ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Monday, April 25, 2011

3. PERKAHWINAN, PERTUNANGAN & GODAAN

3.1  Perkahwinan Di Antara Anak Saudara
Barangsiapa diantara lelaki yang mengahwini perempuan yang mempunyai pertalian persaudaraan sedarah sedaging dengannya telah melakukan pelanggaraan undang-undang adat Tobilung dan di kenakan bayaran:-
(a) Adat pitas , 1 ekor kerbau (atau sebarang ternakan) dan adat pulanut 1 buah keris kiulu sawan, keris ini diberikan kepada orang lain yang tiada hubungan kekeluargaan yang berkahwin dan
(b) Sogit kepanasan kampung ; 7 buah kampung yang berdekatan, 1 ekor babi besar dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat pisukud kepada pengadil, 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam dan
(d) Membayar adat ‘Panggor Nginan’ dibayar kepada datuk atau nenek pihak perempuan 1 ekor babi dan pulanut 1 buah tinukul.
(e) Membayar adat kababaan tetuo 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(f) Membayar adat kababaan tomulok 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(g) Membayar adat sogit perkahwinan 1 ekor babi (besar) di sembelih di rumah pengantin perempuan.

3.2  Penamatan Pertunangan
(I) Barangsiapa di antara lelaki dan perempuan yang telah bertunang bertindak memutuskan atau menamatkan pertunangan tanpa sebab-sebab yang munasabah telah melakukan pelanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
Pihak lelaki
(a) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau (indung) dan
(b) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan tidak dikembalikan.
Pihak perempuan
(a) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau (sumandak) dan
(b) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan di kembalikan kepada pihak lelaki.

(II) Adat lapik pertunangan ini mestilah dibuat ketika majlis pertunangan, adat lapik merupakan pengikat pertunangan dan ditulis dalam bentuk surat perjanjian diantara lelaki dan perempuan yang bertunang.
(III) Jika berlaku penamatan pertunangan :-
(a) Jika pihak lelaki, maka pihak perempuan berhak mendapat adat lapik 1 ekor kerbau (indung) dan semua kos pertunangan tidak dikembalikan.
(b) Jika pihak perempuan, maka pihak lelaki berhak mendapat adat lapik 1 ekor kerbau (sumandak) dan semua Kos pertunangan dikembalikan kepada pihak lelaki.

3.3  Paksaan Untuk Berkahwin
Dalam keadaan berikut, tiada seorangpun boleh dipaksa berkahwin sekiranya;-
(a) Pihak yang terkilan telah dibayar adat babas dan denda malu atau
(b) Kedua-dua belah pihak saling bersetuju untuk menamatkan pertunangan atau
(c) Para pengadil berpendapat pertunangan itu telah terputus dan tidak dapat dipulihkan

3.4  Persetubuhan Haram Oleh Seorang Yang Telah Bertunang
(I) Barangsiapa yang telah bertunang, melakukan hubungan sex dengan mana-mana orang yang bukan tunang atau orang yang hendak dikahwininya  telah melakukan pelanggaran adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Lelaki – membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau (indung) kepada tunang perempuannya dan
(b) Membayar adat malu kepada ibubapa tunangnya 1 buah tinukul dan
(c) Membayar adat sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(d) Perempuan – iaitu pasangan lelaki membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau (sumandak) dibayar kepada tunang si lelaki tersebut dan
(e) Membayar adat sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang
(f) Membayar adat pisukud kepada Ketua Kampung 1 buah tinukul dan 1 ekor ayam
(II) Jika perlanggaran di atas mengakibatkan penamatan pertunangan, orang yang melakukan perlanggaran boleh dikenakan:-
Jika Lelaki
(a) Membayar adat lapik tunang 1 ekor kerbau(indung) dan
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(c) Semua kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan tidak dikembalikan dan
(d) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau (indung).
Jika Perempuan
(a) Membayar adat lapik tunang 1 ekor kerbau (sumandak) dan
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(c) Semua perbelanjaan dan pemberian pertunangan harus dikembalikan kepada tunangnya dan
(d) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau (sumandak).

3.5  Melakukan Hubungan Seks Dengan Tunang Orang
(I) Barangsiapa yang melakukan hubungan seks dengan tunang orang telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:

Lelaki yang bersetubuh dengan tunang orang dikenakan
(a) Membayar adat lapau tunang,1 ekor kerbau (indung) kepada tunang si perempuan dan
(b) Membayar adat malu kepada ibubapa si lelaki,1 buah tinukul dan
(c) Membayar sogit kampung,1 ekor babi dan adat pulanut,1 bilah parang.

Perempuan(tunang si lelaki) 
(a) membayar adat lapau tunang 1 ekor kerbau (sumandak) dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang
(II) Jika perlanggaran di atas mengakibatkan penamatan pertunangan; orang yang melakukan perlanggaran akan dikenakan:-

Lelaki yang bersetubuh dengan tunang orang dikenakan
(a) Membayar adat lapik pertunangan 1 ekor kerbau(indung) dan
(b) Membayar gantirugi kos perbelanjaan dan pemberian pertunangan dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(d) Membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau( indung) dan
(e) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan

Perempuan (tunang si lelaki)
(a) Membayar adat lapau tunang 1 ekor kerbau (sumandak) kepada tunangnya dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(c) Membayar adat lapik 1 ekor kerbau (sumandak).

NOTA: klu ko 'skandal' dgn tunang org, ko perlu byr sogit kpd tunang c perempuan & keluarga lelaki tsbt...c perempuan pun perlu byr sogit sma tunangnya juga (saman malu)...dan sekiranya smpi ko m'ybbkn dorg putus tunang, double trouble lah saman ko byr..ada btl ka hehehe....

3.6  Membawa Lari Tunang Orang
(I) Barangsiapa yang menggoda atau membawa lari tunang orang telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat lapau tunang atau lapau sinsing 1 ekor kerbau (indung) dan
(b) Membayar adat malu kepada tunang si perempuan 1 buah tinukul
(c) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(II) Dan, jika orang yang melakukan perlanggaran itu adalah seorang perempuan, dia di kenakan:-
(a) Membayar adat lapau sinsing 1 ekor kerbau (sumandak) dan
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada tunang si lelaki dan
(c) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang

3.7  Membawa Lari Isteri Atau Suami Orang
(I) Barangsiapa yang menggoda atau menbawa lari isteri orang telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau (indung) kepada si suami dan
(b) Membayar adat malu 1 buah gong kepada si suami dan
(c) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul
(II) Isteri lelaki itu dikenakan:-
(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau (sumandak) kepada suaminya dan
(b) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada suaminya dan
(b) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut,1 bilah parang dan
(c) Membayar sogit anak-anak,1 ekor ayam dan adat pulanut, 1 bontuk tiap seorang( jika ada).

3.8 Mengahwini Isteri Atau Suami Orang
Barangsiapa di antara lelaki yang mengahwini seorang perempuan yang merupakan isteri orang(Solod) atau seorang perempuan mengahwini seorang lelaki yang adalah suami orang  (Monolod) telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung  dan boleh di kenakan:-
(I) Lelaki yang mengahwini isteri orang
(a) Membayar adat solod 1 ekor kerbau(indung) kepada si suami perempuan dan
(b) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau( indung) kepada si suami perempuan dan
(c) Membayar adat malu 1 buah gong kepada si suami perempuan dan
(d) Membayar adat sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul.
(II)  Si isteri pula dikenakan
(a) Membayar adat lapik perkahwinan 1 ekor kerbau (sumandak) kepada suaminya dan
(b) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau (sumandak) kepada suaminya dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada suaminya dan
(d) Membayar kepanasan kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(e) Membayar sogit anak-anak,  1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk tiap seorang( jika ada).
(III) Perempuan yang mengahwini suami orang
(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau (sumandak) kepada si  isteri dan
(b) Membayar adat solod 1 ekor kerbau (sumandak)dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul dan
(d) Membayar sogit kampong, 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang
(IV) Si suami pula di kenakan
(a) Membayar adat lapau 1 ekor kerbau(indung) dan
(b) Membayar adat lapik perkahwinan 1 ekor kerbau(indung) dan
(c) Membayar adat malu 1 buah tinukul kepada isterinya dan
(d) Membayar sogit kampung, 1 ekor babi dan adat pulanut 1 bilah parang dan
(e) Membayar sogit anak-anak, 1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang( jika ada).

3.9  Berpoligami (Magapid)
Barangsiapa di antara lelaki yang sudah berkahwin;berkahwin lagi ketika isterinya masih hidup telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(I) Perkahwinan poligami mengikut adat
a. Membayar adat kosondian kepada isteri sedia ada 1 buah gong dan
b. Membayar adat sogit anak-anak,1 ekor ayam dan adat pulanut 1 bontuk tiap seorang(jika ada),
c. Menjelaskan semua berian kepada isteri sedia ada, jika berian tersebut belum habis dijelaskan.
(II) Perkahwinan poligami yang tidak mengikut adat
a. Membayar sogit kampong 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
b. Membayar adat lapau 1 ekor kerbau( indung) kepada isterinya yang sedia ada dan
c. Membayar adat kosondian kepada isterinya yang sedia ada 1 buah gong dan
d.
Menjelaskan semua berian kepada isteri sedia ada, jika berian tersebut belum habis dijelaskan.
e. Membayar sogit anak-anak, 1 ekor ayam dan pulanut 1 bontuk tiap seorang(jika ada)

3.10 Membawa Lari Anak Dara Orang
Barangsiapa diantara lelaki yang menggoda atau membawa lari anak dara orang daripada orang tuanya atau penjaganya telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar sogit kampung 1 ekor babi dan adat pulanut 1 buah tinukul dan
(a) Membayar adat malu ibubapa perempuan 1 buah gong dan
(b) Membayar adat kapampangan sinuruton 1 ekor ayam(golupo) dan pulanut 1 bontuk dan
(c) Jika tidak mahu berkahwin dikenakan denda 1 buah gong

                                                                                       
3.11 Berkahwin Sebelum Tamat Tempoh Berkabung
Barangsiapa yang berkahwin sebelum tamat tempoh berkabung (momuod) iaitu bagi sesiapa yang kematian suami atau isteri telah melakukan perlanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan:-
(a) Membayar adat sogit namatai 1 ekor babi dan
(b) Membayar adat lapau namatai 1 ekor kerbau (indung) bagi suami dan kerbau (sumandak) bagi isteri.

3.12 Berkahwin Sebelum Kakak
Sesiapa yang berkahwin sebelum kakak telah melakukan pelanggaran undang-undang adat Tobilung dan boleh dikenakan “adat kotoliban” iaitu membayar 1 buah salapa kepada kakaknya atau barangan yang senilai dengannya.

No comments: