa pentingnya orang tobilung bekerja keras. Menurut beliau; "kerja keras" mesti kena pada tempatnya. Orang tobilung terkenal dengan kerajinannya tetapi sayang...(dengan nada sedih). "Apa yang di usahakan oleh kaum tobilung tidak dapat membuat mereka pergi jauh".KODNDIU WARAS DARIPADA EN.GEORGE ELANG,PENGERUSI PENGANJUR MESYUARAT AGUNG
TOBISA 5 NOV 2010 BERTEMPAT DI RUMAH KEBUDAYAAN TOBILUNG,KG.TIMBANG,KOTA BELUD.
7 NILAI DUSUN TOBILUNG ASAS KECEMERLANGAN SUKU
Seterusnya beliau mengulas tentang tujuh nilai asas yang patut di ketahui oleh semua orang tobilung iaitu sebagai inti utama kepada kecemerlangan suku. Menurutnya orang tobilung akan lebih dihargai oleh suku-suku lain di negara ini dengan berpegang kepada tujuh nilai itu malahan di segani dan di hormati. Beliau memberi contoh; Persatuan Tobilung telah di beri ruang khas untuk membina Rumah Kebudayaan Tobilung di Hongkod Koisaan adalah satu contoh penghormatan. Orang tobilung bukan saja bertindak superman dalam semua bidang tetapi kerja smart berdasarkan 7 nilai.Di akhir ucapan perasmiannya, beliau sekali lagi membidas segelintir orang tobilung yang masih berjiwa PHD (Penyakit Hasad Dengki) supaya segera meninggalkan tabiat yang tidak menguntungkan persatuan serta suku tobilung itu sendiri sebaliknya berganding bahu bersama-sama untuk mencapai kecermelangan berdasarkan 7 nilai asas.Sifat ketam seperti budaya cantas, memfitnah, meminggirkan yang lain... semua ini cuma akan merugikan persatuan dalam jangka masa panjang,tegasnya.
Mesyuarat Agung Tobisa 2010 turut di hadiri oleh En.Steven Daang,Presiden Kebudayaan & Kesenian Matunggong selaku pemerhati bebas serta Seniman John Samud.