![]() |
ATURR!! SASARAN TAHUN 2012 |
Promosi sesebuah Filem yang bakal berada di pawagam bukan sedikit modal yang di perlukan. Dua ratus ribu ringgit itu adalah belanja hangus percuma. Belanja promosi sedemikian kita tidak tau berapa kali saja di tayang di TV1, TV2, TV3 atau TV awana... kakekkekrr!! Jika saluran-saluran TV ini menayangkan iklan Filem Mongolu lewat jam 12 tengah malam siapa yang akan tengo atau nampak? biasanya jika iklan di tayang jam 8 malam itu agak mahal bayarannya ka kakkeker... aa itu tentang iklan.
![]() |
PN. SAINGGIM MAJUNGIL, PEMBELA TANAH |
Kamu pernah menonton Filem "Nasi Lemak 2.0 ke? " karya Namewee ! pada saya filem itu sangat hebat, kenapa? sebab dia di buat dengan peralatan kos rendah! hanya dengan kamera DSLR!!!
Seni filem dengan keazaman yang tinggi membuat sesuatu filem nampak real. Begitulah keadaannya "Filem Nasi Lemak Versi 2.0"; - namun Filem "mongolu", iaitu cerita karut suku kaum tobilung, kita tidak tau sejauh mana dia punya ummmp!!! kita tengo lah nanti. NAMUN melihat kepada respon dan bahasa badan, macam tuan presiden TOBISA agak menyesal juga!!! Sebagai orang tobilung kita pun turut sedih dan kecwea juga, sebab itulah orang tobilung yang benar-benar minat dalam bidang perfileman ini seperti Tuan Ronny Sigoh diberi dorongan agar di asah lagi bakatnya. Satu lagi, jika bercadang membuat sesuatu filem mesti kena buat kertas kerja dulu, semua kena di ambil kira, dari A sampai Z, jika main hentam saja nah begini lah jadinya...
Lupakan tentang Filem Mongolu yang bermasalah tu...
Sekarang tentang mukadimah presiden TOBISA, Ybg, Muji Ampau pada 15hb.1.2012, jam 2:09 petang; beliau berkata tentang "goal setting" / target tahunan persatuan TOBISA. Goal Setting, amat luas maksudnya dalam bidang pentdbiran; walau bagaimanapun jika di fokus kepada persatuan TOBISA, yang hendak beliau tekankan ialah "apa yang mau hendak di capai" persatuan tahun ini(2012). Maksudnya; beliau memperkatakan tentang pentingnya "sasaran 2012", barangkali jika di permudah begini: "kena buat 2 atau 3 aktiviti yang boleh mempromosi persatuan dan pada hujung tahun nanti di adakan post mortem". Apapun tuan presiden sendiri pun belum tau lagi apa yang hendak di buat untuk tahun 2012 ini selain aktiviti biasa, seperti pesta kaamatan (Pesta Monguyas Torutip), upacara meniridong, kamus tobilung, sikul pianak-anakan, buku adat-istiadat dan MBR-nya yang belum menjadi.
Apapun ada cakap-cakap yang mengatakan Persatuan TOBISA ini akan mengadakan "TOBILUNG IDOL" tahun ini sebagai satu cara memikat golongan muda tobilung mencintai persatuan sekaligus mempromote TOBISA di peringkat kebangsaan. Sama-sama kita tunggu !