ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Saturday, January 1, 2011

BATU ITU EMAS BERLIAN

BERLIAN TERBESAR DI DUNIA

Jika sudah di ketahui bahawa batu itu bukan saja emas tetapi batu berlian yang berkilau untuk apa lagi mencoba-coba mencari batu yang satu. Selagi batu berlian mengeluarkan sinarnya ia tetap menjadi batu berlian yang bernilai untuk kita…
Hakikatnya bukan mudah menjadi pemimpin yang berkualiti dan bukan mudah juga mencari pemimpin yang benar-benar mentakdirkan dirinya untuk itu. Menjadi pemimpin bukan mudah dan tidak setakat tau berkorban masa dan wang ringgit saja tetapi bakal pemimpin yang baik di ukur dengan wawasannya,kemampuan fizikal dan keupayaannya untuk melihat serta membawa kaumnya sentiasa ke depan. Ini berkaitan dengan strategi perang iaitu bagaimana kita untuk menang dalam setiap pertempuran.
Dalam konteks tobisa, kita mencari pemimpin yang boleh memulihhara adat resam,bahasa, budaya dan kadang-kadang di hubungkaitkan dengan ekonomi orang tobilung seperti yang tertulis dalam perlembagaan persatuan. Lalu ada yang bertanya: itu saja kah tugas presiden anda?  

Pada kita bukan setakat tugas itu. Sebab persepsi seperti itu lebih sesuai di pegang oleh watak  “woyoon atau ketua suku” dalam cerita-cerita  rakyat kaum tobilung dahulu kala. Zaman ini adalah zaman persaingan. Kita menghuni di bumi yang penuh dengan bangsa-bangsa dan di perintah oleh suatu kuasa. Jika anda duduk diam seminit bangsa anda akan ketinggalan seminit juga berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Walaupun ada gimik yang mengatakan bahawa semua bangsa akan mendapat keadilan sosial tetapi hakikatnya gimik yang cantik cuma berfaedah bagi kaum yang pintar dan bijak saja.  

Tobilung moden mesti pintar bijak merebut setiap peluang. Pintar saja tidak cukup, tetapi mesti pintar dan bijak. Kedua-dua elemen ini harus ada jika kita mau melihat kaum tobilung bergerak cemerlang.

Dalam FB  ada di pertanyakan soalan seperti ini. Apa bah sebenarnya tobisa ini?” dan orang akan memberi penjelasan biasa seperti di atas dan ada juga yang terus mengatakan ia adalah NGO/Organisasi Bukan Kerajaan. Di sudut politik NGO ini boleh juga di tafsir sebagi pertubuhan pendesak.

Jadi, tobisa bolehlah kita katakan pertubuhan bukan kerajaan yang mempertahankan serta memperjuangkan kebudayaan orang-orang tobilung dan pada masa yang sama menjadi agen pendesak kerajaan. Bukan penentang kerajaan, tetapi kadang-kadang boleh jadi penentang kerajaan jika kerajaan tidak memenuhi atau tidak memperdulikan suara persatuan. Sebab suara persatuan adalah keputusan kolektif suku kaum tobilung berjumlah 300 ribu orang.

Presiden persatuan, kena buat bising mengikut kepintaran dan kebijaksanaannnya. Tidak semestinya bergelumang dengan kebudayaan orang tobilung saja.

No comments: