![]() |
YBG.Muji Ampau, Lepas Merpati Simbol Kebebasan Rakyat Dari Penjajahan |
SILA TONTON SANDIWARA UMNO
Malah ada di antara mereka berkata seburuk-buruk penjajah British ”British lebih baik“, mereka tidak merampas tanah NCR, tetapi penjajah baru ini merampas tanah NCR( melalui agen-agen haram kuala Lumpur seperti Kedatuan dan Safoda).
“INI KALI LAH” kata mereka. Menurut Pn.Sainggim Majungil, "Pemimpin UMNO di Kota Belud tidak jujur dan "HANYA BERSANDIWARA" dalam menangani isu-isu tanah NCR(tanah adat); Mereka inilah agen pembunuh sebenar jenarasi masyarakat tobilung dan menegaskan adalah “HARAM” untuk memberi undi kepada mereka. PENCEROBOH HARAM DI KAWASAN ORANG TOBILUNG TIDAK AKAN AMAN, mereka akan di binasakan dengan apa juga cara. Kita akan "BAKAR MEREKA HIDUP-HIDUP", katanya.
![]() |
"HAPUSKAN KEDATUAN DAN SAFODA": PN.SAINGGIM MAJUNGIL |
Sebelum itu Presiden Tobilung,Yang Berbahagia,En.Muji Ampau berapi-api mengatakan bahawa “ masyarakat kita(Tobilung) di bunuh perlahan-lahan, tanah kita di rampas; bila mereka(orang semananjung) merampas tanah kita samalah dengan membunuh kita” katanya. Ini di katananya dalam ucap tama dalam Mesyuarat Agung Tobisa tahunan yang ke-24, Persatuan Tobilung Bersatu Sabah (1TOBISA) hari ini di Kg.Timbang,K.Belud yang di hadiri kira-kira 100 pemimpin suku yang terdiri daripada JKKK dan ketua Adat dan Ketua Kampung masyarakat kaum Tobilung (Kg. Timbang, Sarang, Dudar dan Toburon,Mandawang, dan semua perkampungan Tobilung yang mendiami Kota Marudu).
Datuk Maijol Mahap (Ahli Dewan Negara) turut menegaskan “dia akan terus menyokong untuk melindungi tanah NCR” iaitu untuk membebaskan tanah NCR daripada penceroboh. Dia menegaskan bahawa’ Kaum Momogun” perlu bersatu padu (kaum momogun adalah merujuk kepada KadazanDusunMurut), yang katanya mengalami nasib yang sama iaitu tanah mereka di ceroboh.
ini kali lah = This the right time / now is the time = the right time to overthrow the present government.. !
http://www.youtube.com/watch?v=RyrpjB1k9pA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=nJjVJdS9tNI
Menurut KAN Abar Gumpai "Pencerobohan tanah adat di Toburon melibatkan beberapa pihak yang berkepentingan", dan perkara ini di tegaskan juga oleh KK.Sungkit Botung yang juga turut menghadapi ancaman daripada pihak SAFODA di mana melibatkan tanah adat kampung Sarang.
bersambung dengan foto2.