ONETOBILUNG AKAN KEMBALI...RELAX, TENANG DAN BERGEMBIRALAH SEMENTARA BERUPAYA UNTUK BERGEMBIRA

Tuesday, February 15, 2011

THE RISE OF TOBILUNGS

SEKADAR HIASAN
Penjenamaan semula(re-branding) sebenarnya bukan perkara baru.  Branding strategy (stretegi penjenamaan) merupakan konsep pembaharuan untuk melonjakkan kembali … 

Satu contoh jelas penjenamaan semula ialah perubahan akronim daripada PTBS kepada TOBISA. Tobisa di hiasi dengan make-up baru. Terpulanglah dengan siapa juru meke-upnya. Jika juru make-upnya kreatif, berinovatif , bertanggungjawab, berpandangan jelas ke depan maka hasil make-upnya akan di segani, di hormati dan mungkin juga akan dijadikan sebagai satu standard kepada jenarasi akan datang. Jika gubahan make-upnya jelek maka  audiennya akan bersungut-sungut. Audiennya akan memperkatakan warna gincunya tidak ngam lah, dia punya foundation terlampau nipis lah dan banyak sungutan lain, tetapi jika terlampau foundationpun susah juga hehee. Sungutan-sungutan ini jika tidak di urus tadbir dengan bijaksana boleh menyebabkan pemimpin di ketepikan. Satu contoh yang jelas ialah Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Jika kita memegang sesuatu jawatan bertahun-tahun dan tidak buat re-brand orang akan menjadi bosan dan muak.  Zaman permulaan PTBS telah menjadi sebahagian  sejarah kaum tobilung dan bermula pada tahun 2002 ia di anggap sebagai tahun permulaan kebangkitan, “the rise of tobilungs”. Persatuan tobilung yang di ilhamkan oleh Ybg En Timis Sambadi (1980-an) telah di pakaikan baju dan seluar baru. Pemakainya tetaplah sebagai Persatuan Tobilung Bersatu Sabah. Pemegang sahamnya tentulah masyarakat minoriti tobilung berjumlah kira-kira 300 ribu orang…. Heha ha, kada bogia kotogod!!!  

****************************************************************************
 
Ulasan & Cadangan:
- Penjenamaan nama Pertubuhan mempengaruhi persepsi  ‘masyarakat tobilung itu sendiri” dan masyarakat sekitarnya.

 - Penjenamaan nama pertubuhan dirasakan lebih dominan melalui “kualiti Pemimpinnya”, AMTnya dan sistem sokongan (masyarakat tobilung). Pemimpin yang berkarisma, hebat dalam merancang dan juga menjadi pakar dalam bidang tujah (niche area).

- 'Ranking’ sangat penting dalam menjenamakan pertubuhan. Tetapi ini memakan masa yang lama dan perlu proses yang berterusan (merangkumi CQI – Continous Quality Improvement) dan juga sokongan padu segenap lapisan warga tobisa (ahli2nya dan masyarakatnya).

- Perlu diwujudkan satu pasukan yang konsisten serta serius menjalankan kajian dan mencadangkan pelaksanaan strategi penjenamaan berkala!  Kenapa? Kerana kepuasan dan persepsi masyarakat sentiasa berubah-ubah! Pasukan ini seharusnya diberikan autoriti  dalam menjalankan kajian dan memberikan buah fikiran tanpa dibayangi perkara-pekara lain.

- Dunia hanya di hujung jari! Laman web rasmi sesebuah pertubuhan juga seharusnya up to date dan mesra pengguna! Kenapa sedalam ini diperlukan? Kerana jenama adalah sangat penting!  

******************************************************************

Dalam ucaptama sempena mesyuarat agung TOBISA dan pelancaran buku frasa tobilung, (6hb.2.2011) En.Muji Ampau yang juga adalah presiden Tobisa menekankan perlunya re-brand  atau penjenamaan semula Persatuan Tobilung bagi memenuhi asperasi generasi baru tobilung. Menurut beliau,jika masyarakat tobilung ingin di hormati dan tidak mau di pandang rendah oleh masyarakat sekitar maka para pemimpin tobilung perlulah re-brand di segi  imej dan gaya penampilan diri. 

Dalam Persatuan Tobilung “re-brand” telah bermula sejak 2002, iaitu ketika bermulanya era-pentadbiran , presiden baru tobilung Ybg.En.Muji Ampau. Perkara pertama yang beliau buat ialah

1. Mengubah pusat pentadbiran dari Manggaris ke Kg Timbang,Kota Belud.

2. Mengubah akronim PTBS kepada TOBISA.

3. Mencipta Pakaian Rasmi Tradisi Baru Tobilung.

4. Menerapkan 7 nilai asas kaum Tobilung.

5. Memperkasakan lagi penggunaan Bahasa Tobilung dengan mewujudkan taska/sikul pogi-anak-anakan tobilung serta menyokong penerbitan beberapa buah buku tobilung seperti kamus etc.

6. Memperkenalkan  “ helang  / “kondiu waras” sebagai simbol dan identity perjuangan suku kaum tobilung.

7. Kaamatan di beri nafas baru dengan jolokan Pesta Monguyas Torutip(identiti kaum Tobilung).

8. "Upacara Miniridong" di hidupkan kembali bagi memperbaiki "feng sui" kaum tobilung.

9. Mengekalkan  hubungan  baik persatuan dengan para pemimpin politik tempatan. Dan sekarang,
 
10.  re-brand / penjenamaan semula di segi imej dan gaya penampilan diri ahli-ahlinya...

VIDEO UCAPAN

1 comment:

Anonymous said...

"Proud to be Tobilung"
P.S. Presiden Nephew